Rabu, 8 Februari 2012

Jangan terlalu dedahkan profil diri



by Clare Cinderella. Posted on February 8, 2012, Wednesday

LIHAT SENDIRI: (Dari kiri) Robert Lawson, Rosey dan Fatimah sama-sama memerhati sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Pusat Jagaan Harian Sunflower melakukan terapi kepada salah seorang kanak-kanak jagaan pusat itu semasa lawatan semalam.

Wanita gemar ‘chatting’ dalam laman sosial perlu waspada elak ditipu


MIRI: Golongan wanita yang gemar berkomunikasi atau ‘chatting’ di laman web sosial, jangan terlalu mendedahkan profil diri mereka kepada orang luar bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah ketika mengingatkan demikian berkata, kebanyakan mereka yang menjadi mangsa penipuan ini dijejaki melalui profil atau status mereka.
“Mereka yang terlibat dalam kes penipuan seperti ini bukan golongan sembarangan, sebaliknya begitu berpengalaman dan merujuk profil mangsa untuk mengetahui status mereka, terutama golongan ibu tunggal, wanita berusia dan mereka yang sedang mencari teman dan kasih sayang.
“Mereka juga telah mengkaji terlebih dahulu kelemahan golongan wanita yang akan dijadikan ‘kumpulan sasaran’ mereka itu dan kemudian menggunakan ayat-ayat atau perkataan yang boleh menjerat sosial dan emosi mangsa, ditambah dengan janji-janji palsu,” katanya.
Menurut Fatimah lagi, dengan kebijaksanaan berkata-kata dengan menabur puji-pujian, maka wanita yang menjadi mangsa mereka tanpa sedar, begitu mudah ‘jatuh cinta’ kerana beranggapan diri mereka benar-benar disayangi hingga tanpa sedar ditipu wang ringgit yang melibatkan angka besar hingga mencecah jutaan ringgit.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kes-kes wanita dari negeri ini yang banyak menjadi mangsa penipuan yang melibatkan wang ribuan ringgit akibat ‘cinta Internet’ dan juga ‘cinta palsu’ yang menjadikan mereka keldai dadah dan kambing hitam yang ‘dikorbankan’ dalam jenayah terancang sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Ditanya kenapa wanita Sarawak kerap menjadi mangsa, Fatimah berkata, kes-kes seumpama itu bukan hanya berlaku kepada wanita di Sarawak sahaja sebaliknya di negeri-negeri lain juga.
“Mereka bukan menumpukan kepada negeri ini semata-mata tetapi seperti yang saya katanya tadi, profil mangsa, terutama mereka yang kesunyian dan perlukan kasih sayang daripada seseorang yang bernama lelaki.
“Justeru, saya menasihatkan wanita-wanita kita (di Sarawak) supaya berhati-hati terutama membabitkan soal lelaki yang tidak diketahui latar belakang mereka. Golongan ini (penipu) ada di luar sana, sentiasa menunggu dan mencari mangsa-mangsa mereka,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat meminta ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak perempuan mereka terutama lepasan sekolah yang belajar di kolej-kolej dan institusi pengajian tinggi seluruh negara termasuk yang bekerja di luar negeri ini.
“Ketahui dengan siapa mereka berkawan terutama apabila ia melibatkan warga asing bagi mengelak mereka terbabit dengan sindiket dadah antarabangsa ini.
“Dalam pada itu golongan wanita muda terutama pelajar, supaya berhati-hati apabila ‘chatting’ di laman web sosial. Jangan begitu mudah terpengaruh dengan apa yang dijanjikan dan kata-kata terutama daripada lelaki yang baru dikenali,” tambahnya.
Terdahulu, kedua-dua mereka mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Harian Sunflower iaitu pusat jagaan anak-anak istimewa dan kurang upaya di sini, yang diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Rosey Yunus.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/02/08/jangan-terlalu-dedahkan-profil-diri/#ixzz1lm9cmPhL

Ahad, 5 Februari 2012

SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN SATU(1) AMBILAN KEDUA DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2012

Rayuan Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang telah ditawarkan kemasukan pada Februari 2012 boleh membuat rayuan pertukaran bidang dan institusi latihan secara dalam talian melalui url http://apps.moe.gov.my/abpg/rayu_ppg2012/ mulai 4 - 7 Feb 2012.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Khamis, 2 Februari 2012

Mayat kanak-kanak yang dibunuh nenek dibakar esok




PUCHONG - Mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai dibunuh oleh neneknya di pangsapuri mereka di Puchong semalam akan dibakar esok. Menurut bapanya yang hanya mahu dikenali sebagai pemilik kedai kopi, mayat anaknya akan dibakar di kawasan perkuburan Kwan Tung Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi.

Mayat mangsa telah dituntut di Hospital Serdang pagi tadi. Mangsa yag berumur 10 tahun meninggal setelah dipercayai ditekup dengan bantal oleh neneknya yang berumur 57 tahun yang mempunyai rekod sakit mental. Difahamkan dia kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan kerana turut dikatakan telah memotong jarinya.

Dia direman sehingga Rabu depan.- Bernama

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...