Memartabatkan Bahasa Melayu
Bil.8/2022 BMKPM
Munsyi Md Rasul bin Haron
Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.
Contoh
lain: YAM, YAA,DYMM, YBhg.
Di
antaranya,
Pengurus…
Antaranya,
Pengurus…
Frasa
sendi di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau
tempat.
Contohnya:
Anak itu duduk diam di antara ibu
dengan bapanya.
Lif itu terhenti di antara tingkat
tiga dengan tingkat empat.
Tambak Johor terletak di antara Johor
Bahru dengan Singapura.
NOTA:
Padanan di antara/ antara ialah dengan bukan dan.
Di
antara buku
yang telah …
Antara
buku
yang telah…
Rujuk
penjelasan di atas.
Urusetia
Urus setia
Urus
setia,
kata majmuk yang dieja terpisah.
di
atas pelantikan… atas pelantikan…
Kata
sendi di atas digunakan untuk perkara yang boleh dipegang atau nampak
fizikalnya.
Contohnya:
di atas meja
di atas pokok
di atas bumbung
di atas jalan
di atas bahu
bekerja
sama bekerjasama
Kerjasama,
antara
beberapa kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan.
Selain
daripada penganjuran…
Selain
penganjuran…
Tidak perlu ada kata sendi, dari atau daripada
selepas
selain.
ke-Sepuluh
kesepuluh, ke-10 Jika
huruf, dieja sebagai satu perkataan.
Jika
angka, dieja dengan tanda sempang.
Contoh
lain:
Keempat, ke-4
Kelapan, ke-8
Keseratus, ke-100
mensasarkan
menyasarkan
S-a-s-a-r
bermula dengan konsonan s, dengan demikian menerima awalan ‘meny’
dan konsonan s gugur.
Contoh
lain:
Suka jadi menyukai
Salah jadi menyalahi/kan
Suci jadi menyuci
Satu jadi menyatukan
Pra
Sekolah prasekolah Awalan asing anti, bio, dwi, eka, eko, juru,
ko,maha, ulti, pasca, pra,pro, sosio,sub, swa, tata, tri dan tuna –
apabila bertemu dengan kata
nama
umum, dieja sebagai satu perkataan, tanpa tanda sempang.
Contohnya:
antidadah
antikomunis
biologi
bioteknologi
dwibahasa
dwicabang
ekafungsi
ekawarna
ekosistem
ekopelancongan
juruaudit
juruukur
kokurikulum
mahaguru
maharani
multimedia
multinasional
pascaijazah
pascapenerbitan
prasejarah
pramoden
proaktif
prokemerdekaan
sosiobudaya
sosioekonomi
subkontraktor
substandard
swakarya
swalayan
tatanama
tatarias
trifungsi
trilogi
tunasusila
tunakarya
Namun
apabila awalan ini bertemu dengan kata nama khas, kita tulis dengan tanda
sempang.
Contohnya:
Anti-Rusia
Pro-Barisan Nasional
Terdiri
di kalangan Terdiri daripada kalangan
Daripada, kata sendi yang lebih
tepat.
Intan
INTAN Akronim kepada Institut
Tadbiran Awam Negara,
dieja dengan huruf besar.
Yang
Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong Ejaan yang digazetkan.
di
wakili diwakili Imbuhan awalan di dan ke hendaklah
dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk
kata kerja. Contohnya:
dipenjarakan
dipecat
dimarahi
diisi
dilaporkan
Awalan
ke bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
Contohnya:
kehendak
keluar pintu
kerangka
kesemua
ketua
Kata
sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama
atau frasa
nama
yang mengikutinya.
Contohnya:
di angkasa
di antara
di atas
di Johor
di udara
digunapakai
diguna pakai
Kata
majmuk dieja terpisah, kecuali beberapa perkataan yang ditetapkan oleh
Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu,
seperti
tanggungjawab,
pesuruhjaya, olahraga, tandatangan, warganegara, antarabangsa, jawatankuasa,
matahari, kerjasama dan beritahu.
Kata
majmuk dieja sebagai satu perkataan apabila menerima
imbuhan
awalan dan akhiran.
