Memartabatkan Bahasa Melayu Bil.2/2022
BMKPM
Munsyi
Md Rasul bin Haron
MODUL
2 – KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.
2. Contoh:
Kata
Ganti Diri Pertama |
Penerangan |
Ayat
Contoh |
kau |
Asal daripada
kata ‘engkau’. Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang
menyertainya. |
1. “Surat ini
hendaklah kaubaca,” pinta Encik Hazim. 2. Lukisan
yang kaulukis sangat cantik sekali. |
ku |
Asal daripada
kata ‘aku’. Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat. |
1. Kata Dina,
“Lagu ini kutujukan untuk Shida yang berada di Johor.” 2. “Aduh,
sakitnya kakiku!” kata Dol. |
mu |
Asal daripada
kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja. |
1. Hasratmu
akan aku tunaikan. 2. “Adikmu
pandai menyanyi,” kata Zuraini kepada Syafiqah. |
nya |
Asal daripada
kata ganti nama diri ketiga (dia). Digunakan pada akhir kata sahaja. |
1. Kakaknya
menuntut di luar negara. 2. Setiap
kesalahan akan menerima balasan daripada-Nya. |
3. Bentuk kesilapan
a. Tidak
ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.
SALAH |
BETUL |
“Warna apa
yang kau minati?” tanya Azim kepada Syafiq. |
“Warna apa
yang kauminati?” tanya Azim kepada Syafiq. |
“Kawan ku
ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti. |
“Kawanku
ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti. |
b. Tidak boleh
menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
SALAH |
BETUL |
“Mu
berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan. |
“Kamu berdua
tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan. |
“Kau
belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman. |
“Engkau belum
mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman. |
c. Tidak
menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan
Tuhan.
SALAH |
BETUL |
Ya Allah, aku
memohon keampunanmu. |
Ya Allah, aku
memohon keampunan-Mu. |
Tuhan akan
sentiasa mengampunkan dosa hambanya. |
Tuhan akan
sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan