Sabtu, 21 Mei 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Semoga kita sama-sama berusaha untuk
meletakkan diri kita menjadi
sebahagian daripada guru yang di maksudkan.

Marilah kita menghayati sebahagian dari puisi ini
untuk menjiwai kerjaya kita. kerana...

disebalik yang tersurat
ada yang tersirat
agar kita mengungkap
disabalik yang terucap

Sesungguhnya, sesungguhnya, sesungguhnya...
Maya persada ini tidak pernah menafikan
agungnya kasih dan pengorbanan
kalian.... yang dipanggil GURU.
Salam rindu dan kasih buatmu.... GURU.

Ingatlah......
Berlian tetap berlian
Takkan jadi baiduri
Elakkan diri kalian
Menumpang di kerjaya sendiri

Walau kekadang....

Disini tidak pernah kurang air
tapi tidak pernah cukup direguk
untuk membuang haus
kemanusiaan yang dahaga

Disini bumi tidak pernah kurang mentari
tapi panasnya tak mampu mengeringkan
air mata kesakitan
dari luka kemanusiaan

Disini bumi tidak pernah kurang daratan
untuk kita semai bunga lambaian cinta
tapi yang kita belai hanya sengketa
racun pembunuh kemanusiaan.
--
ABD HAMID BIN MOHAMMAD
Penyelia Maklumat dan Data
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak
Selangor Darul Ehsan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...