Setiap pegawai dan staf sokongan baru BPG perlu sedar bahawa matlamat peribadi dan matlamat pasukan hanya dapat dicapai melalui kerjasama dan persefahaman. Sejak awal lagi manusia telah membentuk kumpulan. Kumpulan menjadi asas kehidupan keluarga, perlindungan, peperangan, kerajaan, rekreasi dan pekerjaan.
Pada 1 Disember 2009 hingga 4 Disember 2009, penulis telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Kursus Budaya Kerja Berpasukan Pegawai dan Staf Sokongan Baru BPG di Pearl International Hotel, Jln.Klang Lama, Petaling Jaya. Penceramah jemputan terdiri daripada Dr.Zainal Aalam, Ketua Penolong Pengarah Unit Dasar, Perancangan dan Pengantarabangsaan BPG, Encik Harisham, Penolong Pengurus Sektor awam, Institut Integriti Malaysia, Encik Hasbullah dari Unit Kaunseling dan Keutuhan BPG dan Puan Normadiah dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai. Encik Hasbullah dan Puan Normadiah yang sentiasa bersama dengan peserta-peserta kursus dengan Modul Perasa, membantu individu mengenali perbezaan di antara kumpulan dan pasukan rakan sejawat dengan latihan, aktiviti, penilaian dan kajian kes.
Kursus ini mementingkan konsep pengajaran untuk menghasilkan kerja yang positif dan produktif. Ia mengandungi prinsip yang dapat menukarkan sekumpulan manusia kepada sepasukan rakan sejawat. Aplikasinya memerlukan dedikasi dan usaha yang gigih.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan