Khamis, 25 November 2010

Panas Baran

widgets


Sepatutnya ibu bapa menasihatkan dan memerhatikan
anak-anak sejak kecil.


Individu yang terlibat dengan pergaduhan kumpulan mempunyai kecenderungan lebih tinggi untuk membusungkan dada menonjolkan diri. Mereka juga dipengaruhi antara satu sama lain selain mempertahankan ego. Mereka diserang ketakutan dan malu untuk menarik diri walaupun niatnya bukan untuk menamatkan nyawa orang lain tetapi hanya untuk mencederakan. Akibat masing-masing mahu menjadi hero seperti aksi hero di dalam filem, kesan pergaduhan berkumpulan akan menjadi lebih besar.
Mereka yang berdarah panas ini selalunya memiliki personaliti antisosial atau psikopatik yang benci dengan peraturan sosial, tidak suka disiplin dan tidak gentar dan sering kelihatan cool.
Golongan ini tidak suka mengakui kesalahan sendiri dan amat menyukai setiap kesalahan diletakkan kepada orang lain. Golongan ini juga selalunya tidak mengambil iktibar daripada kekhilafan yang mereka lakukan. Gejala yang dapat menyumbang kepada aksi ganas dapat dilihat sejak kecil lagi. Justeru, ia mesti dibanteras sejak awal lagi kerana apabila rebung sudah menjadi buluh, ia sudah terlewat. Ibu bapa mesti memerhatikan sikap anak-anak kemanjaan mereka bagi mengelakkan mereka menjadi manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...