Rabu, 16 Mac 2011

Malaskanlah aku...

Norlilah Ismail
Grup SeruPuisi














Malaskanlah aku...
untuk mencampuri hal mereka
yang tak habis habis mengata
ada saje yang tak kena...

Malaskanlah aku..
untuk menjelajah dari satu gedung ke gedung
melayan nafsu
beli walaupun tak perlu...

Malaskanlah aku...
untuk berlumba lumba
menayang diri
rasa bangga bila bergaya
geram bila ada orang lain melaram

Malaskanlah aku..
mendengar kisah dan keluh kesah
aktiviti mengumpat
bila dah duduk setempat

Malaskanlah aku
terlalu seronok pada duniawi
persinggahan sebentar
sementara kembali
ke alam yang kekal abadi















Nukilan
Norlilah Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...