NORLILAH BT ISMAIL |
I.
Dalam kesempatan,
Detik-detik keselesaan dan keamanan ini,
Mampulah kau merenungi bintang,
Mampulah kau melayan angan-angan,
Melengah-lengah kerja dan tugasan,
Menghabis segala yang ada dalam simpanan,
Menuntut yang bukan-bukan,
Mancabuli adat dan peraturan,
Apa pun, Masa terus berlalu,
Tiada istilah menunggu,
Umur bertambah, usia mu kian meningkat,
Usaha malas tapi khendak hati tidak tersukat.
II
Dalam kesempatan,
Detik-detik nafas berterusan, nyawa masih berpanjangan;
Munif mensyukuri,
Mampu melepasi hujan peluru dan bedilan,
Masih berpeluang memandang langit Gaza,
Yang tandus tanpa harapan, tiada janji-janji ganjaran,
Tanpa ada bintang untuk direnung,
Tiada angan-angan untuk dilayan,
Munif tidak mampu melengah-lengah,
Memunggah,mengusung, mengheret,
Cebisan , serpihan runtuhan kediamannya,
Malah Mayat rakan-rakan baiknya,
Juga abang, kakak, dan adiknya yang cedera,
Hanya bunyi Dentuman , jeritan dan tangisan mereka,
yang memenuhi deria telinga,
Munif tidak mampu menuntut apa-apa,
III
Dalam kesempatan,
Sentiasa mendakap keampunan walid dan umi,
kerana Munif tidak pasti,
masih mampukah bersama mereka sebentar lagi,
tetapi kau di sini,
belum sedar-sedar lagi,
teguran ibu ayah sudah tiada erti
masih mampu berbangga dengan banyaknya kereta yang kau seliti,
Apalah sangat, letih kamu dengan beg yang digalas,
Mengisi buku untuk ke kelas,
Jika dibanding dengan bahu Munif yang melelas,
Memikul peluru dan mortar untuk serangan balas.
IV
Dalam kesempatan
Sekiranya kau masih menginginkan
Keselesaan dan keamanan yang berpanjangan
Sedarlah tanpa banyak alasan
Bintang penghias malam hanyalah pantulan,
Bumi dipijak itulah kenyataan,
Berusaha di tika kini maka akan menjelmalah angan angan
Adat dan aturan adalah kekuatan
Benteng kau menjaga bangsa dan warisan
Bangkitlah sebelum terlambat
Sedarlah sebelum terlewat
Selagi Allah sudi memberi peluang, takut kau tak sempat
Nukilan
Norlilah Ismail
PK HEM
SMK SELAYANG BHARU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan