Jumaat, 1 April 2011

Larangan Penggunaan Pengaruh Luar Di Dalam Perkhidmatan Awam

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Merujuk pada Peraturan 4(2): Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh:-
“Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, samada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain.”
Walau bagaimanapun, didapati ada segelintir warga Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(PPPLD) dan Anggota Kumpulan sokongan (AKS) telah cuba menggunakan pengaruh-pengaruh luar supaya mana mereka dipertimbangkan untuk menyandang sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini.
Jika perkara ini tidak dibendung dan dikawal, dikhuatiri ia boleh memberi satu gambaran yang kurang sihat di kaca mata orang ramai bahawa prinsip-prinsip pemangkuan dan penempatan seseorang PPPS atau PPPLD atau AKS untuk menyandang sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini dibuat tanpa berasaskan kepada sesuatu kriteria yang jalas dan “transparent” tetapi boleh dipengaruhioleh pihak-pihak luar yang berpengaruh serta berkepentingan.
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) pada 3 Jun 2009 telah memutuskan mana-mana PPPS, PPPLD dan AKS yang berkhidmat di kementerian Pelajaran Malaysia yang cuba menggunakan pengaruh-pengaruh luar untuk mendapatkan sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini akan diambil tindakan prosiding tatatertib ke atas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...