Rabu, 24 November 2010

Kehadiran

widgets


Puan Norlilah bt Ismail
GPK HEM
SMK Selayang Bharu















Hadirnya kita, biarlah bermakna, biarlah terasa.
Hadirlah ibarat si pohon Cengal.
Berdiri teguh redup
membayangi insan yang keletihan,
menaungi unggas yang menumpang bersarang.
Berdahan gagah, mengimbangi si anak kecil menghayun buaian.
Berakar tunjang mencengkam erat di bumi,
tidak mudah goyah dan tumbang dek ribut  mau pun hujan.
Cengal kau sememangnya cekal, ..tumpat dan padu.

Hadirlah kita...sehebat Cengal,
menabur jasa menongkat tiang mengelak runtuh dan roboh!!
Hadirlah kita...membawa makna
yang berat kita ringankan
yang sukar kita mudahkan
yang kabur kita jelaskan
yang panas kita sejukkan
yang rimas kita selesakan
yang jauh kita dekatkan
yang serabut kita leraikan
Hadirlah kita....biar terasa
bila bertutur...ada faktor
bila memandang. ..ada pertimbangan
bila bersuara ....dalam bermakna
bila memutus...hasilnya bagus


nukilan
Norlilah Ismail

Kanak-Kanak Jalanan

widgets
Kanak-kanak jalanan telah menjadi pemandangan biasa di bandar-bandar raya. Mereka merayau-rayau di jalan untuk menyara hidup dengan menggilap kasut, menjual rokok dan manisan, menyelongkar tempat sampah sarap dan meminta sedekah.
Sesetengahnya menjadi mangsa pengedar dadah atau mengamalkan tabiat menghidu gam atau telah beralih kepada melakukan jenayah kecil-kecilan. Kanak-kanak jalanan mengimpikan menjalani kehidupan sempurna yang dapat memenuhi kehendak mereka. Malangnya, tidak banyak peluang bagi mereka untuk keluar daripada situasi mereka. Mereka mempunyai hak yang sama dengan kanak-kanak yang tidak hidup dalam keadaan sukar. Mereka berhak mendapat perlindungan dan juga kemudahan yang membolehkan mereka menjalani kehidupan berperikemanusiaan dan memuaskan hati mereka.

Isnin, 22 November 2010

Apakah Hak Asasi Manusia?

widgets

MD RASUL BIN HARON
Wadah Pajak Song(Cikgu Rasul)
mrasulharon@yahoo.com

Hak asasi manusia biasanya difahami sebagai hak yang dipunyai manusia secara sedia ada atau semula jadi. Konsep hak asasi manusia menerima realiti bahawa setiap insan berhak untuk menikmati hak asasinya tanpa membezakan bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, pandangan politik atau pandangan lain, asal-usul bangsa atau sosial, harta-benda, status kelahiran atau status lain.
Hak asasi manusia dijamin dari segi undang-undang oleh UNDANG-UNDANG HAK ASASI MANUSIA, yang melindungi individu dan kumpulan daripada sebarang tindakan yang mengganggu gugat kebebasan dasar dan maruah manusia. Hak-hak ini dinyatakan dalam triti, undang-undang antarabangsa adat, kumpulan prinsip dan sumber lain undang-undang. Undang-undang hak asasi manusia meletakkan kewajipan kepada negara pihak untuk bertindak dengan cara khusus dan melarang negara tersebut daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti tertentu. Walau bagaimanapun undang-undang tidak menetapkan hak asasi manusia. Hak asasi manusia merupakan hak sedia ada yang diperoleh setiap insan yang lahir sebagai manusia. Triti dan sumber lain undang-undang berperanan untuk melindungi secara formal individu dan kumpulan terhadap sebarang tindakan atau pengabaian tindakan oleh kerajaan yang mengganggu hak asasi yang dinikmati oleh mereka.

Hak Kepada Pendidikan

widgets

FARIDAH BT MOHAMAD SAAD
Institut Pendidikan Guru
Kampus Teknik
Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
noniemsaad@yahoo.com

Pendidikan adalah penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Pendidikan juga telah diiktiraf sebagai hak asasi kepada semua. Semua negara yang telah menandatangani dan meratifikasikan Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan rendah secara percuma dan wajib kepada setiap kanak-kanak. Pendidikan hendaklah tertumpu kepada perkembangan personaliti, kemahiran, keupayaan mental dan fizikal kanak-kanak sepenuhnya.
Sistem persekolahan hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran. Langkah yang diambil oleh pihak sekolah untuk memastikan disiplin pelajar dipatuhi hendaklah selaras dengan maruah kanak-kanak sebagai seorang manusia.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...