Adam Soulman Grup SeruPuisi |
Hamba....
Buat seorang insan bernama hamba
Mengabdikan diri bersama naluri
Peta sanubari ku mencari amalan
Yang bakal kuserahkan pada tuhan
Bukan suatu mergastua
Hamba menghambakan perintah
Dalam bangsawan bertaqwa
Memohon redha
Bersumpah mencari kesucian
Kepastian bukan khayalan
Jujur pada yang satu
Seruan jitu kesitulah hamba tuju
Rela ku hamba dengan dugaan
Redha ku akan siksaan
Amin...Dijanjikan aku hikmah
Jauhkan aku dan hamba
Dari kesumat masai kehidupan
Layu tubuh dibadai dosa
Cukup sudah jiwa ternoda
Ya Allah aku hambar...Pasrah
Kerana ku hanya...
Aku hamba bernama insan
Adam Soulman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan