Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H daripada Cikgu Rasul



Assalamualaikum W.B.T
Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada muslimin dan muslimat walau di mana berada. Terima kasih atas sokongan pada blog WADAH PAJAK SONG iCIKGU RASUL


Saya pulang berhari raya di Pajak Song, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang


YGMB bantu guru lanjut pelajaran


Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


ALIMUDDIN Mohd. Dom dan Anuwar Ali berjabat tangan selepas menandatangani MoU
 antara YGBM dan OUM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam usaha untuk melahirkan warga pendidik yang mempunyai tahap pendidikan tinggi selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) mengambil inisiatif dengan menyediakan peluang melanjutkan pelajaran kepada golongan tersebut.

Peluang ini terbuka kepada semua guru di bawah Kementerian Pelajaran (KPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PhD) dalam hampir kesemua bidang yang ditawarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya bersedia menawarkan pinjaman kewangan kepada golongan pendidik termasuk mereka yang berada di peringkat pengurusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
"Pinjaman dengan jumlah maksimum sebanyak RM30,000 akan disediakan oleh Koperasi YGMB kepada setiap ahli yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut Alimuddin, perjanjian kerjasama dengan OUM itu sekali gus dapat membuka peluang kepada warga pendidik untuk mendapatkan pendidikan ke tahap tertinggi di samping menjaga kebajikan ahli-ahli YGMB.
"Pihak YGMB bukan sahaja menjaga kebajikan ahli-ahlinya dalam bentuk kewangan yang bersifat sementara namun kali ini fokus kepada perkara yang lebih bernilai untuk masa depan iaitu pendidikan.
"Pinjaman ini pastinya dapat membantu memudahkan lagi urusan warga pendidik kerana pelbagai kemudahan lain turut disediakan dan ia diuruskan sepenuhnya oleh pihak yayasan dan universiti," terang beliau.
Jelasnya lagi, tempat dan tenaga pengajaran bagi program pengajian di OUM juga tidak terbatas di kampus utamanya di Kuala Lumpur sahaja.
"Bagi guru-guru yang berada di luar Kuala Lumpur, tenaga pengajar dan tempat akan disediakan di lokasi berhampiran di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
"Pendekatan ini amat membantu dalam memudahkan guru-guru yang ditempatkan di luar Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran tanpa perlu ke kampus utama OUM," ujarnya lagi.
Tambah beliau lagi, pengajian di universiti ini juga lebih kepada kaedah pembelajaran atas talian (online learning) yang tidak memerlukan para pelajar bertemu pensyarah secara bersemuka. Manakala sesi pengajian pula dijalankan pada hujung minggu sahaja.
"Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan aktiviti pembelajaran di universiti itu daripada mengganggu kerja-kerja harian guru di sekolah," katanya lagi.
Bagaimanapun Alimuddin memberitahu, beberapa kriteria tertentu perlu diberi pertimbangan sebelum seseorang guru itu layak untuk melanjutkan pelajarannya.
"Pihak YGMB berharap agar guru-guru yang masih belum mempunyai ijazah supaya merebut peluang ini bukan sahaja untuk meningkatkan tahap pendidikan malah sebagai salah satu cara untuk kenaikan pangkat," jelas beliau.
Pada masa yang sama, YGMB juga dalam proses untuk mengadakan kerjasama serupa dengan beberapa universiti lain seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).
Sementara itu, Tan Sri Anuwar Ali berkata, OUM telah bersedia menerima kemasukan lebih 100,000 ahli yayasan itu dengan program yang telah diubah suai mengikut keselesaan mereka.
"Sehingga kini pihak OUM mempunyai hampir 30,000 pelajar yang telah menyambung pelajaran mereka dalam bidang pendidikan dan ini menunjukkan kepercayaan warga pendidik terhadap kemampuan kami," katanya.

Ahad, 28 Ogos 2011

STAR bina Galeri Tun Hamdan


Utusan Malaysia Online
(Arkib 23.8.2011)
IPOH 22 Ogos - Bagi memperingati sumbangan yang banyak oleh Guru Besar pertamanya, Hamdan Sheikh Tahir, Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) di sini akan menubuhkan sebuah galeri bagi menempatkan catatan sejarah mengenai tokoh tersebut.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Hamdan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, galeri tersebut akan ditempatkan di sebuah bangunan sedia ada yang akan dibaik pulih di atas tanah seluas 1.9 ekar dan dijangka beroperasi sepenuhnya Mei tahun depan.
Katanya, perbincangan bersama Arkib Negara dan Yayasan Tun Hamdan telah dilakukan bagi menempatkan bahan-bahan sejarah melibatkan tokoh tersebut di galeri itu.
"Pembinaan galeri ini cukup bermakna kerana ia merupakan usaha bagi memperingati jasa dan sumbangan Tun Hamdan yang berkhidmat di sekolah ini sejak ia ditubuhkan.
"Perbincangan telah diadakan bersama pihak yayasan dan kerja-kerja pembinaan dan pengumpulan bahan sejarah akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan biasiswa, zakat dan sumbangan raya kepada pelajar-pelajar dan anak-anak yatim negeri Perak di sini, hari ini.
Seramai 58 pelajar dari tiga buah sekolah iaitu STAR, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah dan SMK Clifford menerima biasiswa Yayasan Tun Hamdan berjumlah RM500 setahun bagi tingkatan empat dan lima, manakala RM650 bagi tingkatan enam.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H



Blog Cikgu Blogging in Malaysia


Posted: 26 Aug 2011 08:16 AM PDT

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada Admin Cikgublog.com

Admin Cikgublog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua cikgu dan murid di Malaysia terutamanya guru pembaca setia cikgublog dotcom. Admin berharap sepanjang menyambut Hari Raya Aidil Fitri ini, semuanya berada dalam keadaan gembira dan selamat sejahtera serta yang paling pentingnya  selalu berhati-hati di jalan raya semasa dalam perjalanan balik ke kampung.
Sehubungan itu sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri, admin juga berharap sermua warga pendidik dan murid-murid tidak lupa akan persediaan untuk menghadapi peperiksaan awam khususnya UPSR yang akan bermula pada 13 September 2011, iaitu satu minggu selepas Cuti Hari Raya. Hal ini penting bagi memastikan murid-murid bersedia untuk berhadapan dengan peperiksaan dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekian dan selamat bercuti.

Lagu Raya kegemaran Admin Cikgublog:
“SELAMAT HARI RAYA” daripada SALOMA
(1) Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

(2) Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

( ulang 1 & 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya…

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...