Selasa, 7 Jun 2011

Seorang ketua...ARRAS

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Seorang ketua perlu memiliki kebolehan sebagai pemimpin, pemudah cara, jurulatih dan mentor. Sebagai ketua, sewajarnyalah mempunyai kebolehan untuk mengawal kakitangan atau membentuk kerjasama, membimbing, menasihati, meniupkan semangat dan memberi dorongan kepada kakitangan untuk mencapai matlamat organisasi. "A good leader is one who could motivate people to the highest levels by offering them opportunities not obligations".
Kakitangan dalam organisasi merujuk kepada tenaga manusia yang merupakan aset terpenting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi. Tiga prinsip yang perlu direnungi untuk meningkatkan kerjasama pasukan iaitu sikap, kemahiran berkomunikasi dan amalan melalui teladan serta sentiasa memotivasikan kakitangan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh ketua dalam meningkatkan kerjasama dalam organisasi ialah melibatkan subordinat dalam dialog profesional melalui mesyuarat dan membuat keputusan, mengadakan Morning Prayer, berkongsi tanggungjawab, namun begitu suborninat perlu menyedari dan mengamalkan professional distance. Sehubungan itu, ARRAS telah diaplikasikan oleh ketua untuk memenangi hati kakitangan dan mewujudkan hubungan yang bertatasusila  antara satu sama lain.
Akronim ARRAS merujuk kepada:
Accept Unconditionally (Menerima Tanpa Syarat)
Respect (Hormat)
Recognise (Mengiktiraf)
Appreciate (Menghargai)
Support (Sokong)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...