Rabu, 8 Disember 2010

RM 1.00...Sanggup Menyusahkan Orang Lain



Tidak Perlu Bayar Parking
 widgets

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com















Kompleks Membeli-belah Selayang Mall yang terletak di Taman Selayang Utama, Batu Caves, Selangor tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai untuk membeli pelbagai jenis barangan. Pada musim cuti sekolah ini, ibu bapa sibuk menunaikan tanggungjawab untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak untuk tahun 2011.
Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Ada sesetengah pengunjung yang meletakkan kenderaan di kiri-kanan jalan. Kononnya nak jimat RM 1.00. Kalau parking di dalam kompleks, terbang RM 1.00. Kalau parking di lot-lot yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Selayang takut pula mengeluarkan syiling 50 sen untuk satu jam parking. Tindakan yang diambil oleh mereka yang 'kedekut' ini adalah dengan meletakkan kenderaan secara percuma. Penulis yang tinggal berdekatan dengan Selayang Mall dapat tempiasannya. Sukar untuk melepaskan diri daripada halangan yang dicipta oleh mereka yang 'love' RM 1.00. Penulis mencadangkan kepada pihak PDRM dan MPS untuk mengambil tindakan tegas seperti yang lepas-lepas. Kerap lakukan operasi dan tunda kenderaan yang kadang-kadang pemiliknya dengan bangganya meletakkan betul-betul di hadapan papan tanda 'Tunda'.
Kadang-kadang ada sikedekut ini meletakkan kenderaan di tempat menunggunya teksi. Terjadilah pertikaman lidah antara sikedekut dan sipemandu teksi yang masing-masing mempertahankan hak meletakkan kenderaan secara eksklusif. Buangkan sikap kedekut di dalam benak perasaan. Letaklah kenderaan di tempat yang telah ditetapkan. Walaupun agak jauh dari tempat tujuan kita, berjalanlah sikit. Kalau nak ke restoran yang berdekatan kompleks, janganlah sampai nak parking menghampiri meja pelanggan lain. Tidak ada siapa yang nak pandang kehebatan kereta second-hand kita yang dihiasi ekzos yang besar lubang asapnya. Jangan kerana RM 1.00 kita sanggup menyusahkan pengguna lain. 


Selasa, 7 Disember 2010

Minda Separa Sedar- Bagaimana Menggunakan Minda Separa Sedar Sebagai 'Tools' Untuk Mengubah Hidup Anda

widgets

Sumbangan artikel:
iMotivasi

Bagaimana menggunakan minda separa sedar sebagai ‘tools’ untuk mengubah hidup Anda? Cemana nak buat?
Syarat utama, tetapkan apa cita-cita Anda.
Cara ini hanya berkesan untuk satu matlamat pada satu masa.
Imaginasikan apa yang Anda mahu capai.
Rasainya, seolah-olah ia sudah ada sekarang ini.
Dalam The Secret, ini dipanggil Ask (tanyadiri Anda apa yang Anda mahu).
Percayai apa yang Anda mahu tu sudah ada.
Hadirkan kepercayaan itu dengan membayangkan apa yang Anda mahu capai sejelasnya, bayangkan selalu sepanjang masa.
Mulanya minda Anda akan menolak tapi bila Anda sudah bayangkan selalu, Anda akan merasa selesa tatkala melakukan bayangan imaginasi.
Minda separa sedar sensitif pada bayangan imaginasi yang jelas, gambaran minda berbentuk video serta perasaan Anda ketika Anda membayangkan imaginasi tu.
Bayangkan apa yang Anda mahu sudah Anda sekarang ni.
Rasai cemana gembiranya Anda ketika sudah mendapat apa yang Anda mahu.
Mesti hepi kan?
Tahap ini dipanggil Believe (percaya itu milik Anda dan sedang menuju pada Anda).
Rasainya sama seperti Anda meminta sesuatu kemudian ia dijanjikan untuk diberi Anda, memang Andalah yang akan terima bukan orang lain.
Contoh, kawan Anda berjanji untuk memberikan Anda RM100 esok. Anda merasa sungguh gembira sebab Anda akan menerima RM100 tu esok!
Anda tak sabar, Anda jadi teruja, gembira bukan kepalang.
Langkah seterusnya, rasai kegembiraan itu secara berpanjangan. Ini dipanggil Receive (bersedia menerimanya bila-bila masa di dunia sebenar).
Cara ini tidak akan berkesan jika ada keraguan, walaupun cuma sebesar zarah.

