Pagi tadi semasa berada di kedai 24 jam, penulis terkesima apabila melihat gelagat seorang lelaki jalan membusung dada memotong barisan untuk membayar harga bagi sebuah akhbar tabloid.
Tatkala lelaki yang wajah seperti mewakili kelompok VIP, 6 hingga 7 orang yang masih santun berbaris mengikut tertib termasuk penulis berada di barisan paling belakang, terus dikejutkan lelaki tadi yang menerjah di kaunter tanpa rasa bersalah.
Berdasarkan selipar, baju dan seluar yang dipakai mempamerkan dari mana kelompok lelaki ini datang, hanya wajah dan suara cuba menunjukkan dia daripada kelompok VIP.
Penulis membatalkan membuat pembelian, sebaliknya menyekolahkannya tentang adab. Dalam barisan tadi ada orang tua warga emas dan perempuan hamil. Lelaki tadi hanya tunduk malu dan terus bergegas ke jalan besar untuk menaiki bas yang menjadi kenderaannya.
Tidak sangka lelaki yang menjerit kuat kepada perempuan yang menjaga kaunter tadi, hanyalah manusia biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan