Isnin, 30 April 2012

BENARKAH JUBAH RASULULLAH



Sumber:
Laman Web Rasmi
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

24/4/12 - Tidak dinafikan sama sekali bahawa Muhammad SAW merupakan ikon dan idola paling agung di dalam sejarah peradaban manusia sejagat yang tiada tolok banding taranya.
Juga tidak dinafikan juga bahawa puteri Baginda, Fatimah Az-Zahra AS juga merupakan contoh terbaik kepada seluruh golongan hawa di mana beliau merupakan wanita kedua terawal dimasukkan ke dalam syurga sebagaimana yang dijamin ayahandanya, Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, setelah Rasulullah SAW dan puterinya wafat lebih seribu tahun lalu, barang-barang peribadi peninggalan dua insan istimewa ini turut menjadi perhatian dan menjadi sesuatu yang sangat tidak ternilai kepada seluruh umat Islam.
Antara barangan yang dikatakan milik peribadi peninggalan Rasulullah SAW dan Fatimah AS ialah dua helai jubah lusuh yang didakwa milik kekasih Allah dan puterinya itu.
Sekali pandang, mungkin ramai yang teruja melihat dua helai jubah tersebut.
Mungkin kalau boleh, seluruh umat Islam mahu memiliki, memeluk dan mencium jubah tersebut sampai tertidur.
Tapi, tidak pernahkan terlintas di fikiran umat Islam tentang kesahihan dua helai jubah yang dikatakan milik Rasulullah SAW dan puterinya itu?
Menurut riwayat para sahabat AS, Rasulullah SAW dan keluarganya hanya memakai pakaian dari jenis fabrik yang murah, kasar serta kurang kualitinya, manakala sesetengah riwayat pula menyatakan bahawa Baginda hanya memiliki sehelai jubah sutera yang dihadiahkan pada baginda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...