Contohnya:
Kuat
kuasa
Penguat kuasa
Menguatkuasakan
Penguatkuasaan
Ambil
alih
Mengambil alih
Pengambilan
Latar
belakang
Berlatar belakang
Berlatarbelakangkan
Naik
taraf
Menaik taraf
Menaiktarafkan
mengenengahkan
mengetengahkan
Kata
akarnya, ketengah-
menerima
awalan meng, hanya konsonan k yang gugur. Konsonan t, kekal.
beserta
berserta Awalan ber bukan be.
ialah
untuk adalah untuk
Kata
pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh
kata
sendi nama dan kata
adjektif
yang bersifat
huraian
sahaja.
Contohnya:
Kursus ini adalah untuk …
Tarikh tutup kursus adalah pada 31
Ogos 2009.
Kata
pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama
yang
bersifat persamaan sahaja.
Contohnya:
Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan
pendapat yang
bernas.
Sepak takraw ialah sukan yang
elok dipertandingkan.
YANG
SALAH YANG BETUL CATATAN
perlantikan pelantikan
Pelantikan daripada proses
melantik bukan berlantik.
Contohnya:
Pelepasan
Daripada
perbuatan melepaskan
Perlepasan daripada perbuatan berlepas
Perdana
Menteri Malaysia ke-VI Perdana Menteri Malaysia VI atau Perdana Menteri Malaysia
Keenam atau Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Tidak
perlu tanda sempang. Keenam, dieja sebagai satu perkataan. Dieja dengan tanda sempang
Y.B.
YB Tidak perlu tanda noktah.
tauladan
teladan Ejaan yang tepat ialah
teladan.
dayafikir
daya fikir Daya fikir, kata majmuk yang dieja terpisah.
jayadiri
jaya diri Jaya diri, kata majmuk yang dieja terpisah.
teguhdiri
teguh diri Teguh diri, kata majmuk yang dieja terpisah.
ulangtahun
ulang tahun Ulang tahun, kata majmuk yang dieja terpisah.
jesteru
justeru Ejaan yang tepat justeru.
mengenepikan
mengetepikan Kata akar ketepi, jadi menerima awalan meng.
Yang
gugur hanya konsonan k. konsonan t kekal.
mengisahkan
tentang kehidupan….
Mengisahkan
kehidupan…
Mengisahkan,
kata
kerja transitif mesti
terus menerima objek, kehidupan (kata nama atau frasa nama) dan tidak
boleh disisipkan dengan kata sendi tentang.
terlibat
di dalam pelbagai program
terlibat
dalam pelbagai program
Kata
sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama
atau
frasa nama yang menunjukkan tempat.
Contohnya:
di atas
di Perlis
di sana
Kata
sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau
frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak
seperti
perkara,
peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya.
Contohnya:
dalam hal ini…
dalam bidang penyiaran …
dalam konteks ini,…
Kata
sendi nama di dalam digunakan untuk yang ada ruang.
Contohnya:
di dalam bilik
di dalam hutan
di dalam kotak
di dalam dewan
Ramai
aktivitis-aktivitis Ramai aktivis
Ramai, kata jamak – tidak
perlu digandakan
Contoh
kata-kata lain yang membawa pengertian jamak:
Orang,
rakyat, mereka, maklumat, banyak, semua, senarai, pertubuhan, persatuan, kumpulan,
gabungan
Dato’
Rahim Razali adalah seorang insan…
Dato’
Rahim Razali, insan…
atau
Dato’
Rahim Razali ialah insan…
atau
Dato’
Rahim Razali ialah seorang insan…
Tidak
perlu ada kata pemeri adalah.
Di
dalam dunia
seni… Dalam dunia seni…
Membincangkan
mengenai isu
Membincangkan
isu
Membincangkan, kata kerja transitif
terus menerima objek,( isu), dan tidak boleh disisip dengan kata-kata
lain (mengenai).
pilihanraya
pilihan raya
Pilihan
raya,
kata majmuk yang dieja terpisah.
…di
mana tarikh
tutup… …yang tarikh tutup… di mana ialah kata tanya, dan
tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.
