Ahad, 13 Februari 2011

HARAM...Umat Islam Merayakan Valentine Day

Oleh:




MD RASUL HARON
Guru Sejarah/Penterjemah Teks 9
Kingdoms/Penulis Buku Akademik/
Penulis Multemedia DBP/Mike Compere
















Latar Belakang Hari Valentine


Nasihat yang penulis ingin nyatakan di dalam penulisan pada kali ini adalah HARAM umat Islam merayakan Sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari. Umat Islam digesa untuk menjauhi acara bertemakan sambutan Valentine Day. Penulis bukan berniat hendak merendah-rendahkan Hari kekasih atau tidak menghormati kaum lain. Bagi penulis untuk menyayangi seseorang itu tidak ada hari yang tertentu. Setiap hari kita boleh tunjukkan kasih sayang itu. Setiap hari kita berkongsi kasih sayang dengan orang tersayang. Kenapa mesti tunggu 14 Februari baru tunjuk kasih sayang itu. Hari tersebut tidak ada dalam kalendar Islam. Lagipun meraikan Hari kekasih bukan budaya kita. 

Penulis mengemukakan 4 Sejarah Valentine sebagai panduan kepada semua pembaca. Terpulang kepada individu untuk membuat tafsiran.

Pendahuluan

Perayaan hari Valentine termasuk salah satu hari raya bangsa Rom paganis (penyembah berhala), di mana penyembahan berhala adalah agama mereka semenjak lebih dari 17 abad silam. Perayaan valentine tersebut merupakan ungkapan dalam agama paganis Romawi kecintaan terhadap penyembahan mereka.

Perayaan Valentine's Day memiliki akar sejarah berupa beberapa kisah yang turun-temurun pada bangsa Rom dan kaum Nasrani pewaris mereka. Kisah yang paling popular tentang asal-usulnya adalah bahawa bangsa Rom dahulu meyakini bahawa Romulus (pengasas kota Rom) disusui oleh seekor serigala betina, sehingga serigala itu memberinya kekuatan fizikal dan kecerdasan minda. Bangsa Rom memperingati peristiwa ini pada pertengahan bulan Februari setiap tahun dengan peringatan yang hebat dan penuh kemegahan. Di antara ritualnya adalah menyembelih seekor anjing dan kambing betina, lalu dilumurkan darahnya kepada dua pemuda yang kuat fizikalnya. Kemudian keduanya mencuci darah itu dengan susu. Setelah itu dimulailah perarakan besar dengan kedua pemuda tadi di depan perarakan. Keduanya membawa dua potong kulit yang mereka gunakan untuk melumuri segala sesuatu yang mereka jumpai. Para wanita Rom sengaja menghadap kepada lumuran itu dengan senang hati, kerana meyakini dengan itu mereka akan dianugerahi kesuburan dan mudah melahirkan anak.

Sejarah hari valentine I :

Menurut tarikh kalender Athens kuno, tempoh antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Rom kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan berlari-lari di jalanan kota Rom sambil membawa potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka temui di jalan. Sebahagian ahli sejarah mengatakan ini sebagai salah satu sebab hari valentine disambut.


Sejarah hari valentine II :

Menurut Ensiklopedia Katholik, nama Valentine merujuk kepada pada tiga saint (orang suci) yang berbeza iaitu dibawah ini:

• Saint di Rom

• Saint Interamna (modern Terni)

• Saint di wilayah Rom Afrika

Hubungan antara ketiga saint ini dengan hari kasih sayang(valentine) tidak jelas. Bahkan Paus Gelasius I, pada tahun 496, menyatakan bahawa sebenarnya tidak ada yang diketahui mengenai saint-saint ini namun pada hari 14 Februari ditetapkan sebagai hari raya peringatan saint Valentine. Ada yang mengatakan bahawa Paus Gelasius I sengaja menetapkan hal ini untuk mengungguli hari raya Lupercalia yang dirayakan pada tanggal 15 Februari.


 
Sisa-sisa fosil yang digali dari makam Saint Hyppolytus, diidentifikasikan sebagai jenazah St. Valentine. Kemudian disimpan dalam sebuah peti dari emas dan dikirim ke gereja Whitefriar Street Carmelite Church di Dublin, Irlandia. Jenazah ini telah diberikan kepada mereka oleh Paus Gregorius XVI pada tahun 1836. Banyak penziarah sekarang yang berziarah ke gereja ini pada hari Valentine (14 Februari), di mana peti dari emas diarak dan dibawa ke sebuah altar tinggi. Pada hari itu dilakukan sebuah ritual yang khusus diadakan dan dipersembahkan kepada para muda-mudi dan mereka yang sedang menjalin hubungan cinta.

Hari raya ini dihapus dari kalendar gerejawi pada tahun 1969 sebagai sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas untuk menghapus saint-saint yang asal-usulnya tidak jelas, meragukan dan hanya bersandarkan pada legenda sahaja.



