Khamis, 3 November 2011

Sambal Udang...RM 3000



Para pembaca yang dirahmati Allah,



Terkejut kita apabila membelek akhbar pada hari ini, pengusaha restoran di Melaka Bandaraya Bersejarah didenda RM 3000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah menjual sambal udang yang dicemari bakteria. Kita kesal dengan fenomena begini. Kebersihan diketepikan demi memenuhkan kocek peniaga yang siang malam hanya fikir duit, duit, duit...

Sebagai peniaga yang berasaskan makanan, mereka perlu kreatif, berpengetahuan, berkebolehan, berdaya saing dan mencintai KEBERSIHAN bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Sambal udang yang dijual oleh Restoran tersebut mengandungi Coliform. Tahap coliform yang dibenarkan dalam sesuatu makanan ialahn tidak melebihi 50 CFU/G. Jika lebih, individu yang menjamahnya akan mengalami cirit-birit atu sakit perut.

Puncanya sambal udang yang disediakan oleh Restoran tersebut tidak dikendalikan dengan baik atau dengan lebih tepat lagi TIDAK BERSIH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...