Selain
daripada memperkasakan…
Selain
memperkasakan…
Tidak
perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain.
di
atur diatur
Diatur, kata kerja.
Dengan
demikian dieja sebagai satu perkataan.
Bandar
DiRaja Bandar Diraja
Ejaan
yang tepat Diraja.
Y.Bhg.
YBhg. Tidak perlu tanda noktah selepas Y.
Y.M.
YM Tidak perlu tanda noktah. urusetia urus setia Kesalahan lazim, terutama
sekali dalam minit mesyuarat.
Urus
setia,
kata majmuk yang dieja terpisah.
minima
minimum Ejaan yang tepat minimum.
efisen
efisien
Ejaan
yang tepat efisien.
ePerolehan
e-Perolehan
Dieja
dengan tanda sempang.
ianya
ia
Tidak
ada kata ganti nama ianya dalam bahasa Melayu. Sekiranya ianya
dianggap
betul, maka kita juga harus menerima kata ganti nama akuku,
kamumu
sebagai
betul. adalah seperti berikut… adalah seperti yang
berikut…
Lebih tepat jika ada yang.
cop
rasmi
cap rasmi
Ejaan
yang tepat cap.
sepertimana
seperti mana
Lebih
tepat sebagaimana atau
seperti.
maklumbalas
maklum balas
Maklum
balas, kata
majmuk yang dieja terpisah.
dari
jumlah
tersebut… daripada jumlah tersebut…
Kata
sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa.
Contoh
yang menyatakan tempat atau arah:
Awak datang dari mana?
Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.
Lori itu datang dari arah kiri.
Mereka baru sampai dari Kuching.
Contoh
yang menyatakan waktu atau masa:
Keadaannya semakin tenat dari sehari
ke sehari.
Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun
ke-18.
Perkara itu diketahui dari waktu subuh
lagi.
Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan
dari semasa ke semasa.
Kata
sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menyatakan
perkara berikut:
Punca bagi manusia atau institusi,
haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak);
Sumber atau asal kejadian sesuatu benda;
Perbezaan atau perbandingan; dan
Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan,
perubahan atau
perbandingan.
Menyatakan
punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur mujarad
Ali menerima sepucuk surat daripada
ibunya.
Cadangan daripada persatuan telah
kami terima.
Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.
Encik Karim baru sahaja menerima arahan
daripada ketuanya.
Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada
pihak kerajaan.
Menyatakan
maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda
Ahli persatuan terdiri daripada pelajar
sekolah.
Air terdiri daripada gabungan hidrogen
dan nitrogen.
Benang berasal daripada kapas.
Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya.
Saya sedia untuk meminta maaf sekiranya
kesilapan itu berpunca daripada saya.
Menyatakan
sebahagian daripada semua
Enam orang daripada mereka mati
disambar petir.
Kebanyakan daripada rumah di kampung
itu musnah dipukul ribut.
Sebahagian daripada pelajar sudah
pulang ke rumah masingmasing.
Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan
tegap.
Menyatakan
perubahan, perbezaan atau perbandingan
Ali lebih tinggi daripada Ahmad.
Kami tiba lewat daripada mereka.
Membaca buku ilmiah lebih baik daripada
membaca majalah hiburan.
Perangainya lain daripada yang lain.
rendah
dari 24.4% rendah daripada 24.4%
Kata
sendi dari untuk masa dan tempat.
Kata
sendi daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian atau sumber.
berpuashati
berpuas hati Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah. dibawah
Majmuk
yang dieja terpisah.
professional
profesional Profesional, dieja dengan
satu
s.
Jarang
sekali terdapat gugusan konsonan dalam perkataan BM.
Contoh
lain:
Misi bukan missi
Majalah bukan majallah
Muhibah bukan Muhibbah
Sesi bukan sessi
Hajah bukan hajjah
Gosip bukan gossip
Kecuali
media massa untuk membezakannya daripada masa.
dari
masa ke semasa dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa
Gunakan
perkataan yang sama, jangan disilangkan.
