Isnin, 6 Disember 2010

Setinggi Wau

widgets



Norlilah Ismail
 Ayuh! kita terbang tinggi bak wau yang dihayun bayu
Berdesir gemersik kedengaran tali wau
bak gesekan biola membelah sayu
sayap terbentang, membayang redup...
sayup tinggi , meriah mencorak angkasa raya
megah mengibar...

apa pun teman..
asalkan umbi  kita tetap terpasak di bumi
selagi  adat dan adap menjadi tunjang
iman dan taqwa menjadi kompas pedoman
perpaduan dan harmoni adalah tonggak ilham
selamatlah....
teruskan lah menjengah seluruh pelosok alam
terus meninggi
kerana kita sedar
bumi tetap tempat  berpijak..


nukilan

Norlilah Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...