Sabtu, 17 Disember 2011

Novel Interlok ditarik sebagai teks komponen sastera













"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai 

tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam 
tempoh terdekat

MELAKA: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi
menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.dalam tempoh

terdekat.
Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah
Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi
yang ditimbulkan sebelum ini.
"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai
tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam
tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai novel
berkenaan selepas merasmikan perlawanan bola sepak Piala Datuk Seri S. Samy
Vellu anjuran Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) di Ayer Keroh, di sini,
hari ini. Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa
perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan
perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang
ditubuhkan oleh kerajaan.

Sementara itu, Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berharap
kerajaan dapat menyegerakan perlaksanaan pengumuman dalam bahasa Tamil di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terutamanya yang membabitkan
penerbangan ke Chennai, India.
Katanya tindakan itu perlu dilaksanakan ekoran kira-kira 90 peratus
penumpang ke negara berkenaan berbahasa Tamil. -- BERNAMA





Ulasan Wadah Pajak Song iCikgu Rasul


Sejarah menyedihkan novel Interlok hasil penulisan dan minda Sasterawan Negara berlaku lagi. Kali ini novel tersebut terus disingkirkan daripada terus dipelajari oleh pelajar. Sebelum ini, pada awal tahun 2011, agak menyedihkan apabila novel bertajuk Interlok milik Datuk Abdullah Hussain dibakar oleh 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), baru-baru ini. Tindakan kumpulan berkenaan menampar, membakar gambar penulis novel Interlok itu dan menggelarnya sasterawan bodoh dianggap keterlaluan dan satu penghinaan tidak bertamadun.


Penghinaan terhadap sasterawan negara itu dilihat sama seperti penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana gelaran itu diberikan baginda. Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima) yang agresif bertindak menggesa kerajaan untuk mengharamkan dan menarik semula novel itu daripada dijadikan bahan rujukan sekolah telah berjaya dalam perjuangan mereka.

Sepatutnya pendidikan tidak seharusnya dipolitikkan. Perbincangan secara intelektual dan bertamadun adalah perlu. Malah penulis itu tidak pernah berada atas pentas politik. Namun perkara ini sebaliknya berlaku, terlalu kebudak-budakan, kurang matang dan terburu-buru serta bersifat politik. Penulisan novel adalah berdasarkan fakta sejarah, menceritakan ikatan dan pertalian antara tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India yang membawa mesej keharmonian. Ketika karya ini diterbitkan 40 tahun dahulu tiada siapa bangkang tetapi peliknya kenapa sekarang baru jadi sensitif! Karya yang dihasilkan berdasarkan fakta-fakta sejarah yang tepat.

Memang menjadi tugas guru untuk menerangkan kepada pelajar penggunaan perkataan ini yang dianggap sensitif supaya generasi muda dapat memahaminya mengikut konteks asal. Ini kerana latar sosial masyarakat India melalui kasta tersebut sememangnya wujud mengikut sejarah peradaban India.

Tidak ada sebarang cacat cela pada novel itu sehingga boleh menimbulkan kemarahan sebilangan masyarakat India negara ini kecuali ia dipolitikkan bagi tujuan tertentu. Mengapa mereka perlu takut dengan bayang-bayang mereka sendiri! Novel tersebut merakam peristiwa sejarah di ambang kemerdekaan ketika Malaysia didatangi buruh-buruh asing bagi tujuan ekonomi kolonial dan penulis menceritakan peristiwa itu berdasarkan bukti sosiobudaya pada masa itu.

Bagi penulis kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok, itu bukanya suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan. Golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.

Sehubungan penulis meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang tidak ilmiah. Perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit.

Altantuya: Pengurusan kes rayuan 10 Feb







Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau hari ini.

Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.


Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam

pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.

Kedua-dua mereka, yang merupakan komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

Hazman memberitahu pemberita hari ini bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin.

Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah "penafian dan menyalahkan satu sama lain."

- Bernama


Ari Software 

Jumaat, 16 Disember 2011

Sifir Gaji Baru Januari 2012-Gred DG 2-1 hingga DG 1-6

Sikap individu penentu survival bahasa ibunda


Sumber:
Utusan Borneo
http://www.theborneopost.com/2011/12/15/sikap-individu-penentu-survival-bahasa-ibunda-terkini/


Dekan Sekolah Sains Sosial, Prof Madya Haji Inon Shaharuddin Abdul Rahman dan James berjabat tangan selepas menandatangani Surat Hasrat kerjasama antara Universiti Malaysia Sabah dan Northen Illinois University dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia.








