Pn.Norlilah Ismail |
Jawatan guru sekarang ini adalah jawatan yang diidam idamkan oleh ramai. Tawaran ke IPG seringkali disambut dengan permohonan yang 300% berlebihan. Begitu juga IPTA DAN IPTS menawarkan kursus pendidikan di peringkat diploma dan juga ijazah. Sebagai seorang guru saya rasa teruja kerana ramai yang cenderung meneruskan perjuangan ini. Harapan setinggi gunung pada pelapis pelapis akan datang semoga mereka dapat menghayati erti sebenar kerja seorang 'cikgu'. Usah diukur dari perjawatan, gaji, cuti, insentif atau seumpamanya, tapi renungilah dari lensa hati apa sebenarnya kerja cikgu. Janganlah bila dah tamat latihan bila ke sekolah merungut..punggung terasa kebas kerana hanya kerusi plastik yang disediakan di Bilik Guru..berkongsi meja, berpanas melatih Rumah Sukan, berhujan semasa perkhemahan dan mengetip soalan peperiksaan.
Saya pernah didatangi seorang sahabat guru yang mohon sokongan untuk kerja lain, dengan alasan kerja sebagai guru kurang mencabar, tiada kepuasan, dan tidak berbaloi.... terkejut juga saya. Bila saya minta penjelasan, menurutnya dia kecewa kerana murid tak pandai, markah rendah, dia mengajar bersungguh sungguh,..macam macam program dah buat..masih macam tu. Dia kecewa kerana deretan A yang dia raih sepanjang pengajiannya tidak dapat memberi dia satu pekerjaan beri pulangan yang mewah jika nak banding dengan rakannya yang lebih rendah keputusan ..tapi sekarang dah boleh memandu kereta mewah..beli kondominium, dan melancong merata tempat. Gaji guru, cukup..katanya, tapi saya mengajar home tuisyen di 7 buah rumah baru boleh beli apartment...hmmmm tanpa berlengah saya berikan sokongan terbaik saya pada sahabat saya ni...(let him go, he is not a teacher!!! ) dalam hati saya.
Semua guru akan berkata mereka mengajar bersungguh sungguh dan menuding ke arah murid bila pencapaian rendah...tak salah kerana itu adalah penilaian kendiri. Saya pun sama..tetapi siapa sebenarnya guru yang berkesan?? Saya lampirkan pernyataan guru berkesan yang saya dapat dalam blog ...dan buatlah senarai semak kendiri sama ada kita adalah seorang guru yang berkesan,..kemudian murid pulak diberi peluang menilai P & P kita....keputusan peperiksaan tak berapa relevan. kerana ada murid yang menghadiri tuisyen...
An Effective Teacher is :•
A teacher that cares and connects with his/her students both inside and outside the classroom•
A teacher exhibits a love and joy for teaching and is enthusiastic about learning•
A teacher that instills in his/her students a love and joy for learning and the desire to be a lifelong learner•
A teacher that gives his/her students the skills needed to survive in today’s ever changing world•
A teacher that measures success in terms of a student’s growth in learning•
A teacher that creates an environment where students are pushed out of their comfort zone when it comes to learning•
A teacher that himself/herself is constantly wanting to grow and improve
Ketaksuban menilai melalui pencapaian akademik juga disentuh, maknanya mereka pun sama...
I would like to quote to you what Thomas R. Hoerr wrote in this month’s Educational Leadership: “Too often educators get sidetracked by focusing only on grades, grade- level equivalents, and percentiles. Those are all valid measures, but they are not the only ways to gauge growth. Part of the reason that our society gives so much attention to test scores is that we are so bad at measuring other, more amorphous qualities. That’s our fault. If enthusiasm for learning is important – and we know it is-we ought to be able to measure it. How might we do that? Certainly not with a multiple –choice enthusiasm test! Instead, we might examine student reflections in logs or journals or use rubrics to capture evidence of joyful learning.”
Jadi untuk mengukur keberkesanan seorang guru, keputusan murid bukan satu satunya pengukur, tetapi bagaimana guru telah membuka ruang belajar yang menarik dan bererti pada murid,.....untuk lulus dalam ujian kehidupan sebenar...
Hi, nice blog & good post. truly like it, you must submit your site for free in this website which really helps to get more traffic. hope u have a nice day & Keep posting!
BalasPadam