Rabu, 5 Oktober 2011

Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual di IPGKR



UNTUK ALBUM: Ahli panel penilai bersama peserta Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah bergambar bersama, sebaik sahaja sesi seminar selesai dianjurkan.



BINTANGOR: Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Seni Visual (PSV) ambilan Januari 2008 dengan kerjasama Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGKR) telah mengadakan Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual (PSV) Pendidikan Rendah.
Seminar yang bertemakan ‘Amalan Penyelidikan Teras Transformasi Pengajaran Pendidikan Seni Visual’ itu diadakan di Dewan Kenanga IPGKR baru-baru ini.
Seramai 19 guru pelatih terlibat dalam pembentangan hasil kajian penyelidikan tindakan mereka dalam seminar berkenaan.
Seminar berkenaan dirasmikan oleh Pengarah IPGKR Raymond Gai Panting @ Gaie.
Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar seminar ini menjadi titik tolak kepada pembangunan dan transformasi pengajaran khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah.
Beliau juga berharap agar bakal pendidik di IPGKR menjadikan amalan penyelidikan sebagai satu budaya dalam bidang pendidikan.
Seminar ini telah dihadiri oleh 95 peserta daripada pelbagai kumpulan pengajian.
Kumpulan pengajian yang terlibat terdiri daripada PPISMP PSV Ambilan Julai 2010, PISMP Pengajian Bahasa Cina Ambilan Januari 2010, PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2011, PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2009 dan PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2009.
Pembentangan Kajian Penyelidikan Tindakan ini telah dinilai oleh tiga ahli panel penilai iaitu Subandi Kasidan daripada Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesion Keguruan, Aliza Anthony Abet dan Augustine Mapang Raoh daripada Jabatan Sains Sosial IPGKR.
Sumber: The Borneo Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...