Sabtu, 11 Disember 2010

3 Tips Bagaimana Memotivasi Diri Pada Maal Hijrah

widgets

Sumbangan Artikel:
iMotivasi

Tip 1: Lakukan Muhasabah Diri Pada Awal Pagi
Ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang Anda pernah capai 12 bulan lalu sepanjang tahun Hijriah. Tekadlah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada 12 bulan akan datang dalam tahun baru Hijriah ini. Elak mengingat kegagalan-kegagalan yang Anda pernah lalui sebab akan menurunkan motivasi Anda.
Tip 2: Kaji sikap riak,takbur,ego dan sombong tersembunyi.
Anda tak akan terlepas dari sikap riak, takbur, ego dan sombong terutama apabila Anda sudah mengecapi sesuatu tahap yang lebih baik daripada orang lain di sekeliling Anda. Pada awal Muharram ni, eloklah kiranya Anda gunakan hari itu sebagai hari untuk menggali ego-ego tersembunyi atau sikap riak tersembunyi, terutama apabila di puji. Sikap riak adalah umpan sikap negatif untuk menguasai diri Anda. Ego,riak, temberang, takbur,sombong dan bongkak adalah berpunca dari sikap-sikap negatif.
Tip 3: Pasang tekad jadi insan yang lebih berguna.
Insan yang baik adalah insan yang mendatangkan manfaat pada orang lain, simply sebab dia gembira melihat orang lain jadi bahagia dan merasa bahagia. Ubah mentaliti Anda, ubah diri Anda menjadi orang yang berguna. Walau siapapun Anda, pada Muharram ini, gunakan ia sebagai titik pemula (starting point) untuk melatih diri Anda menjadi insan berguna, lebih berguna dari yang sebelumnya.
Selamat Menyambut Hari Maal Hijrah (Awal Muharram) dari saya di iMotivasi.

5 Jenis Orang Anda Akan Jumpa Dalam Proses Menuju Kejayaan

widgets
Sumbangan Artikel:
iMotivasi

Bagaimana dengan Awal Muharram Anda? Anda kini berada di hari kedua Muharram, bulan pertama dalam tahun Hijriah. Moga tahun baru Islam ini membawa perubahan besar dalam hidup Anda.
Masa berubah. Anda juga kena berubah seiring perubahan masa. Ilmu kena ditambah, usaha kena ditambah,barulah boleh mencapai tahap lebih baik dari yang sebelumnya. Jika kita tidak berubah, pasti kita tidak mencapai apa-apa. Sebabnya, kita tidak berubah.
Berusaha memperbaiki diri itu juga perubahan. Bila Anda tidak berubah, maknanya Anda tidak berusaha mengubah diri Anda.
Orang yang tidak mahu memperbaiki diri ada di mana-mana. Anda boleh kenali orang sebegini melalui dua cara:
1. Mereka suka mengkondem orang lain.
2. Mereka berusaha menjatuhkan orang lain yang sudah berjaya.
3. Mereka memburuk-burukkan orang yang bersemangat mahu berjaya.
Berikut adalah 5 jenis orang yang Anda akan jumpa dalam proses memburu kejayaan.
1.Orang tidak mahu berjaya, cukuplah sekadar biasa-biasa saja.
2.Orang mahu berjaya, tapi pernah gagal lalu jadi memandang negatif terhadap kejayaan. Inilah orang skeptik.
3.Orang yang sentiasa berfikir pasal kejayaan, tapi usahanya sedikit cuma.
4.Orang yang banyak usaha ke arah kejayaan, lepas satu diusahakan, dia usahakan lagi satu. Belum lagi mencapai kejayaan dari usaha yang dulu, dia sudah mula mengusahakan perkara baru. Tak ada fokus. Mahu mencapai berbagai kejayaan dalam satu masa. Main lompat-lompat. Akibatnya fokus lari, hasil tak nampak-nampak lagi. Duit dan tenaga habis gitu saja.
5. Orang bersemangat dan memberi komitmen tinggi pada apa yang diusahakan, tidak merubah fokus selagi belum benar-benar berjaya dalam perkara yang diusahakan olehnya. Inilah sikap orang berjaya!.

