Seorang pemuda warga tempatan terpaksa menerima hakikat ‘rugi’ sebanyak RM420,000 apabila terpadaya dengan janji internet oleh seorang wanita menerusi email yang dilayannya baru-baru ini. Seorang lelaki keturunan Cina berusia 34 tahun ‘terjerat’ apabila seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Lyanna Abi- din memberitahunya menerusi internet bahawa beliau akan menerima satu bungkusan tidak lama lagi dari United Kindom yang mengandungi seutas jam emas, laptop, wang tunai dan telefon bimbit.
Selepas berbalas-balas email pengadu (lelaki berkenaan) yang hanya bekerja sendiri telah bermurah hati untuk memberikan butir-butir peribadinya, temasuk alamat lengkap rumah, nombor Mykad dan nombor telefon bimbit seperti yang diminta oleh Lyana. Sebahagian besarnya warga Negeria yang dipercayai terlibat dalam sendikit kes penipuan mengunakan internet.
Berbekalkan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta, dua lelaki warga Nigeria melalui Internet berjaya memperdaya seorang wanita Taiwan sehingga mengakibatkan kerugian RM380,000. Kegiatan suspek terbongkar selepas mangsa berusia 43 tahun datang ke negara ini setelah menyedari dirinya ditipu seterusnya membuat laporan di Kedutaan Taiwan, di sini Februari lalu.
Mangsa mengenali suspek yang menggunakan nama John Miller dari United Kingdom melalui laman sosial Facebook sebelum jatuh cinta. Katanya, hasil perkenalan itu, suspek berjanji untuk memberikan 'hadiah' bernilai 950,000 pound sterling (RM4.65 juta) dan sejumlah barangan kemas, namun tersekat di sebuah ejen syarikat penghantaran di Malaysia. Berikutan itu, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang. Mangsa menuruti kehendak suspek dan menyedari ditipu selepas melakukan transaksi ketiga berjumlah RM380,000.
Masalah jenayah dan sosial yang ditimbulkan warga Afrika di negara ini bukanlah sesuatu yang baru malah kini semakin meruncing dan memerlukan tindakan drastik kerajaan untuk mengatasinya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebahagian besar warga Afrika khususnya yang terlibat dalam jenayah komersial dan narkotik yang ditahan adalah pelajar kolej swasta.
Setakat ini masalah kebanjiran warga Afrika yang melibatkan bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab terhadap kemasukan pelajar manakala Jabatan Imigresen mengeluarkan pelekat pas pelajar, dilihat masih gagal dikawal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan