Sabtu, 7 Januari 2012

Polis benarkan perhimpunan 901 di luar mahkamah

Sumber:
malaysiakini.com
http://www.malaysiakini.com/news/185845







Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur
Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang nanti.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Enggan mendedahkan butiran
Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengumumkan hasil perbincangan secara terperinci pada sidang medianya pada jam 3 petang ini.

Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci hasil perbincangan berkenaan."Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.

"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
PERKASA berhimpun di masjid
"Saya percaya polis mengambil langkah-langkah sewajarnya... Kita juga berbincang tentang program kita secara teliti dengan polis. Kita amat berpuas hati," katanya.

Menurutnya lagi, perhimpunan tersebut adalah untuk mrnunjukkan solidariti bagi membebaskan Anwar daripada fitnah.

"Ia bukan protes, tapi solidariti kepada Datuk Seri Anwar," katanya.

Sementara itu, Datuk Mohmad Salleh yang ditemui wartawan selepas mengadakan pertemuan itu mengesahkan pihak polis Kuala Lumpur membenarkan perhimpunan itu dengan dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.

"Penganjur mesti memastikan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.Sehingga semalam sebanyak 535 laporan polis dibuat di seluruh negara membantah perhimpunan anjuran PKR itu pada Isnin depan oleh pelbagai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga melaporkan polis telah memberi kebenaran kepada mereka untuk berhimpun di perkarangan masjid Kuala Lumpur pada Isnin depan.

Menurut timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga mengadakan pertemuan dengan pihak polis, tidak ada permit yang diperlukan bagi tujuan berkenaan.


Ari Software 



ULASAN DAN KOMEN DI DALAM MALAYSIKINI

Ibrahim katak ni suka buat kacau. Saya ahli UMNO pun benci sangat2 dengan Brahim katak dan Zul Nordin katak ni. Ahli UMNO mana suka kat orang2 katak ni. Bahaya. Dulu tanding atas tiket Pas sebab UMNO dah buang dia. Zul Nordin pun sama Keadilan buang dia. Harap orang UMNO berwaspada dengan katak katak ni.

Zackry Wak ·  Pengulas Tertinggi · UTM
Katak-katak nie belaan umNO. Katak-katak begini kat mana PULUS LEBAT kat sana la dia MELALAK.

Tetanum Anum ·  Pengulas Tertinggi · Student di Taco Bell
Zackry Wak : yes i agree with you mr. i'm personaly look Ibrahim is a frog man. he want speach lough month cause he want to be the YB in PRU13. But this time with one he like to joint for the PRU13. BN or PR ( PAS ) cause he like "Tikam Belakang" and " Tak Tahu menghargai jasa".

Antibangkang Bangkang · Sekolah Pondok Ceria Selalu
polis dh bg lampu hijau tu terima je la sedara...jgn bnyk sngt songel n komplin,,,bg salah x bagi salah mmg mcm tu agaknya dasar nk membangkang je keje nya....


Jumaat, 6 Januari 2012

Ikan tuna gergasi dilelong RM2.3 juta di Jepun



TOKYO - Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kilogram (kg) yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen (RM2.3 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini.
Menurut agensi berita AFP, ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura.
"Saya mahu memenangi ikan tuna yang terbaik supaya pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya," kata Kimura.
Dia merujuk kepada seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen (RM1.32 juta) di Tsukiji, Jepun.
Penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia. - AFP

Khamis, 5 Januari 2012

Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012


Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012



Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 telah dibuka hari ini melalui;



Terkandas akibat banjir

Sumber:
http://www.theborneopost.com/2012/01/05/terkandas-akibat-banjir/










Sesi persekolahan awal tahun apabila terpaksa ditangguhkan ekoran banjir yang melanda kawasan itu awal pagi kelmarin
Seramai 364 murid Tahun 1 hingga 6 di Sekolah Kebangsaan Batu 6 Jalan Segama tidak dapat meneruskan sesi persekolahan awal tahun apabila terpaksa ditangguhkan ekoran banjir yang melanda kawasan itu awal pagi kelmarin.
Guru Besar, Gimson Abdan, berkata tiada apa yang dapat dilakukan bagi meneruskan sesi persekolahan pada hari pertama pembukaan sekolah berikutan jalan raya di sepanjang laluan ke sekolah itu telah dinaiki banjir.
“Demi keselamatan semua murid kita terpaksa mengarahkan mereka pulang dan sesi persekolahan pada hari pertama ini juga terpkasa dibatalkan,” katanya, sambil menambah pihak sekolah juga telah memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Bagaimanapun, tambahnya, sekiranya keadaan banjir mula pulih hari ini (Khamis) sesi persekolahan akan dibuka semula seperti sedia kala.
Namun, ia juga bergantung kepada faktor keadaan cuaca.
Sementara itu, Utusan Borneo yang melakukan tinjauan bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu mendapati bahagian hadapan jalan raya sekolah terbabit telahpun ditenggelami air menyebabkan murid-murid tidak dapat melintasi kawasan itu untuk ke sekolah.
Selain itu, kelihatan juga beberapa rumah di kawasan berhampiran turut ditenggelami air sedalam 3 hingga 9 kaki.




Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...