Rabu, 20 Oktober 2010

Sejarah Sihir


Ini bukan sihir...

Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.
 
Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu.

Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa. Dia tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.


Telah difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah berkenaan sejarah sihir iaitu setelah wafatnya Nabi Sulaiman di dalam ayat 102.
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Syaitan cuba menghasut umat Nabi Sulaiman pada ketika itu bahawa Nabi Sulaiman telah menggunakan sihir untuk memperolehi keistimewaan (sebenarnya mukjizat) seperti boleh mengarahkan awan dan angin membawanya ke mana sahaja serta boleh berbicara dengan jin dan haiwan. Kemudian Allah SWT telah menurunkan malaikatnya yang bernama Harut dan Marut utk menguji manusia yang percaya dengan tipu daya Syaitan itu dengan mengajarkan sihir kepada mereka, tetapi dinasihatkan terlebih dahulu untuk tidak mempelajarinya.
Peruntukan jenayah sihir perlu bagi mengekang pengamalan sekali gus menjaga akidah dan membuka mata masyarakat bahawa pengamalan sihir salah satu kesalahan jenayah dalam Islam dan pelakunya tidak boleh terlepas begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...