Ahad, 18 April 2010

Konvensyen Mengenai Kanak-Kanak(SUHAKAM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua Pembaca,

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau CRC mempunyai 54 Perkara dan dapat dibahagikan kepada 3 Bahagian, iaitu Bahagian I (Perkara 1-41), Bahagian II (Perkara 42-45) dan Bahagian III (Perkara 46-54). Bahagian I Konvensyen ini mengandungi hak-hak yang perlu diberi kepada seseorang kanak-kanak, manakala Bahagian II dan III lebih kepada tanggungjawab Negara dalam mempromosi serta perancangan masa depan mengenai hak tersebut.
Semoga rakyat Malaysia yang budiman mendapat kesedaran tentang Hak Kanak-Kanak iaitu seseorang kanak-kanak diktirafkan sebagai seorang yang di bawah umur 18 tahun, melainkan jika undang-undang negaranya mengiktirafkan umur dewasanya sebelum itu. Penulis yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kecil Pendidikan Hak Asasi untuk Sekolah (KEPHAMUS) begitu kagum dengan komitmen Y.Bhg.Tan Sri Dr.Asiah Abu Samah, Pengerusi Kumpulan Kerja Pendidikan SUHAKAM dalam usaha membantu Kementerian Pelajaran Malaysia memberi pemahaman kepada pegawai pelajaran, pentadbir sekolah dan guru-guru mengenai hak asasi manusia serta memberi kesedaran tentang Konvensyen Mengenai Hak Kanak (CRC) dan pelaksanaanya di sekolah.
Di dalam Perkara 28:Pendidikan;
Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan dan kewajipan negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperolehi oleh setiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.
Negara-negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluan yang sama, mereka hendaklah secara khususnya;
a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua
b)Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam pelbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu terbuka kepada tiap kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan bantuan kewangan jika diperlukan
c) Menjadikan pendidikan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya
d)Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak
e)Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di eskolah dan mengurangkan kadar keciciran
Negara-negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemulian kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.
Negara-negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubung dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.
Oleh:
MD RASUL BIN HARON
(Dipetik Konvensyen Mengenai Hak Kanak, Penerbitan SUHAKAM: Edisi Kempat 2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...