Rabu, 3 November 2010

Israel Mahu Bina 238 Rumah Haram

Pemerintah Israel mendedahkan rancangan untuk membina 238 buah rumah untuk penempatan haram Yahudi di timur Baitulmuqaddis. Rancangan untuk membina unit rumah baru itu di kawasan perumahan Pisgat Zaaev dan Ramot telah diluluskan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini.
Ketua Perunding Palestin, Saeb Eraket berkat, tindakan itu membuktikan bahawa Israel berniat untuk memusnahkan setiap peluang bagi memulihkan rundingan damai di antara kedua-dua pihak.

Recognition-The Compulsory Pass In History in 2014

Our education system is an enigma. It is perhaps the most tried and tested component of our socio-economic policy as we try to figure out the best way to develop our human capital and invest in the next generation. Unfortunately, the continuous tweaking of our eduction system  is imbued with political considerations.
When nation buildings is suddenly becoming paramount again, it is appropriate  that history subject finally earns its rightful place among Bahasa Malaysia, English, Maths and Science. 

Ahad, 31 Oktober 2010

Internet dan Cabaran Untuk Ibubapa

Mari Kita Lengkapkan Diri
Melengkapkan Ilmu Internet
Internet, satu lagi medium yang menjadi magnet yang kuat kuasanya dan melekakan buat anak-anak. Jika tiada kemudahan internet di rumah, banyak kafe siber yang menawarkan kesempatan melayari internet dengan bayaran yang amat murah.
Berapa ramai ibu bapa yang monitor laman web yang dilayari anak-anak mereka? Berapa ramai ibu bapa yang ada akses, mahir menggunakan internet dan arif mengenai segala laman web sosial yang jadi kegilaan ramai sekarang? Realitinya hari ini anak-anak remaja lebih pantas dan cekap dengan kemudahan internet, melebihi jangkauan ibu bapanya sendiri. Oh, sukar sekali menjadi ibu bapa pada zaman ini.

Jangan Berfikiran Negatif

Proses Pembelajaran Tidak Akan
Tamat Sampai Bila-Bila
Terlalu banyak perkara negatif yang membelenggu diri anda boleh menghalang kemajuan diri. Diminta buat ini tidak boleh. Disuruh buat ini terasa sukar. Payah, susah, takut, kalau itu, kalau ini, tidak boleh dan macam-macam lagi perkataan seumpamanya sering berlegar dalam minda ini. Kalau berterusan begini, apa sudahnya? Usahakan agar anda dapat mengikisnya. Jangan biarkan diri menjadi mangsa keegoan dan kelemahan diri sendiri. Tidak semua orang dilahirkan sempurna tetapi orang berjaya sering mencari kesempurnaan dalam hidup. Tidak mengapa berbuat kesilapan kerana dari situ kita akan mempelajari akan cabaran kehidupan.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...