Ayat aktif terdiri daripada:
Frasa Nama + Frasa Nama
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Frasa Nama + Frasa Kerja
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Ayat pasif pula ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.
Ayat songsang pula apabila keempat-empat bentuk ayat aktif di atas diterbalikkan, iaitu Frasa Nama, Frasa Adjektif, Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama yang berperanan sebagai predikat atau keterangan ayat menjadi pemula ayat atau dikehadapankan sebelum objek.
Contoh:
Ayat aktif:
Kucing itu mengejar tikus.
Ayat pasif:
Tikus itu dikejar kucing.
Ayat pasif songsang:
Dikejar kucing tikus itu
Contoh:
Ayat aktif:
Adik saya comel.
Ayat pasif :
(Ayat ini tidak boleh menjadi ayat pasif kerana ayat pasif hanya bagi ayat yang mengandungi kata kerja.)
Ayat songsang: Comel adik saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan