Isnin, 5 Ogos 2013

Sahabat Nabi yang Masih Hidup

Sumber:
BLOG I LOVE ISLAM


Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati. Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup". Sedikit sejarah mengenainya... Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari. Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini." Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua Rasulullahصلى الله عليه وسلم ke Bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH. 

Jangan Undang Tragedi Di Kala Aidil Fitri




SEBELUM memulakan perjalanan jauh sepatutnya anda sudah menghantar kenderaan untuk diservis mengikut kadar perjalanan ditetapkan pengeluar kereta. Kita tidak perlu terburu-buru untuk ke destinasi yang dituju atau balik ke kota. Dengan memandu dalam keadaan tenang dan berhemah, kita boleh memastikan kita dan penumpang berada dalam keadaan selamat. 

Kita periksa kenderaan sebelum memulakan sebarang perjalanan jauh. Sekiranya tidak pasti untuk berbuat demikian, hantar kenderaan ke pusat servis. Periksa tekanan angin dan corak bunga tayar, lampu, sistem brek, sistem penyejuk dan komponen kereta lain. 


Pengguna jalan raya dinasihat supaya mengelak tragedi kemalangan jalan raya dalam musim cuti sekolah dan perayaan Aidil Fitri ini dengan lebih berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman. Sikap berhati-hati dan timbang rasa dapat menjamin pengguna daripada terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kemalangan kerap berlaku kerana faktor pengguna yang cuai, mementingkan diri sendiri, memecut, memotong di selekoh berbahaya, memotong di garisan berkembar dan tidak mematuhi peraturan jalan raya lain.  Apabila musim cuti sekolah dan perayaan Aidil Fitri berlaku serentak, kita berharap pengguna jalan raya dapat memandu secara berhemah. Ibu bapa juga diminta menasihati anak-anak mereka yang akan pulang ke kampung dengan mengamalkan pemanduan berhemah, jangan sesekali membiarkan mereka disambut dengan tangisan akibat terlibat dalam kemalangan.

Setiap kali menjelang musim perayaan kita dikejutkan dengan pelbagai bentuk tragedi yang menyayat hati – pembunuhan bersenjata, kebakaran dan kemalangan maut – menjadikan sambutan Aidil Fitri bertukar sedih, pilu dan muram. Kita sentiasa diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, biar lambat asalkan selamat dan memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Meskipun kerosakan kenderaan boleh menyumbang kepada kemalangan, peratusannya adalah begitu kecil berbanding dengan ketidaksabaran ketika memandu. Mereka yang memandu secara gopoh-gapah, tidak berhemah sebenarnya tidak memahami apa yang diajar oleh Islam. Sebagai agama yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan, Islam menuntut kita agar jangan terlalu gembira untuk pulang berhari raya sehingga hilang tumpuan semasa memandu.

Sekiranya kita berasa letih dan mengantuk, adalah lebih baik berhenti seketika dan tidak meneruskan perjalanan dalam situasi lesu dan fikiran terganggu. Begitu juga dengan sikap kita sebelum memulakan perjalanan, kita hendaklah memulakannya dengan berdoa, “subhanallazi sakharalana hazawamakunna lahumuqrinin wainnailarabbina lamunqalibun”. Menurut kata sesetengah ulama, sesiapa yang membaca doa ini sebelum memulakan sesuatu perjalanan ke suatu destinasi, dia pasti akan dikembalikan ke tempat itu dengan selamat. Mereka yang berdoa akan dilindungi daripada gangguan dan bahaya, insya-Allah.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...