KULIM - Anggota Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berjaya menahan sepasang suami isteri warga asing berusia 20-an kerana menunggang motosikal yang dilaporkan hilang di kawasan perindustrian Taman Cendana kira-kira jam 2 petang.
Ketua Balai Polis Kulim, Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, motosikal yang ditunggang suspek ditahan untuk pemeriksaan kerana tidak mempunyai nombor pendaftaran. Setelah pemeriksaan dibuat melalui nombor chasis dan enjin, polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang.
Pasangan suami isteri itu memaklumkan mereka memperoleh motosikal itu dari seorang teman sehari sebelum ditahan polis. Motosikal itu digunakan untuk membawa isterinya yang sarat mengandung untuk membuat pemeriksaan di klinik.
Mohd Azlan berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati anak pemilik motosikal memajak motosikal bapanya kepada seorang rakan kerana tidak mempunyai wang dengan harga RM1,200 tanpa pengetahuan bapanya.
“Menyedari motosikalnya itu tidak ada di rumah, pemilik motosikal membuat laporan polis dan beranggapan ia dicuri. “Sipemajak kemudiannya membenarkan suspek menggunakan motosikal itu bagi tujuan rawatan tanpa menyedari motosikal yang digunakan itu sudah dilaporkan hilang., “ katanya. Polis kemudiannya menahan anak pemilik motosikal dan pasangan suami isteri itu untuk siasatan lanjut.
Sumber:
January 24, 2012
dekat kulim 2 selalu ada masalah (nk tau x dekat kulim 2 tempat yg pakjoe tggl sekarang nie diam2 sudah jgn bg tau org hahahah)
BalasPadam