Selasa, 17 Mei 2011

Kumpulan Utusan hargai jasa guru

KUCHING 14 Mei - Festival Hari Guru 2011 merupakan hadiah Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad kepada warga pendidik yang telah banyak menabur jasa mendidik anak bangsa di samping membentuk mereka menjadi insan cemerlang.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, penganjuran itu diharap dapat memberikan nilai tambah kepada Sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap tahun.
"Sebagai syarikat media terunggul, Kumpulan Utusan sangat berbesar hati kerana berpeluang menganjur acara seumpama ini yang merupakan antara khidmat sosial kami kepada masyarakat untuk menghasilkan modal insan cemerlang khususnya buat rakyat negeri ini.
"Ia tidak sahaja membantu meningkatkan profesion perguruan, tetapi apa yang lebih penting ialah dapat sama-sama menyumbang untuk menyalurkan ilmu kepada orang ramai melalui pelbagai aktiviti dan demonstrasi produk di gerai-gerai pempamer," katanya.
Beliau berkata, komponen-komponen pembelajaran melalui sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dalam Utusan Malaysia, portal e-LAB.com.my dan portal tutor.com.my telah banyak membantu pelajar meningkatkan tahap pembelajaran mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...