MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di
seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas
daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari kebangsaan
merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan
perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai
lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap
tahun. Pada 31 Ogos 2018 ini, Malaysia akan menyambut ulang tahun
hari kemerdekaan yang ke-61.
RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK
HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.
Sejarah Malaysia bermula pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa
kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar
Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan
yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa, system pentadbiran dan
pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang strategik berada di titik
pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka
muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di
Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi
anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama
tersebut. Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari
tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah
Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke
tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. British
telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum
ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.
Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya di
beberapa buah negeri seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap,
Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain.
BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.
Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan
nasionalisme, kesedaran politik dan pembangunan negara penduduk Tanah Melayu
mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan.
Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat
nasionalisme. Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar, majalah, cerpen
dan novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka
telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan
Melayu Muda (KMM) dan yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri. Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15
Februari 1942 menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun, Jepun yang menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945
menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu. PKM telah melancarkan serangan menguasai Tanah Melayu
melalui kekerasan, pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah Eropah di
Sungai Siput, Perak. Lantaran itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah
mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menakluki Tanah
Melayu dan British kembali berkuasa. Pentadbiran Tentera British (British
Military Administration) atau BMA adalah antara akhir Perang Dunia II dan
Penubuhan Malayan Union.
RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.
Pada 1 April 1946, British menubuhkan
Malayan Union. Walau bagaimanapun, gagasan ini mendapat tentangan daripada
orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan
orang-orang Melayu. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat
perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti
Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah
Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu
Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang
ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan
Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan
penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu. Pada 9
Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura kecuali Brunei disebabkan perkara yang tidak dapat
dielakkan. Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai
pada 16 September 1963.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan