Guru-guru dan pelajar Tingkatan 3 sedang mengikuti program mengatakan tidak kepada zina |
Kebelakangan ini, isu pembuangan anak, janin dan sebagainya telah menjadi satu perkara yang amat menakutkan masyarakat kita. Ia seolah-olah tidak akan berhenti buat selama-lamanya kerana setiap hari berita di media sering melaporkan. Apakah tindakan kita untuk itu?
Justeru, Panitia Agama Islam SMK Selayang Bharu menganjurkan Program Membina Kesedaran dan Bimbingan Untuk Remaja/Belia Mengatakan Tidak Kepada Zina dengan kerjasama penceramah-penceramah dari Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy. Pihak sekolah turut menyokong kempen anda bijak jauhi zina. Kempen ini merupakan salah satu kempen dalam usaha membanteras gejala tidak sihat dalam kalangan remaja dan belia kita. Tujuan kempen ini adalah untuk mendidik, membimbing dan memperkasakan jati diri remaja hari ini agar mampu menilai semula kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan mampu mengatakan tidak kepada zina.
Program ceramah tersebut sarat informasi berkenaan dengan kesihatan reproduksi serta adab, moral dan akhlak sebagai remaja yang cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan