Selasa, 30 November 2010

Benih Perkasa

widgets















Di manakah akan ku tumpahkan darah ku ini?
Darah yang ku warisi
Darah berani
Darah setia Hang Tuah sudah pasti.

Di manakah akan ku pertaruhkan maruah ini?
Maruah yang telah ku tebus kembali
Sorakan tak mampu mempedaya diri
Khilaf Pak Kaduk tak mungkin ku ulangi

Di manakah akan ku sulamkan kepintaran ku ini?
Aku penerus kepintaran si Belalang
Tiada kederhakaan dalam perjuangan
Penyelamat Negara terbilang
Muslihat musuh ku tumpas tumbang
Tika keris masih tersisip di pinggang
Dan sarung masih terlekat di pedang
Nusa telah ku sulami dengan bunga kemenangan

Dari manakah datangnya modal insaniah ku ini?
Minda ku kuat, Jiwa waja ku hebat
Kecekalan bukan hanya ada di Barat!!!!
Ini cambahan benih perkasa dari cerita rakyat
Yang kini memacu peradaban alam sejagat.



Nukilan,
Puan Norlilah Ismail

Isnin, 29 November 2010

Woman Fighting Sex Slavery Named CNN Hero of the Year

widgets

From CNN:

Los Angeles, California (CNN) -- A woman whose group has rescued more than 12,000 women and girls from sex slavery has been named the 2010 CNN Hero of the Year.


Anuradha Koirala was chosen by the public in an online poll that ran for eight weeks on CNN.com. CNN's Anderson Cooper revealed the result at the conclusion of the fourth annual "CNN Heroes: An All-Star Tribute."


"Human trafficking is a crime, a heinous crime, a shame to humanity," Koirala said earlier in the evening after being introduced as one of the top 10 CNN Heroes of 2010. "I ask everyone to join me to create a society free of trafficking. We need to do this for all our daughters."

Koirala was introduced by actress Demi Moore, who along with her husband, Ashton Kutcher, created DNA, The Demi and Ashton Foundation, which aims to eliminate child sex slavery worldwide.
"Every day this woman confronts the worst of what humanity has to offer," Moore said of Koirala. "She says, 'Stop. Stop selling our girls.' By raiding brothels and patrolling the India-Nepal border, she saves girls from being sold into the sex trade, where they are being repeatedly raped for profit, tortured and enslaved."

Garang Biarlah Bertempat

widgets


MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
http:www.dapatwang.com/?id=rasul


























Pada minggu lepas, penulis dan keluarga menikmati makan malam di sebuah restoran yang terletak di Damansara. Bersebelahan meja penulis, duduk satu keluarga yang sebangsa dan seagama dengan penulis. Seorang ayah muda segak bercermin mata dan kelihatan raut wajahnya seorang ayah yang lemah lembut pekertinya. Di sampingnya seorang isteri yang sedang sibuk melayan kerenah dua anak lelaki mereka yang mungkin berusia 4 dan 6 tahun. Si anak yang berusia mungkin 4 tahun ini, dahinya ditampal 'cool-fever'. Mungkin demam.
Bukan penulis berminat untuk menyibukkan diri memerhatikan orang sekeliling menikmati hidangan makan malam yang begitu merangsang selera. Dalam suasana damai dan ceria, tiba-tiba ayah muda tadi bertindak menjerit kepada anak yang bertampal dahinya dan menunjal kepala anaknya. Sambil mulutnya melahap sate ayam, tangannya menerjah ke pipi anak kecil yang demam itu. Penulis tersentak dengan senario tersebut. Ayah muda itu memaki hamun anak itu dengan kata-kata yang tidak dapat diterima akal manusia. Puncanya, anak itu sejak awal lagi kedengaran merengek, mungkin anak itu tidak selesa. Mungkin kesihatannya yang terganggu. Ayah yang memliki ciri-ciri muka baik ini, bertindak garang di tempat awam. Si isteri sudah tentu malu dan marah dengan tindakan suaminya yang menunjuk kegarangan di hadapan orang lain yang juga mempunyai anak-anak.
Berlakulah peperangan lidah antara kedua-duanya. Sekali lagi si ayah menghadiahkan tamparan ke pipi anak yang dahi bertampal tadi. Ini secara tidak langsung menjemput penulis untuk turut campur tangan. Pertama, anak itu masih kecil. Kedua, mengganggu orang lain yang sedang bersantai menikmati hidangan. Ketiga, penulis berada paling dekat dengan situasi itu. Keempat, penulis terasa sekali ingin membahasakan ayah itu. Apabila 4 pertimbangan dibuat, penulis bingkas bangun dan bertemu muka dengan ayah yang garang itu. Penulis membahasakan ayah itu secukupnya dan tidak menggunakan sentuhan fizikal sama sekali. Ayah itu duduk diam termanggu. Tidak bercakap dan menjeling. Kelihatan dia ayah yang baik dan penyabar pada waktu itu. Tidak seperti aksinya tadi. 
Sebelum meninggalkannya,  penulis berkata kepada ayah tadi, "sekali lagi hang buat atau nak tunjuk garang depan orang lagi, aku akan layan hang macam hang buat dekat budak ni."
Tidak salah mendidik anak dengan pelbagai kaedah. Pada hakikatnya pelaksanaan pendidikan anak-anak merupakan amanat besar dari Allah SWT. Penyelewengan pendidikan anak daripada manhaj yang telah ditentukan merupakan pengkhianatan besar terhadap amanat besar itu. 
Jangan sesekali kita sebagai ibu bapa memperkecilkan kecepatan kedewasaan anak-anak. Masa dan peluang perlu diberikan kepada anak-anak untuk maju mereka amat memerlukan bimbingan yang positif dan didikan yang sempurna daripada ibu bapa.
Dalam Perkara 39, Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menggalakkan pemulihan fizikal dan psikologi dan pengintegrasian semula sosial kanak-kanak yang menjadi mangsa: apa jua bentuk pengabaian, eksploitasi atau penyalahgunaan/penganiayaan; penderaan atau apa jua bentuk penghinaan atau hukuman ; atau persengketaan bersenjata. Penyembuhan dan pengintegrasian semula ini hendaklah berlaku dalam suasana yang meningkatkan kesihatan, harga diri dan maruah kanak-kanak tersebut.   
Tugas pengajaran dan pendidikan perlu ditanggung oleh ibu bapa. Anak-anak yang berumur antara empat hingga enam tahun yang suka memerhati dan meniru apa yang berlaku dan menerima apa sahaja yang dilihat dan didengarnya.
Kemudian selepas itu, ayah itu membuat bayaran atas hidangan keluarganya. Mukanya kelihatan masam mencuka menuju ke kereta. Harap hal yang sedemikian rupa tidak berlaku lagi. Penulis hanya mampu memberi senyuman kepadanya sambil terus menikmati nasi putih dengan sup ekor.
Sekian. wassalam.













