Sumber:
malaysiakini
Posted on
Penduduk kawasan Muzium Hulu,Taiping, hari ini membuat demontrasi di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang, Taiping pada pukul 9.00 pagi.
Dakwa kumpulan penduduk itu mereka ditipu oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan kerajaan Negeri Perak.
Kumpulan tersebut berkata bahawa mereka menetap di kawasan Muzium Hulu,Taiping selama 30 tahun.
Pada tahun 2009 mereka didatangi oleh pihak KTMB bersama surat akur janji supaya meminta penduduk kawasan itu mengosongkan rumah mereka kerana tempat tinggal mereka bakal digunakan untuk Projek Landasan Kereta Api Berkembar.
Mereka ditunjukkan surat akur janji yang mengatakan bahawa mereka akan dibayar RM 300 sebulan selama 2 tahun kepada tiap-tiap keluarga sebagai wang sewa bulanan jika mereka keluar dari kawasan perumahan mereka dan menyewa rumah dikawasan lain.
Selepas para penduduk berpindah dari tempat itu dan menyewa rumah dikawasan lain, mereka diberi wang sewa sebanyak RM 300 setiap bulan selama 2 tahun. Disebabkan
mereka gagal diberi tanah gantian di tempat lain, maka disambung bayar 1 tahun lagi dan kemudiannya disambung bayar sewa selama 3 bulan oleh Kerajaan Negeri.
Tetapi pemberian wang sewa sebanyak RM 300 dihentikan pada bulan Oktober dan November.
Para penduduk juga diarahkan supaya membayar wang premium sebanyak RM 650 di Pejabat Tanah dan Galian Perak di Ipoh. Mereka juga dikatakan diugut supaya membuat bayaran tersebut dalam masa 2 bulan.
Jika mereka gagal, nama mereka yang gagal membuat bayaran bakal disingkirkan daripada mendapat tanah gantian. Selepas membuat bayaran tersebut, mereka harus membuat bayaran sebanyak RM 30 di Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang sebagai bayaran pendaftaran untuk mendapatkan tanah gantian.
Dakwa mereka lagi, borang 5A untuk membayar wang premium dikeluarkan pada bulan Ogos, tetapi mereka hanya menerima surat itu pada bulan September.
Mereka mengatakan bahawa mereka pernah momohon bantuan Baitulmal untuk bayar duit premium, tetapi Pegawai Daerah memohon Baitulmal supaya jangan membantu mereka dengan mengeluarkan perkataan “biaq pi kat depa”.
Pada 9 November 2011, mereka dipanggil semula oleh Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang untuk satu temu duga. Pada temu duga tersebut mereka dijanjikan rumah PPRT bagi setiap keluarga dengan syarat rumah PPRT itu akan diambil balik jika Ketua keluarga (Suami atau Isteri) meninggal dunia.
Dalam keadaan terpaksa, mereka telah mengambil keputusan untuk membuat tunjuk perasaan di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang, Taiping.
Mereka juga berikrar bahawa mereka akan berdemo lagi jika isu mereka gagal diselesaikan. Turut kelihatan pada demotrasi tersebut ialah, para wakil Pakatan Rakyat daripada PKR dan PAS mewakili Parlimen Bukit Gantang dan Taiping yang hadir untuk memberikan sokongan kepada para penduduk Kawasan Muzium Hulu,Taiping.
S.Thangamani, Timbalan Setiausaha Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Perakjuga turut bersama mereka.
S.Thanga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan