Khamis, 22 Disember 2011
Rabu, 21 Disember 2011
Bayi perempuan ditemui dalam tong sampah
Sumber:
Utusan Borneo
http://www.theborneopost.com/2011/12/21/bayi-perempuan-ditemui-dalam-tong-sampah/
Ditemui dalam tong sampah di sebuah tandas stesen minyak di Jalan Astana, di sini.
KUCHING: Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui dalam tong sampah di sebuah tandas stesen minyak di Jalan Astana, di sini.
Bayi itu ditemui pada kira-kira jam 5,30 petang oleh wanita berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, ketika dia berhenti di situ dan terdengar tangisan bayi dari dalam tong sampah di situ.
Dia segera memaklumkan kakitangan stesen tentang penemuan mengejutkan itu dan meminta mereka mengambil bayi itu dari dalam tong sebelum menghubungi polis.
Menurut salah seorang daripada kakitangan stesen berkenaan, bayi itu tidak mempunyai tali pusat dan telah dibersihkan sebelum dibuang dalam keadaan telanjang.
Sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, termasuk unit forensik bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Difahamkan bahawa polis akan memeriksa rekod kamera litar tertutup (CCTV) stesen berkenaan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membuang bayi malang itu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi, mengesahkan penemuan itu sambil menyatakan bahawa bayi berkenaan telah dihantar untuk pemeriksaan perubatan bagi menentukan tahap kesihatan dan umurnya.
More fully in : http://ari-software.blogspot.com/2011/11/membagi-postingan-menjadi-beberapa.html#ixzz1gBcHo5uS
Ari Software
Ari Software
JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2012
Sumber:
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
Bilangan 6, Tahun 2011
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati Allah SWT.
Berikut Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012:
BULAN TARIKH HARI CATATAN
JANUARI 16.01.2012 ISNIN (Tahun Baru Cina 23&24.01.2012)
FEBRUARI 23.02.2012 KHAMIS
MAC 22.03.2012 KHAMIS
APRIL 25.04.2012 RABU
MEI 23.05.2012 RABU (Pesta Menuai 30&31.05.2012)
JUN 25.06.2012 ISNIN (Pesta Gawai 01&02.06.2012)
JULAI 25.07.2012 RABU
OGOS 13.08.2012 ISNIN (Hari Raya Puasa 19&20.08.2012)
SEPTEMBER 25.09.2012 SELASA
OKTOBER 22.10.2012 ISNIN (Hari Raya Haji 26.10.2012)
NOVEMBER 06.11.2012 SELASA (Deepavali 13.11.2012)
DISEMBER 18.12.2012 SELASA (Hari Krismas 25.12.2012)
JANUARI 16.01.2012 ISNIN (Tahun Baru Cina 23&24.01.2012)
FEBRUARI 23.02.2012 KHAMIS
MAC 22.03.2012 KHAMIS
APRIL 25.04.2012 RABU
MEI 23.05.2012 RABU (Pesta Menuai 30&31.05.2012)
JUN 25.06.2012 ISNIN (Pesta Gawai 01&02.06.2012)
JULAI 25.07.2012 RABU
OGOS 13.08.2012 ISNIN (Hari Raya Puasa 19&20.08.2012)
SEPTEMBER 25.09.2012 SELASA
OKTOBER 22.10.2012 ISNIN (Hari Raya Haji 26.10.2012)
NOVEMBER 06.11.2012 SELASA (Deepavali 13.11.2012)
DISEMBER 18.12.2012 SELASA (Hari Krismas 25.12.2012)
Selasa, 20 Disember 2011
Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)
Sumber:
e-Fatwa(Portal Rasmi Fatwa Malaysia)
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dan-berubat-dengan-cicak-gekko-geckko-tokay
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
- Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalahdiharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Awalan meN-
Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...
-
Tweet Asaalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Hari ini saya nak berkongsi cerita menarik dengan anda. Seseora...
-
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan “kepada” dan “pada” tergolong dalam kata sendi nama. Perkataan “kepada” terletak di hadapa...
-
Sumber: http://www.theborneopost.com/2011/12/30/pelajar-dimabukkan-dengan-pil-khayal-sebelum-dirogol/ Gambar Hiasan Pelbagai Bentuk D...