Ahad, 28 November 2010

Hebatnya Namewee...Dibela Menteri

widgets

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com



Penulis tersentak dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari 28 November 2010. Beliau menyatakan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana pemuda dari Muar, Johor itu tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan.
Bagaimana dengan penghinaannya terhadap orang-orang Melayu dan Islam sebelum ini? Hati kita masih terluka dan belum sembuh. Disaat kita terluka, kerajaan dengan rendah hati memaafkan segala perbuatan Namewee. Namewee meletakkan lagu Negaraku pada taraf yang tidak sepatutnya sedangkan kita apabila terdengar sahaja lagu Negaraku terus berdiri tegak tanpa paksa menghormati lagu Negaraku. Kerajaan memberi kemaafan buat pemuda tersebut dan rela membiarkannya terus mencerca negara yang kita sayangi. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini, Namewee mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malayasia (SKMM). 
Adakah wujud diskriminasi? Atau ada udang di sebalik batu? Pengetua tersebut pula telah dipanggil dan disoal-siasat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kononnya telah menimbulkan sentimen perkauman. Namewee tidak melakukan apa-apa kesalahan. Nemewee bebas berkata apa-apa sahaja. Menteri yang mulut laser ini pun tidak mampu menegur perbuatan Namewee tetapi kalau selain daripada Namewee, macam-macam akan keluar daripada mulut menteri ini. 
Menteri itu dengan bangganya menyatakan terpulang kepada pengetua itu untuk mengambil tindakan atau tidak tetapi kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tindakan ke atas Namewee. Bagaimanakah perasaan guru-guru yang hampir 400 000 jumlahnya di Malaysia mendengar kenyataan menteri itu? Bagaimana nasib pengetua itu? Namewee terus tersenyum dan tidak mustahil akan melakukan lagi kenyataan yang menggemparkan negara. Fikirkan juga hati dan perasaan rakyat Malaysia yang lain.
Kita perlu membezakan antara makna patriotisme, nasionalisme dan taat setia kera ia saling berkaitan. Tidak ada patriotisme selagi tidak ada taat setia. Taat setia mesti diukur dari segi menghormati dan mematuhi kepada Perlembagaan Negara terlebih dahulu. Persoalannya, di manakah patriotisme jika tidak ada taat setia dan rasa hormat kepada Perlembagaan Negara termasuk peruntukan-peruntukan sensitif seperti perkara 3(1) kedudukan agama Islam, Perkara 152, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mempertahankan perlembagaan bermakna mempertahankan kedaulatan negara. Berpegah teguh kepada apa yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial sebelum merdeka dan dirakamkan di perlembagaan adalah nasionalisme.
Fikirkanlah bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap Namewee? Jangan biarkan pemuda itu terus berjalan membusung dada.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...