Laporan
Tindakan ke atas kesalahan
Laporan
Tindakan tentang /akan kesalahan
Kata
sendi yang tepat
ialah
akan atau tentang.
hukuman
ke atas kakitangan
hukuman
kepada /terhadap kakitangan
Kata
sendi yang tepat ialah kepada atau terhadap.
dikemaskini
dikemas kini
Kemas
kini, kata
majmuk yang dieja terpisah.
mengambil
tindakan di atas perkara ini…
mengambil
tindakan atas perkara ini…
urusetia
urus setia
Urus
setia,
kata majmuk yang dieja terpisah.
menaiktaraf
menaik taraf
Naik
taraf, kata
majmuk yang dieja terpisah.
kesemua
51
lokasi ke semua 51 lokasi
Kata
sendi ke, dieja terpisah.
telepon
telefon
Ejaan
yang tepat ialah telefon.
e-mail
e-mel
Ejaan
yang tepat ialah e-mel.
fax
faks
Ejaan
penuh ialah faksimile dan singkatannya ialah faks.
Dewan
Cendiakawan Dewan Cendekiawan
Ejaan
yang tepat ialah cendekiawan.
merekabentuk
mereka bentuk
Reka
bentuk,
kata majmuk yang dieja terpisah.
siaraya
siar raya
Siar
raya,
kata majmuk yang dieja terpisah.
Institut
Penyiaran & penerangan Institut Penyiaran dan Penerangan Ejaan
yang tepat ialah perkataan dan dieja, dan konsonan p dieja dengan
huruf besar.
menaiktaraf
menaik taraf
Naik
taraf,
kata majmuk yang dieja terpisah.
perlanjutan pelanjutan
Pelanjutan, daripada proses
melanjutkan.
halatuju
hala tuju
Hala
tuju,
kata majmuk yang dieja terpisah.
Juru
Perunding Juruperunding
Juruperunding,
dieja satu perkataan.
perlantikan pelantikan
Pelantikan,
daripada proses melantik.
BAKI
BAWA KEHADAPAN BAKI BAWA KE HADAPAN
Kata
sendi ke, dieja terpisah.
HAPUSKIRA
HAPUS KIRA
Hapus
kira, kata majmuk yang dieja terpisah.
DIKEMASKINI
DIKEMAS KINI
Kemas
kini,
kata
majmuk yang dieja terpisah.
PANTRY
PANTRI
Ejaan
dalam BM, dieja dengan vokal i.
diperolehi
diperoleh
Kata
yang tepat ialah diperoleh.
senireka
seni reka
Seni
reka,
kata majmuk yang dieja terpisah.
Hukum
D – M
Yang
diterangkan mendahului
yang menerangkan.
Contoh
lain:
Pisang goreng
Studio mini
Hal-hal lain
Kedai pajak gadai
Kompleks sukan
ATURCARA
ATUR CARA
Atur
cara, kata
majmuk yang dieja terpisah.
Adalah
dimaklumkan…
Dengan
ini dimaklumkan…
Tidak
boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.
…disepanjang
tempoh diatas…
…sepanjang
tempoh di atas…
staff
staf
Perkataan
BM ialah staf.
Kerjasama
tuan dalam perkara ini adalah dihargai.
Kerjasama
tuan dalam menjayakan acara ini amat dihargai.
Check
in Daftar masuk
Jika
ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.
vocal
vokal
Vokal, dieja dengan konsonan
k.
tengahari
tengah hari
Tengah
hari,
kata majmuk yang dieja terpisah.
Check
out Daftar keluar Jika
ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.
berkuatkuasa
berkuat kuasa
Kuat
kuasa,
kata majmuk yang dieja terpisah.
Disamping
itu,
Di samping itu, Kata sendi di, dieja terpisah.
di
arahkan diarahkan
Awalan
di, dieja satu perkataan.
di
sifatkan disifatkan
Awalan
di, dieja satu perkataan.
Adalah
saya
dengan hormatnya merujuk…
Dengan
hormatnya
saya merujuk…
Tidak
boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.
Allah
S.W.T. Allah SWT Tidak perlu tanda noktah.
limpahNya
limpah-Nya Konsonan N dieja dengan huruf besar kerana Nya merujuk
kepada Allah. Perkataan dieja dengan tanda sempang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan