Selasa, 9 November 2010

Alat Permainan Kanak-Kanak


MD RASUL BIN HARON

widgets
Alat permainan kanak-kanak bertujuan untuk mendidik dan memupuk kreativiti kanak-kanak. Ia juga membantu kanak-kanak atau bayi dalam pergerakan otot tangan dan kaki. Teknologi telah menyumbang kepada peningkatan pelbagai jenis alat permainan kanak-kanak dengan berbagai fungsi dan kebolehan untuk mendidik sambil menghibur kanak-kanak.
Pengguna Malaysia seperti juga berbillion pengguna lain di dunia telah menyaksikan lebih daripada satu billion alat permainan kanak-kanak yang ditarik balik daripada pasaran tiga tahun yang lalu.
Sebab utama penarikan alat permainan kanak-kanak tersebut adalah kerana kandungan plumbum atau timah hitam yang tinggi dalam cat yang digunakan pada alat permainan itu. Selain itu, ada juga alat permainan yang ditarik balik kerana bahaya tercekik dan mudah terbakar.
Sama-samalah kita sensitif terhadap isu ini. Buat penelitian sebelum kita membeli alat permainan.

Isnin, 8 November 2010

Wariskan Ilmu

widgets

Dipetik daripada:
Ikhwan Assafa, 100 Tips Menjana Kekayaan(ikhwan.assafa@gmail.com)

Setelah lama anda menimba ilmu dan mengumpulkan kekayaan, turunlah ilmu anda itu kepada orang lain, kepada anak-anak atau waris. Jangan lokek mahu menyimpan ilmu pengetahuan seorang diri dan tidak mahu berkongsi. Ini lebih-lebih lagi penting jika anak-anak anda akan meneruskan kekayaan anda dan menjaganya.
Jika ditakdirkan anda hidup hidup mewah, janganlah terlalu melimpahkan kemewahan harta kekayaan kepada zuriat kerana itu akan membuatkan mereka alpa, tidak mahu belajar. Sentiasalah ingat perumpamaan ini: "Kalau anda memberi ikan kepada orang, ikan itu hanya boleh dimakan sekali, mengenyangkannya. Tetapi, jika anda memberinya pengetahuan memancing dan menjala, dia tentu akan boleh menangkap ikan, buat mengisi perut seumur hidupnya."
Maka, turunkanlah rahsia dan kejayaan anda kepada anak-anak dan waris atau sesiapa sahaja yang berhak dan ajarilah mereka sejarah kekayaan anda. Nescaya, mereka akan menjaga dan semakin menyuburkannya.

Ahad, 7 November 2010

Biar Papa Asal Bergaya...! Renungkan

widgets

Faridah Bt Mohamad Saad
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
Bandar Tun Razak
Cheras, Kuala Lumpur

Adakah kehidupan kita semakin rumit kesan daripada kegagalan kita mengawal perbelanjaan akibat kita masih bertahan dengan gaya hidup yang kita jalani selama ini. Bukan sedikit orang yang hidupnya sengsara gara-gara terlebih berbelanja.  Ada yang perlu melangsaikan hutang atau kad kredit kerana dulu sudah ambil beberapa barang dengan metode 'guna dahulu, bayar kemudian' atau bayar selepas sekian tempoh yang ditetapkan.
Masa mengambilnya dulu, memang seronok sebab dapat memiliki barangan yang dihajati, tapi kini, baru kita sedar akan tindakan kita dahulu kurang atau tidak bijak langsung. Kerana turutkan kata hati, inilah akibatnya. Perkara ini bukan baru dan dialami oleh banyak orang.  Sejak dahulu hingga sekarang, masih ada orang yang akan terperangkap dalam situasi begini.
Memang sukar mengubah sikap kerana ia berkait-rapat dengan faktor seperti cara berfikir, tahap pendidikan, kesedaran dan suasana sekeliling. Yang jadi beban ialah mereka yang mengamalkan sikap sanggup berhutang dan biar papa asal dapat bergaya.
Seharusnya, semakin berusia kita semakin matang dan tidak lagi mudah terikut-ikut orang lain. Ukur kemampuan sendiri.  Biar bersederhana asalkan jiwa tidak merana.

Sabtu, 6 November 2010

Kita Manusia Tentu Banyak Buat Silap

widgets
Memberi dan menerima kemaafan itu antara sikap terpuji. Sedangkan Nabi mengampunkan umatnya, inikan pula kita manusia biasa yang tidak terlepas melakukan dosa dan kesilapan sesama manusia. Memaafkan mereka yang pernah melukakan hati memang bukanlah satu perkara yang mudah. Kita perlu rendah diri, bersihkan hati dan terimalah kemaafan kita sesama manusia. Ini lebih bermakna daripada menyimpan dendam kesumat di hati. Kelak merosakkan diri sendiri.
Dalam melalui kehidupan, selagi kita bergelar manusia, tidak akan lekang melakukan kesilapan sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Jadi, sudah menjadi kelaziman apabila melakukan kesalahan, kita sama-sama mohon maaf dan ampun. Hidup lebih aman dan damai seandainya kita semua dapat mengelakkan permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...