Beza Orang Berjaya Dengan Orang Berfikiran Negatif

widgets

Sumbangan Artikel:
iMotivasi

Dalam tip motivasi kali ini, Anda akan tahu beza antara orang berjaya dengan orang berfikiran posiitif.
Orang berjaya selalu kata pada dirinya “aku yang membentuk hidupku”. Orang berfikiran negatif pula selalu kata “kenapalah hidup ini tidak adil pada aku”.
Orang berfikiran negatif menjadi mangsa pada kehidupannya. Dia meratapi kesusahan hidup.
Orang berjaya menjadi penguasa kerana mereka cuba menguasai hidup mereka tanpa pernah mengalah pada kesusahan yang dialami seperti orang berfikiran negatif tadi.
Orang berjaya tidak meratapi hidup, sebaliknya menggunakan kesusahan hidup sebagai pencetus motivasi untuk membentuk tahap hidup lebih baik.
Orang berfikiran negatif pula sering meratapi kesusahan hidup tapi jarang melakukan apa-apa usaha untuk keluar dari kesusahan.
Jika Anda mahu menjadi seperti orang berjaya, jangan pernah meratapi kesusahan.
Sebaliknya binalah hidup lebih baik dari hidup Anda sebelum ini dengan memfokuskan pada usaha. Tuhan tidak Anda mengubah nasib Anda, melainkan Anda berusaha mengubahnya.

Isnin, 6 Disember 2010

Guru yang berkesan

widgets

Pn.Norlilah Ismail
Jawatan guru sekarang ini adalah jawatan yang diidam idamkan oleh ramai. Tawaran ke IPG seringkali disambut dengan permohonan yang 300% berlebihan. Begitu juga IPTA DAN IPTS menawarkan kursus pendidikan di peringkat diploma dan juga ijazah. Sebagai seorang guru saya rasa teruja kerana ramai yang cenderung meneruskan perjuangan ini. Harapan setinggi gunung pada pelapis pelapis  akan datang semoga mereka dapat menghayati erti sebenar kerja seorang 'cikgu'. Usah diukur dari perjawatan, gaji, cuti, insentif atau seumpamanya, tapi renungilah dari lensa hati apa sebenarnya kerja cikgu. Janganlah bila dah tamat latihan bila ke sekolah merungut..punggung terasa kebas  kerana hanya kerusi plastik yang disediakan di Bilik Guru..berkongsi meja, berpanas melatih Rumah Sukan, berhujan semasa perkhemahan dan mengetip soalan peperiksaan.

Saya pernah didatangi seorang sahabat guru yang mohon sokongan untuk kerja lain, dengan alasan kerja sebagai guru kurang mencabar, tiada kepuasan, dan tidak berbaloi.... terkejut juga saya. Bila saya minta penjelasan, menurutnya dia kecewa kerana murid tak pandai, markah rendah, dia mengajar bersungguh sungguh,..macam macam program dah buat..masih macam tu. Dia kecewa kerana deretan A yang dia raih sepanjang pengajiannya tidak dapat memberi dia satu pekerjaan beri pulangan yang mewah jika nak banding dengan rakannya yang lebih rendah keputusan ..tapi sekarang dah boleh memandu kereta mewah..beli kondominium, dan melancong merata tempat. Gaji guru, cukup..katanya, tapi saya mengajar home tuisyen di 7 buah rumah baru boleh beli apartment...hmmmm tanpa berlengah saya berikan sokongan terbaik saya pada sahabat saya ni...(let him go, he is not  a teacher!!! ) dalam hati saya.

Semua guru akan berkata mereka mengajar bersungguh sungguh dan menuding ke arah murid bila pencapaian rendah...tak salah kerana itu adalah penilaian kendiri. Saya pun sama..tetapi  siapa sebenarnya guru yang berkesan?? Saya lampirkan pernyataan guru berkesan yang saya dapat dalam blog ...dan buatlah senarai semak kendiri sama ada  kita adalah seorang guru yang berkesan,..kemudian murid pulak diberi peluang menilai P & P kita....keputusan peperiksaan tak berapa relevan. kerana ada murid yang  menghadiri tuisyen...

An Effective Teacher is :•
A teacher that cares and connects with his/her students both inside and outside the classroom•
A teacher exhibits a love and joy for teaching and is enthusiastic about learning•
A teacher that instills in his/her students a love and joy for learning and the desire to be a lifelong learner•
A teacher that gives his/her students the skills needed to survive in today’s ever changing world•
A teacher that measures success in terms of a student’s growth in learning•
A teacher that creates an environment where students are pushed out of their comfort zone when it comes to learning•
A teacher that himself/herself is constantly wanting to grow and improve

Ketaksuban menilai melalui pencapaian akademik juga disentuh, maknanya mereka pun sama...
I would like to quote to you what Thomas R. Hoerr wrote in this month’s Educational Leadership: “Too often educators get sidetracked by focusing only on grades, grade- level equivalents, and percentiles. Those are all valid measures, but they are not the only ways to gauge growth. Part of the reason that our society gives so much attention to test scores is that we are so bad at measuring other, more amorphous qualities. That’s our fault. If enthusiasm for learning is important – and we know it is-we ought to be able to measure it. How might we do that? Certainly not with a multiple –choice enthusiasm test! Instead, we might examine student reflections in logs or journals or use rubrics to capture evidence of joyful learning.”

Jadi untuk mengukur keberkesanan seorang guru, keputusan murid bukan satu satunya pengukur, tetapi bagaimana guru telah membuka ruang belajar yang menarik dan bererti pada murid,.....untuk lulus dalam ujian kehidupan sebenar...

 

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...