Ahad, 5 Februari 2012
Rayuan Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang telah ditawarkan kemasukan pada Februari 2012 boleh membuat rayuan pertukaran bidang dan institusi latihan secara dalam talian melalui url http://apps.moe.gov.my/abpg/rayu_ppg2012/ mulai 4 - 7 Feb 2012.
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Khamis, 2 Februari 2012
Mayat kanak-kanak yang dibunuh nenek dibakar esok
PUCHONG - Mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai dibunuh oleh neneknya di pangsapuri mereka di Puchong semalam akan dibakar esok. Menurut bapanya yang hanya mahu dikenali sebagai pemilik kedai kopi, mayat anaknya akan dibakar di kawasan perkuburan Kwan Tung Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi.
Mayat mangsa telah dituntut di Hospital Serdang pagi tadi. Mangsa yag berumur 10 tahun meninggal setelah dipercayai ditekup dengan bantal oleh neneknya yang berumur 57 tahun yang mempunyai rekod sakit mental. Difahamkan dia kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan kerana turut dikatakan telah memotong jarinya.
Dia direman sehingga Rabu depan.- Bernama
Rabu, 1 Februari 2012
Dakwa dipukul akibat salah faham muka buku
KANGAR - Seorang pelajar perempuan 15 tahun dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini selepas mengalami muntah-muntah dikatakan dipukul sekumpulan rakan sekolahnya akibat selisih faham menerusi laman muka buku.
Noor Haidaanis Norizan yang dimasukkan ke hospital awal pagi tadi pukul 1 turut mengalami lebam di beberapa bahagian badan dan bengkak di kepala akibat kejadian tersebut kira-kira pukul 6 petang semalam.Mangsa mendakwa dipukul sekumpulan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini ketika sedang berjalan pulang seorang diri berhampiran sebuah taman perumahan di belakang sekolahnya."Mereka mengatakan saya cuba menggoda teman lelaki salah seorang rakan melalui laman sosial muka buku.
"Mereka bertindak kasar menampar, menumbuk, menendang dan menarik rambut saya. Kemudian muncul ramai lagi pelajar perempuan yang saya tak kenal turut bertindak sama," katanya ketika ditemui pemberita di HTF di sini hari ini.
Noor Haidaanis berkata sebelum ini dia menerima ungutan daripada kumpulan pelajar sama yang dikatakan tidak puas hati dengannya kerana mempunyai ramai kawan walaupun baru berpindah ke sini.Katanya, dia sebelum ini bersekolah di Sungai Petani, Kedah dan baru sebulan berpindah ke Perlis bersekolah dan menetap bersama neneknya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superitendan Ismail Che Isa mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu daripada ibu mangsa serangan. Katanya, siasatan awal mendapati empat pelajar sahaja terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ugutan dan Seksyen 323 kerana bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan.- Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)
Awalan meN-
Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...
-
Tweet Asaalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Hari ini saya nak berkongsi cerita menarik dengan anda. Seseora...
-
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan “kepada” dan “pada” tergolong dalam kata sendi nama. Perkataan “kepada” terletak di hadapa...
-
Sumber: http://www.theborneopost.com/2011/12/30/pelajar-dimabukkan-dengan-pil-khayal-sebelum-dirogol/ Gambar Hiasan Pelbagai Bentuk D...



