30 Mac 2012
KEPONG – Kira-kira 24 jam selepas penemuan janin bayi di Jinjang semalam, satu lagi mayat bayi cukup sifat, masih bertali pusat, ditemui di perangkap sampah berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, pagi tadi.
Bayi tersebut ditemui terapung dalam keadaan terlangkup oleh seorang pekerja kontraktor pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di situ jam 11 pagi. Rafusi Ahmad, 40,berkata, kira-kira jam 10.30 pagi dia tiba di lokasi sedikit lewat daripada kebiasaannya kerana hujan lebat.
Menurutnya, ketika mahu mengaut sampah di lubang perangkap tersebut, dia melihat satu objek terapung dan menyangkakannya anak patung. "Saya kaut ia naik ke atas dan melihat ada tali pusat, baru saya sedar ia adalah mayat bayi. "Ketika itu saya berasa amat terkejut dan berasa amat kasihan dengan nasib bayi berkenaan," katanya kepada Sinar Harian. Rafusi kemudiannya bertindak memanggil seorang pemancing yang berada berhampiran untuk mendapatkan bantuan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan