Sumber:
Berita Harian Online
22 Mei 2011
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju menamakan penilaian baru kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan nama PROSPEK iaitu singkatan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi. Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata, lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

"Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa. "Itu jaminan saya," katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan Bersama JPA-CUEPACS Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK di sini hari ini. Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan