Isnin, 19 Disember 2011

Bangunan SK Tungou musnah terbakar


Sumber:
Utusan Borneo
http://www.theborneopost.com/2011/12/19/bangunan-sk-tungou-musnah-terbakar/
MUSNAH ... Keadaan bangunan utama SK Tungou selepas kebakaran itu.








Memusnahkan salah satu blok bangunan kayu sekolah berasrama desa berkenaan yang menempatkan bilik guru dan pejabat guru besar bersebelahan dengan bilik peralatan ICT.
RANAU: Satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tungou, 21 kilometer dari pekan di sini, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.15 pagi kelmarin.
Para penduduk yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mereka menyedari kebakaran itu kira-kira jam 2.25 pagi setelah terlihat cahaya api menjulang memusnahkan salah satu blok bangunan kayu sekolah berasrama desa berkenaan yang menempatkan bilik guru dan pejabat guru besar bersebelahan dengan bilik peralatan ICT.
Sepasukan empat anggota bomba diketuai Joehan D Sibin dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3.20 pagi selepas menerima panggilan daripada penduduk pada jam 2.48 pagi dan berjaya memadam kebakaran dalam tempoh 30 minit.

dibina pada tahun 1983
Guru Besar SK Tungou, Jamri Suhamin yang tinggal di Kg Kimilohing tiba di sekolah itu pada jam 4.00 pagi selepas mendapat makluman menerusi telefon daripada penduduk kampung.
Menurutnya, bangunan kayu dan yang dibina pada tahun 1983 itu menempatkan pejabat guru besar, Urusetia Guru-Guru, bilik ICT, Perfailan Dokumen 62 murid bersama peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) milik peribadi 16 guru dan dokumen tujuh kakitangan sokongan. Semuanya musnah dalam kejadian itu.


masih dalam siasatan
“Semua dokumen yang saya simpan dalam fail peribadi saya juga termasuklah Sijil Nikah, Sijil-Sijil Perkhidmatan, Sijil-Sijil Anugerah dan semua dokumen pentadbiran turut musnah dalam kebakaran ini,” kata Jamri.
Beliau, bagaimanapun, bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian yang punca kebakaran dan jumlah kerugiannya masih dalam siasatan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...