KOTA KINABALU: Sikap individu di negara ini yang malu untuk menuturkan bahasa ibunda sendiri menjadi salah satu ancaman utama kepada kelangsungan bahasa etnik atau daerah yang djuga disebut sebagai dialek.
Menurut Pengkaji Bahasa Melayu, Prof James T Collins, terdapat segelintir individu dalam masyarakat yang berasa malu untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.
Malah, keadaan diburukkan lagi dengan tindakan mereka yang mengutamakan bahasa asing berbanding bahasa ibunda mereka sendiri.
“Kadangkala mereka tidak mengaku yang mereka boleh bertutur dalam bahasa etnik atau dialek kerana malu dilihat sebagai ketinggalan zaman. Kerana itu wujudnya kelompok masyarakat yang bahasa Inggeris mereka lebih lancar daripada bahasa ibunda.
“Ada juga ibu bapa yang tidak mendidik atau membiasakan anak-anak mereka dengan bahasa ibunda sehingga mereka membesar tanpa boleh bertutur bahasa ibunda. Kononnya, mereka mahu anak mereka dapat menguasai bahasa yang lain yang diangkat sebagai lebih penting dan berprestij,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Asia Tenggara, Northen Illinois University Amerika Syarikat berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ceramah Penyelidikan Bahasa Berdasarkan Sejarah, Geografi dan Komunikasi di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kelmarin.
James berkata, dengan mengambilkira faktor pendidikan, terdapat ibu bapa yang mementingkan penguasaan bahasa tertentu yang dianggap berprestij bagi memastikan anak mereka dapat terus bersaing.
“Misalnya, terdapat masyarakat kampung yang mengutamakan bahasa yang dianggap ‘bandar’ atau masyarakat Melayu yang lebih mengutamakan Inggeris atau masyarakat Cina yang lebih mengutamakan Mandarin berbanding Kantonis atau Hakka..inilah antara ancaman kepada bahasa ibunda.
“Bagi mengubah keadaan ini, tidak perlu melihat kepada aspek lain melainkan diri individu itu sendiri. Untuk mengubah keadaan ini memerlukan mereka mengubah sikap mereka,” katanya.
Beliau berkata, sebagai ‘orang luar’, kerajaan, institusi keagamaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak berkaitan terpaksa berhadapan usaha yang terbatas kerana isu itu melibatkan kesedaran individu itu sendiri.
“Bagaimanapun, satu pendekatan untuk meyakinkan setiap individu bahawa bahasa etnik atau dialek itu mempunyai keunikan dan harus dipelihara, perlu diambil.
“Usaha yang sama perlu diambil untuk memelihara amalan dan tradisi mereka. Mereka harus ada keyakinan untuk memelihara bahasa, amalan dan tradisi ini,” katanya dalam bahasa Melayu yang fasih.
Sementara itu, dalam ceramahnya, James berkata dari aspek sejarah tidak dapat dinafikan era penjajahan British di Malaysia turut menyumbang kepada penyebaran bahasa dialek.
Menurutnya, melalui rampasan tanah misalnya, menyebabkan terdapat penutur dialek Kedah di bahagian pesisir pantai Perak manakala dialek Patani digunakan di bahagian Ulu Perak.
Keadaan yang sama, katanya, berlaku di Kelantan apabila negeri itu dipisahkan oleh British dari Patani yang pada awalnya di bawah kerajaan Siam yang menyebabkan penutur dialek Patani terdapat di bahagian utara Kelantan.
“Di Melaka, penduduk Alor Gajah (dulunya Naning) menuturkan dialek Negeri Sembilan kesan daripada Perang Naning yang tercetus setelah British tidak berpuas hati kerana hanya mendapat Melaka,” tambahnya.
Dari aspek geografi, kata James, perluasan bahasa Melayu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti jaringan sungai dan persisiran pantai.
“Sungai adalah jalan pengangkutan utama orang Melayu ketika dulu dan keadaan ini juga dijelaskan dengan penglibatan orang Melayu dalam aktiviti perdagangan.
“Bagi faktor persisiran pantai, kita dapat melihat penutur dialek Terengganu boleh ditemui di pesisir pantai Pahang dan Johor sebagai kesan aktiviti pelayaran,” katanya.
Menyifatkan faktor itu unik, beliau berkata terdapat penutur dialek Kedah di Medan yang menjelaskan faktor persisiran itu mengesani perkembangan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu, jelasnya, pernah menjadi bahasa utama Asia Tenggara suatu ketika dahulu memandangkan bahasa itu adalah bahasa perdagangan di Asia Tenggara.





Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...