Jumaat, 10 Disember 2010

5 Tips Bagaimana Untuk Rasa Gembira Sekarang Ini

widgets
Sumbangan Artikel:
iMotivasi










Rasa gembira (happiness) adalah satu ‘feeling’.
Rasa gembira adalah satu perasaan. Perasaan ini boleh dihadirkan, dipadamkan atau ditukarkan dengan perasaan lain, mungkin juga perasaan yang berlawanan dengannya. Seperti yang Anda tahu, lawan pada rasa gembira adalah duka, kecewa. Lawan paling mudah simply adalah rasa tidak gembira (unhappy).
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasa gembira (merasai kegembiraan di jiwa)
Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya.
Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari Anda. Secara tidak semena-mena, Anda akan merasa bersyukur masalah Anda tidak seteruk masalah orang yang Anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab Anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, Anda pun akan rasa gembira sama.
Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa.
Dalam era sekarang ni, jika Anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan Anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan Anda tu ikhlas, katakan Anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu Anda ubah, sebab perkataan ini selalh di salah erti.
Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan Anda.
Ingati orang-orang kesayangan Anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi Anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika Anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat Anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda Anda memberi respon pada imaginasi Anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood Anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).
Tips 4: Hobi.
Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang Anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti Anda ada hobi. Saat Anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi Anda. Jika hobi Anda membaca, cari sebuah buku dan baca. Anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran Anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat Anda enjoy melakukan hobi Anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.
Tips 5: Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin.
Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. Pembaca iMotivasi bukan saja beragama Islam, bahkan ada beragama Buddha,Kristian dan Hindu sebab kita ini warga Malaysia. Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada Tuhan. Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ Anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, Anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.

Khamis, 9 Disember 2010

Satu Catatan...Asal-usul SK Keledang Jaya, Nibong Tebal

widgets
FARIDAH MOHAMAD SAAD
noniemsaad@yahoo.com
Institut Pendidikan Guru
Kampus Teknik
Bandar Tun Razak
Cheras, Kuala Lumpur




           








 
Kisah ini berlaku sekitar tahun 1981. Pada ketika itu, aku baru sahaja selesai menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Masih ku ingat lagi betapa bersemangatnya Guru Besar kami bersungguh-sungguh untuk menukarkan nama sekolah kami. Jika disebut sahaja Sekolah Kebangsaan Changkat, hanya di kampung itu sahaja yang gahnya tidak pula dikenali di pekan Nibong Tebal. Rata-rata, penduduk di daerah Nibong Tebal tidak mengetahui tentang kewujudan sekolah kami itu kerana keadaannya yang terpencil serta kedudukannya agak jauh di kawasan kelapa sawit. Justeru, pihak sekolah khususnya Guru Besar telah bersepakat dengan guru-guru lain untuk menukarkan nama sekolah kami dengan nama yang lebih komersial lagi.

            Ura-ura tentang penukaran nama sekolah kami itu telah diketahui oleh penduduk kampung Changkat. Ada dalam kalangan penduduk di situ tidak bersetuju nama sekolah itu ditukarkan kepada nama yang lain. Menurut  golongan tua, amat sesuai jika nama sekolah itu diteruskan kerana dapat pula mencerminkan nama kampung tersebut. Bukankah nama sekolah diambil daripada nama kampung di mana kawasan sekolah itu diwujudkan di situ contohnya Sekolah Kebangsaan Bagan Buaya diambil sempena nama kampung Bagan Buaya begitu juga Sekolah Menengah Nibong Tebal diambil sempena nama pekan Nibong Tebal. Namun begitu, ada juga golongan muda yang meminta agar pandangan seperti itu haruslah dikikis dan perlu lebih berfikiran optimis jika inginkan kemajuan dalam kehidupan. Setelah perbincangan diadakan, maka persetujuan telah dapat dicapai iaitu menukarkan nama sekolah itu kepada nama yang lebih komersial pada masa akan datang.

            Tugas untuk mencari nama baru sekolah itu diletakkan di bahu Guru Besar yang baru berpindah kira-kira enam bulan di sekolah itu. Pelbagai nama telah dicadangkan tetapi tidak mendapat persetujuan daripada penduduk kampung dan pihak pentadbiran sekolah. Akhirnya, Guru Besar dan guru-guru menemui jalan buntu dan sukar untuk menyelesaikan nama baru bagi sekolah kami itu. Memang pelik, untuk memberikan nama baru sesebuah sekolah memakan masa hampir sebulan lamanya dan seperti menjadi satu masalah besar pula kepada penghuni sekolah itu terutamanya pihak pentadbiran sekolah.

            Suatu hari, berlaku peristiwa yang tidak diduga berlaku di kampung tersebut. Seorang pekerja India telah hilang di kaki bukit Changkat berdekatan tempat tinggal penduduk kampung tersebut. Kami tidak mengetahui tujuan sebenar pekerja itu mendaki bukit Changkat. Bagi kami, bukit itu tidak mempunyai apa-apa keistimewaan kecuali hutan tebal di kawasan tersebut. Beberapa orang penduduk kampung telah mengambil keputusan untuk mendaki bukit itu untuk tujuan menjejaki kehilangan pekerja India tersebut. Dalam usaha pencarian itu, turut sama ialah Guru Besar, pelajar-pelajar dari darjah 5 dan juga penduduk kampung.

            Kata Guru Besar kami, selain daripada usaha mencari, kami akan berpeluang mendaki bukit Changkat yang sebelum ini belum pernah kami rasai. Peluang seperti ini merupakan peluang yang tidak harus kami lepaskan dan akhirnya seramai 10 orang pelajar termasuk aku terpilih untuk mengikuti pencarian pekerja India tersebut diketuai oleh Guru Besar dan 5 orang guru lelaki.

            Sepanjang perjalanan menuju ke kaki bukit Changkat itu, kami perlu melalui kampung dan jalan yang kurang biasa dilalui oleh penduduk di situ. Perjalanan tidak begitu sukar dan kira-kira satu jam dari kampung, kami melalui sebatang jalan yang bersih seperti sering dilalui oleh penduduk kampung. Kami berasa sangat hairan kerana jalan itu tidak pernah dilalui oleh penduduk kampung. Tidak ada semak-samun atau rumput liar di jalan tersebut seperti ada orang yang menjaganya sedangkan di belakang jalan dan di hadapan jalan itu banyak semak dan keadaan yang tidak terurus. Di kiri kanan jalan itu ditanam pula dengan pokok manggis yang tinggi dan kesemua pokok manggis itu 14 batang kesemuanya iaitu 7 di kiri dan 7 di kanan jalan tersebut. Daun-daun pokok manggis itu bertaut sesama sendiri seolah-olah pintu gerbang yang redup dan dingin di jalan tersebut.

            Kami terus melangkah melalui jalan itu yang panjangnya kira-kira 4 meter jauhnya. Ketika melalui jalan itu, hati kami berdebar-debar malahan ada yang tercengang-cengang kerana perjalanan kami disulami dengan bau yang amat wangi. Guru Besar dan orang kampung menyuruh kami diam dan tidak berpecah kerana takut kami tersesat dan leka melihat keadaan pelik di jalan itu. Kami terus diarahkan mempercepatkan perjalanan dan akhirnya sampai ke penghujung jalan dengan agak lama. Guru Besar dan penduduk kampung berasa pelik kerana jalan yang begitu pendek itu memakan masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke penghujungnya. Menurut orang tua-tua, tempat itu merupakan laluan orang bunian dan memang jarang-jarang digunakan oleh penduduk kampung di situ. Pelbagai cerita mengenai orang tersesat di situ turut berlaku tetapi mujurlah kami semua selamat sampai di kaki bukit Changkat.

            Ketika kami sampai di kaki Bukit Changkat itu, hari telah pun tengah hari. Kami diberikan minuman dan makan nasi bungkus yang dibawa oleh Guru Besar dan orang-orang kampung. Ketika berhenti rehat itu, Guru Besar pun bertanya mengenai kejadian aneh yang berlaku ketika melalui jalan tersebut kepada Penghulu kampung. Penghulu menceritakan bahawa dahulunya memang tempat itu merupakan tempat penempatan orang kampung, setelah banyak penduduk kampung berpindah maka kawasan itu tidak lagi dilalui dan ditinggalkan semak begitu sahaja.

            Kami meneruskan pendakian ke Bukit Changkat, Tidak ada jalan denai kerana kawasan di sekitar Bukit Changkat tidak pernah diterokai oleh penduduk kampung. Malahan mereka berpendapat bahawa bukit Changkat tidak sesuai untuk aktiviti ekspedisi kerana menurut orang tua-tua di kampung itu, dahulunya ada seorang Panglima yang digelar ‘Panglima Hitam’ dibunuh oleh pihak komunis dan mayatnya tidak dijumpai sehingga kini. Kata orang, mayatnya ditanam di bukit Changkat. Menurut ceritanya lagi, kelibat Panglima Hitam ini dapat dilihat di kaki bukit Changkat ketika orang kampung mencari lembu mereka yang tersesat di situ. Itu semua adalah kisah-kisah dahulu dan kami hanya mendengar cerita sahaja daripada orang tua-tua kami.

            Setelah berhenti rehat dan makan, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit Changkat. Penghulu dan Guru Besar paling di hadapan dan menebas semak samun di hadapan untuk memudahkan kami melalui kawasan tersebut. Rumput-rumput yang panjangnya hingga paras bahu kami menyebabkan kami sukar untuk bergerak. Kami meneruskan perjalanan hingga tiba di bahagian puncak bukit itu. Tiba-tiba mata kami seperti terpaku ke arah satu kawasan iaitu di tengah-tengah bukit itu terdapat sebatang pokok yang sangat besar berbanding pokok-pokok yang lainnya. Pokok itu besar dan terdapat banyak akar-akar yang berjuntaian di atas pokok itu. Kami juga berasa hairan kerana kawasan di sekitar pokok itu sangat bersih seperti ada orang yang menjaganya. Di bawah pokok itu juga kami turut menjumpai pekerja India itu yang sedang duduk dan tercengang ketika kami sampai di situ. Pekerja India itu menangis dan lemah kerana tidak makan beberapa hari. Dia juga tidak mengetahui bagaimana dia boleh sampai di tengah-tengah bukit itu.

            Guru Besar membawa kami berdiri di bawah pokok itu dan dari tengah bukit itu, kami dapat melihat kawasan sekolah kami, kawasan kampung malahan dapat pula melihat kampung Bagan Buaya yang jauhnya 20 kilometer dari kampung kami. Kami juga dapat melihat pekan Nibong Tebal dan kawasan laut yang jauh daripada daratan. Jika diikutkan bukit itu tidaklah begitu tinggi tetapi kami berasa pelik kerana dapat melihat keseluruhan kawasan yang tidak pernah kami kecapi. Guru Besar dan penduduk kampung mengukur batang pokok besar itu dan besarnya ialah 7 orang dewasa yang mendepakan tangan mereka secara satu bulatan. Memang besar kerana tali pengukur yang kami bawa itu tidak cukup untuk mengukurnya. Jika diteliti dengan jelas pokok itu sudah tua dan mungkin berusia ratusan tahun.

            Setelah beberapa jam di situ, kami diarahkan turun dan ketika kami menuruni kawasan tersebut, kami melihat pokok itu betul-betul di puncak bukit. Kami tiba di perkarangan sekolah setelah tiga jam perjalanan. Guru Besar pun bertanya dengan penghulu mengenai nama pokok itu. Kata penghulu, nama pokok itu ialah pokok keledang. Guru Besar membuat keputusan untuk menamakan sekolah kami dengan nama Keledang Jaya sempena nama pokok yang ditemui dan jaya kerana berjaya menemui orang yang tersesat ketika itu.

            Itulah peristiwa yang telah berlaku kira-kira 25 tahun dahulu. Sehingga sekarang, pokok keledang itu masih terdapat di puncak bukit Changkat walaupun hampir keseluruhan bukit itu telah digondolkan oleh pihak pemaju perumahan di kampung itu tetapi pokok itu tetap bersiri dengan teguh. Ketika cubaan untuk menebang pokok itu namun tidak berjaya malahan banyak alatan yang rosak. Oleh itu, pihak pemaju perumahan tidak dapat menebang pokok keledang itu dan dibiarkan di puncak bukit Changkat itu. Memang benar, setelah nama sekolah itu ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya, telah melahirkan banyak bekas pelajar yang berjaya dalam hidup.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...