Rabu, 8 September 2021

Penggunaan "di" sebagai Kata Sendi Nama dan Imbuhan Awalan

DALAM bahasa Melayu, terdapat kata sendi nama yang menjadi perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, untuk, antara, dalam, dengan dan sampai.

Semua kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama tersebut mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Beberapa kata sendi nama yang disenaraikan ini termasuk juga dalam golongan kata yang lain. Contohnya, kata sendi nama “akan” berfungsi juga sebagai kata bantu. Kata sendi nama “dalam” turut berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif. Kata “sampai” digolongkan juga dalam kata kerja. Sementara kata sendi nama “antara” pula berfungsi juga sebagai kata arah.

Bagi kata sendi nama “di”, penggunaannya khusus digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

  • Ibunya merupakan pengarah di syarikat pengangkutan itu.
  • Tiga orang pelajar yang mengikuti ekspedisi itu sesat di dalam hutan.
  • Pesta flora yang menjadi acara tahunan di Malaysia diadakan di Putrajaya.
  • Negeri Perak terletak di antara negeri Kedah dan negeri Selangor.

Perkataan “di” juga turut berfungsi sebagai imbuhan awalan yang ditulis rapat dengan perkataan selepasnya. Namun demikian, masih terdapat pengguna bahasa Melayu yang tidak dapat membezakan penggunaan perkataan “di” sebagai kata sendi nama dan “di” sebagai imbuhan awalan. Kekeliruan ini menyebabkan kata sendi nama “di” ditulis rapat dengan perkataan yang mengikutinya, manakala imbuhan awalan “di” ditulis terpisah daripada perkataan selepasnya.

Khamis, 30 April 2020

Anjakan Paradigma

ISTILAH paradigma berasal daripada perkataan "paradigm" dalam bahasa Yunani (Latin) yang bermaksud cara kita melihat dunia  dari segi perasaan, pemahaman dan tafsiran peribadi. 
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, anjakan paradigma   bermaksud peralihan paradigma daripada satu ling­kungan atau batasan kepada sesuatu yang baharu (biasanya kepada yang lebih baik)

10 Tanggungjawab Hidup Berjiran

Dalam konteks menjaga hubungan silaturahim sesama jiran, janganlah sekali-kali menyakiti hati jiran dan ahli keluarga mereka, sama ada dengan perkataan, perbuatan mahupun tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan mereka. 

Dalam hidup berjiran, ada beberapa hak dan tanggungjawab yang mesti kita tunaikan. Imam al-Ghazali Rahimatullah dalam kitab Ihya Alumiddin ada menyebutkan beberapa hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksana, antaranya:

Pertama: Memulakan memberi salam kepada jiran.
Kedua: Menziarahi jiran ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian.
Ketiga: Jangan terlalu bertanya tentang hal-hal peribadi jiran.
Keempat: Memaafkan segala kesalahan dan kesilapan jiran.
Kelima: Menutup keaiban yang berlaku pada jiran.
Keenam: Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak jiran.
Ketujuh: Sentiasa membantu jiran apabila ditimpa musibah.
Kelapan: Tidak menyakiti dan menyusahkan jiran sama ada dari segi perkataan, perbuatan mahupun tingkah lalu.
Kesembilan: Janganlah terpengaruh dengan kata-kata orang yang cuba memburuk-burukkan jiran.
Kesepuluh: Jangan menyempitkan perjalanan menuju ke rumah jiran.

Amalan hormat-menghormati, bantu-membantu dan saling bertolak ansur sesama jiran akan dapat menjadikan kehidupan berjiran lebih harmoni, sejahtera dan akhirnya akan daripada melahirkan sebuah masyarakat, bangsa dan negara yang kuat dan bersatu-padu serta aman dan damai.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...