Khamis, 4 November 2010

Graduasi SMK Selayang Bharu Beri Motivasi Kepada Calon SPM 2010

Inspirasi. Seramai 184 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Selayang Bharu, Batu Caves, Selangor yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) beberapa hari lagi menerima sijil masing-masing sempena majlis graduasi di Dewan Mutiara Budi SMK Selayang Bharu. Majlis disempurnakan oleh Dato'Subahan Kamal, Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer.
Majlis ala konvokesyen yang diadakan ini bertujuan memberi inspirasi dan motivasi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Pengetua sekolah ini, Puan Arfah binti Abd.Rahman ketika ditemui berkata, majlis tersebut diadakan khusus untuk pelajar tingkatan lima bagi mendorong impian mereka agar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Di dalam ucapan aluan beliau, "Saya harap para pelajar yang menerima sijil ini akan berusaha dengah gigih untuk melakar kejayaan dalam SPM nanti. Kejayaan yang bakal dicipta oleh anda nanti turut memberi imej yang baik kepada sekolah". Menurutnya, majlis seumpama itu akan terus diadakan pada masa depan bagi memberi semangat kepada pelajar untuk berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...