Sabtu, 12 November 2011

Bubar Parlimen 11.11.11- Sekadar Spekulasi






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekadar tertawa apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan membubarkan parlimen hari ini.

Dengan berjenaka, Najib berkata hari telah hampir berakhir tetapi parlimen masih belum dibubarkan.

Katanya lagi, mesyuarat majlis tertinggi BN hari ini juga sekadar membincangkan mengenai usaha untuk mengukuhkan parti itu.

Najib yang juga presiden Umno berkata, mesyuarat hari ini juga tidak membincangkan mengenai pengagihan kerusi pilihan raya di kalangan anggota komponen BN seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat itu hari ini, Najib turut menafikan bahawa mesyuarat hari ini membincangkan mengenai penetapan tarikh pilihan raya.

Nombor 11, seperti juga tarikh 11 November hari ini disebut-sebut sebagai nombor kegemaran Najib yang juga merupakan elit aristokrat Orang Kaya 11 Pahang.

Najib sebelum ini dikatakan akan membubarkan parlimen pada tarikh kegemarannya itu.

Jumaat, 11 November 2011

Jongkong emas RM2.88j lesap



Sumber:
Utusan Borneo

by Rosemaria Buma. Posted on November 11, 2011, Friday


ROMPAK: Kelihatan cermin depan dan tingkap teksi yang dinaiki mangsa berderai setelah dipecahkan empat perompak terbabit yang turut melarikan beberapa jongkong emas seberat 16 kilogram.


MIRI: Tiga jurujual dari Semenanjung Malaysia kerugian RM2.88 juta selepas beberapa jongkong emas yang berat keseluruhannya 16 kilogram yang di-bawa bersama, dirompak empat lelaki bertopeng dalam kejadian yang berlaku di lampu isyarat berhampiran simpang jalan menuju ke Lapangan Terbang Miri di sini, petang semalam.
Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang itu, tiga jurujual terbabit yang sedang dalam perjalanan dari Miri menuju ke Lapangan Terbang Miri dengan menaiki sebuah teksi membawa sejumlah emas yang disim-pan di bahagian bonet teksi ber-kenaan.
Bagaimanapun, ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna keemasan yang dinaiki empat perompak terbabit lalu memintas dan menghalang bahagian hadapan kenderaan me-reka.
Tiga daripada lelaki terbabit meluru keluar menuju ke arah teksi mangsa sementara seorang lagi     (pemandu) menunggu dalam kenderaan mereka.
Perompak terbabit yang dipercayai bersenjatakan objek keras dan pisau pemotong lalu bertindak memecahkan tiga bahagian cermin teksi iaitu sebelah pemandu, penum-pang bahagian depan dan belakang sebelah kiri sebelum membuka bonet belakang teksi berkenaan.
Sebaik bonet belakang dibuka, mereka mengambil emas berkenaan dan masuk semula ke dalam kereta sebelum memecut laju untuk me-larikan diri menuju ke arah Jalan Miri-Bypass.
Dalam kejadian yang berlaku kurang lima minit itu, hanya pemandu teksi berusia 29 tahun yang mengalami kecderaan ringan di bahagian dahi akibat terkena serpihan cermin.
Manakala tiga jurujual terbabit yang berusia lingkungan 40-an,  seorang duduk di tempat duduk penumpang bahagian depan dan dua di belakang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan tentang kejadian itu turut menjumpai bahagian hulu (pemegang) pisau pemotong yang patah serta tertinggal di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Ismail Idris ketika dihubungi Utusan Borneo memberitahu bahawa pihaknya telah dimaklumkan tentang kejadian itu namun masih belum menerima laporan rasmi berhubung kejadian tersebut meskipun ketiga-tiga mangsa telah disoal siasat.
“Sekarang belum dapat dipastikan sama ada ia rompakan atau sebaliknya memandangkan ketiga-tiga mangsa masih belum membuat laporan polis,” katanya.


Parlimen tak mungkin dibubarkan hari ini


malaysiakini.com
11:06AM Nov 11, 2011





Walaupun spekulasi telah bertiup kencang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen hari ini bagi membuka jalan untuk pilihan raya umum ke-13, tetapi pelbagai faktor, termasuk jadual rasmi Najib dan Yang di-Pertuan Agong, menunjukkan sebaliknya.

Mengikut kalendar rasmi persidangan kerjasama ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2011 di Hawaii, dari 7-13 November, Najib dijadual memberi ucapan esok, bersama dengan Presiden Mexico, Felipe Calderon.

Selepas Apec, Najib akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur tahunan keenam di Bali, Indonesia, dari 14 hingga 19 November, di mana beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Faktor-faktor ini, yang memastikan perdana menteri sangat sibuk dan berada di luar negara, tidak memungkinkan spekulasi yang Parlimen akan dibubarkan pada bila-bila masa, akan menjadi kenyataan.

Di samping itu, perhimpunan agung tahunan Umno akan berlangsung dari 29 November hingga Disember 3 di mana pemimpin Umno dari semua peringkat akan berkumpul di ibunegara.

Dewan Tertinggi BN juga akan bermesyuarat petang ini

Satu lagi petunjuk ialah Yang di-Pertuan Agong dijadualkan untuk membuat lawatan rasmi sehari ke Melaka hari ini.

4 pelajar maut, 5 parah, 20 cedera dalam kemalangan




Empat pelajar maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4.45 pagi ketika bas membawa pelajar dan guru dari sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
    
Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan dan mangsa yang meninggal dunia turut dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
    
- Bernama

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...