Assalamualaikum WBT,
Pemimpin politik jangan asyik membebel dan melalak dengan isu yang kononnya besar. Apatah lagi bahang PRU 13 yang sudah terasa. Episod pemimpin politik yang dekat dengan rakyat ditayang semula. Sedangkan selama mereka ini dipilih, batang hidung di kawasan yang diamanahkan pun tak nampak. Sedih kita dengan nasib rakyat yang masih menagih janji dengan janji manis pemimpin politik. Nak buat itu, nak buat ini. Serba serbi nak buat.
Rakyat baik di bandar mahupun di luar bandar tidak pernah mengimpikan istana emas dibina. Rakyat hanya mahu kehidupan yang senang. Bukan nak kaya wang ringgit. Rakyat hanya inginkan kos hidup yang rendah dan berpatutan. Minyak mahal. Makan mahal. Bahan mentah mahal. Beli barang kat pasar malam pun mahal. Jangan asyik bagi alasan tekanan ekonomi dunia dan jangan asyik bandingkan negara kita dengan Singapura. Berapa pendapatannya?
Pemerintah mesti lebih dominan daripada pengeluar. Bukan pengeluar yang menentukan harga yang perlu dibayar oleh rakyat. Sekiranya kita menganggap bahawa jawatan pemimpin sebagai satu keistimewaan maka kita amat bimbang ia boleh menjejaskan tumpuan untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan