Rabu, 23 Februari 2011

8 Cara Bagaimana Untuk Bertenang-tenang Selalu


Oleh:


8 tips bagaimana melatih diri untuk bertenang selalu.
1. Mulakan dengan niat.
Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.
2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.
Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.
3. Kawal emosi.
Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.
4. Pernafasan.
Pernafasan terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.
5. Sembahyang.
Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.
6. Elak berpeluk tubuh.
Ketika sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.
7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.
Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.
8. LET GO.
Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan.
Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.
Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.
Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.

Ahad, 20 Februari 2011

Program Pemantauan Murid Cemerlang SMK Selayang Bharu

Oleh:

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Selayang Bharu, 19 Februari 2011- Satu sesi pertemuan dengan ibu bapa pelajar murid cemerlang SMK Selayang Bahru telah diadakan di Dewan Mutiara Budi. Program Pemantauan Murid Cemerlang SMK Selayang Bharu dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan diselaraskan oleh Puan Norlilah bt Ismail, Guru Penolong Kanan HEM SMK Selayang Bharu.
Sejak pukul 8.00 pagi lagi ibu bapa sudah mula memenuhkan ruang di dalam dewan. Menurut salah seorang kaunselor yang ditemubual oleh penulis, Puan Sarina bt Ishak, "ibu bapa yang cemerlang akan dapat mengekalkan kehebatan yang dibekalkan oleh Allah sejak lahir. Kehebatan yang ada pada seorang anak sebenarnya ada pada ibu bapanya". Syarikat Just 015 Sdn.Bhd. dan Pusat Tuisyen Prestij turut memberi sumbangan cenderamata dan banner program. Puan Arfah bt Abdul Rahman, Pengetua SMK Selayang Bharu dalam ucapan beliau menyatakan bahawa peranan ibu bapa untuk memimpin, merangsang dan menggerak pelajar cemerlang amat diharapkan oleh pihak sekolah. Potensi kecemerlangan anak sering terpendam dan gagal dikenalpasti untuk dirangsang oleh ibu bapa. Menurut beliau lagi, semua ibu bapa sayang pada anak dan mahukan anak mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Tuan Hj.Abdul Aziz bin Hj Abu, Yang DiPertua PIBG SMK Selayang Bharu yang turut berucap menyatakan rasa gembiranya apabila ramai ibu bapa yang datang memberi sokongan untuk menjayakan program tersebut. Beliau menegaskan ramai ibu bapa yang mencuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat ini tetapi kurang berjaya lantaran menggunakan pendekatan yang sesuai. Justeru, ibu bapa digalakkan untuk terus bersama-sama mengikuti ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Zamri bin Shamsudin dari Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
Puan Norlilah bt Ismail yang merupakan Penyelaras Program Pemantauan Murid Cemerlang(PMC) SMK Selayang Bharu yang memberi taklimat pelaksanaan program turut melahirkan rasa bangganya dengan kehadiran begitu ramai ibu bapa murid cemerlang. Beliau mengungkapkan kata, "orang yang cemerlang sentiasa menunjukkan hasil manakala orang yang tidak cemerlang selalu memberi alasan." Beliau menambah, "tanggapan dan penghargaan ibubapa dan guru-guru akan menghasilkan apa yang ditanggap dan diharap. Oleh itu ibubapa dan guru-guru perlu bekerjasama membentuk tanggapan dan pengharapan yang positif dan cemerlang.

Sabtu, 19 Februari 2011

Tapak kaki, tapak kasut

Oleh:

Norlilah Ismail

Bila kita renung kebesaran Allah, tapak kaki kita dah merata kita pijak dari mula bertatih sehinggalah kini. Tidak pula haus terhakis tapak kaki tu ya seperti tapak kasut, tayar, roda dan selainnya. Tidak pula menebal kematu tapak kaki kita tu maklumlah kalau di set mileage meter macam kereta agak dah berapa jumlah km kita berjalan!

Tapi itu sifat AT-RAHMAN ALLAH, tapak kaki itu sentiasa selesa pada kita selagi tidak luka! Ia taat menapak ke mana yang kita hendak, ke tempat yang baik-baik, ke tempat yang kurang baik, ke tempat yang sangat tidak baik, ke tempat yang harum dan yang busuk pun ia setia melapik pijak kita. Segala syukur padamu yang Allah.

Sebab itu dikatakan syurga di bawah tapak kaki IBU, kerana kaki ibu yang mengatur langkah mengendung anak, mentatih anak, memimpin anak, menghala anak ke satu arah iaitu SYURGA. Tersilap langkah kaki ibu, kesannya ialah pada anak.

Wahai ibu-ibu sekelian, berhati-hati menggunakan kaki, tersilap oleh undur, terlalu laju boleh slow. Berdoalah kerna doamu sangat mustajab, ampunkan anak mu, agar dia tidak derhaka, begitu juga kita bukannya derhaka pada orang tua kita.

Jumaat, 18 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH DI SMK SELAYANG BHARU

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Selayang Bharu, 18 Februarri 2011- Setiap warga SMK Selayang Bharu, Batu Caves harus mengikis sikap curiga mencurigai antara satu sama lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan sesama warga sekolah. Guru-guru, kakitangan, PIBG dan pelajar bersama-sama membina sekolah yang tercinta dengan nilai kasih sayang dan persefahaman. Perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina janganlah diruntuhkan.


Puan Meriam Bi bt Sulaiman(Penyelaras Program) dan
Ustaz Ahmad Tarmizy bin Hasan
mengetuai bacaan selawat
Sambutan Maulidur Rasul memberi makna tersendiri kepada seluruh warga SMK Selayang Bharu dan membuktikan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya menghayati sejarah dan perjuangan Rasulullah bagi menegakkan Islam. Sambutan turut disertai oleh Puan Arfah bt Abd Rahman, Pengetua SMK Selayang Bharu, Tn.Hj.Abdul Aziz bin Hj.Abu, Pengerusi PIBG SMK Selayang Bharu, Guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG serta guru-guru kanan.
Sambutan yang bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah itu turut dimeriahkan dengan perarakan melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar. Perarakan diketuai oleh Encik Azuan bin Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan(KGSS) SMK Selayang Bharu. Kita perlu mengenang semula betapa hebatnya perjuangan nabi Muhammad SAW menyebarkan syiar Islam di Mekah dan Madinah sehingga ajaran Islam tersebar ke seluruh alam. Sambutan Maulidur Rasul di SMK Selayang Bharu menjadi kita lebih bersatu padu.




Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...