Sejarah hari valentine III :

Catatan pertama dihubungkannya hari raya Santo Valentine dengan cinta romantis adalah pada abad ke-14 di Inggeris dan Perancis, di mana dipercayai bahawa 14 Februari adalah hari ketika burung mencari pasangan untuk berkahwin. Kepercayaan ini ditulis pada karya sasterawan Inggeris Pertengahan bernama Geoffrey Chaucer. Dia menulis di dalam cerita Parlement of Foules (Percakapan Burung-Burung) bahawa:

For this was sent on Seynt Valentyne's day (Bahawa inilah dikirim pada hari Saint Valentine) When every foul cometh their to choose his mate (Saat semua burung datang ke sana untuk memilih pasangannya)

Pada zaman itu bagi para pencinta sudah lazim untuk bertukaran catatan pada hari valentine dan memanggil pasangan Valentine mereka. Sebuah kartu Valentine yang berasal dari abad ke-14 konon merupakan sebahagian dari koleksi naskah British Library di London. Kemungkinan besar banyak legenda mengenai saint Valentine diciptakan pada zaman ini. Beberapa di antaranya bercerita bahawa:

• Petang hari sebelum saint Valentine akan mati (mati syahid), dia telah menulis sebuah pernyataan cinta kecil yang diberikannya kepada penjaga penjaranya yang tertulis "Dari Valentinemu".

• Ketika tentera Romawi dilarang berkahwin oleh Kaisar Claudius II, saint Valentine secara rahasia membantu menikahkan mereka diam-diam.

Pada kebanyakan versi legenda-legenda ini, 14 Februari dihubungkan dengan keguguran sebagai mati syahid.



Sejarah hari valentine IV :

Valentine adalah seorang pendeta yang hidup di Rom pada abad ke-III. Dia hidup di kerajaan yang pada masa itu dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal kejam. Dia sangat membenci kaisar tersebut. Claudius bercita-cita memiliki pasukan tentera yang besar, dia ingin semua lelaki di kerajaannya bergabung di dalamya.

Namun sayangnya keinginan ini tidak mendapat sokongan. Para lelaki enggan terlibat dalam peperangan kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih hati. Hal ini membuat Claudius marah, dia segera memerintahkan pejabat pentadbirannya untuk melakukan sebuah idea melampau. Claudius berfikir bahawa jika lelaki tidak berkahwin, mereka akan senang hati menyertai pasukan tentera. Lalu Claudius melarang perkahwinan. Pasangan muda pada masa itu menganggap keputusan ini sangat tidak masuk akal. Justeru, St. Valentine menolak untuk melaksanakannya.St. Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, aitu menikahkan para pasangan yang tengah jatuh cinta meskipun secara rahsia. Perbuatannya ini akhirnya diketahui oleh kaisar yang segera memberinya amaran, namun ia tidak memberi kesan dan tetap menguruskan pernikahan dalam sebuah gereja kecil yang hanya diterangi cahaya lilin.Sampai pada suatu malam, dia tertangkap ketika mengendalikan salah satu pasangan. Pasangan tersebut berjaya melarikan diri, namun malang St. Valentine tertangkap. Ia dimasukkan ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman mati dengan dipenggal kepalanya. Bukannya dihina oleh orang-orang, St. Valentine malah dikunjungi banyak orang yang menyokong tindakannya itu. Mereka melemparkan bunga dan pesanan berisi sokongan di jendela penjara di mana dia ditahan.



Salah satu daripada orang-orang yang percaya pada cinta kasih itu adalah puteri penjaga penjara sendiri. Ayahnya membenarkan puterinya untuk mengunjungi St. Valentine. Gadis itu menumbuhkan kembali semangat sang pendeta. Dia setuju bahawa St. Valentine telah melakukan hal yang benar dan betul.

Pada hari saat dia dipenggal atau dipancung kepalanya, iaitu pada 14 Februari , St. Valentine masih sempat menulis dan berpesan kepada gadis itu, dia menulis Dengan Cinta dari Valentinemu.



Pesanan itulah yang kemudian mengubah segalanya. Kini setiap tanggal 14 Februari orang di pelbagai pelosok dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingat St. Valentine sebagai pejuang cinta, sementara kaisar Claudius dikenang sebagai seseorang yang berusaha mengenyahkan cinta.



Kesimpulan:



Dari semua asal usul atau sejarah di atas dapat disimpulkan bahawa hari valentine memiliki latar belakang yang tidak jelas sama sekali” baik dari ceritanya mahupun waktu kejadian. Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana kaitan sejarahnya itu tidak sesuai dengan masyarakat Islam. Bersandarkan beberapa hujah yang jelas, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia pada tahun 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah HARAM bagi seluruh umat Islam.





1 ulasan:

  1. sudah tertera bahawa hari valentine's day adalah haram..
    tetapi mengapa kebanyakannya ramai umat islam yg menyambut hari tersebut....

    BalasPadam

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...