Selasa, 21 Disember 2010

4 Petua Mengelak Rasa Boring

Artikel oleh:
iMotivasi

Apakah rasa boring? Dalam bahasa Melayu, ia adalah rasa bosan. Rasa bosan  timbul apabila Anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa boring timbul apabila Anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, boring petanda besar Anda adalah orang yang tidak ada matlamat.
Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa boring.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika Anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh Anda lakukan.
2. Jadi Workaholik.
Orang workaholik (kata asalnya adalah ‘workaholic’) adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila Anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa boring, Anda boleh bentuk diri Anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas, sikap workaholic tak sesuai untuk orang dah kawin. Jika Anda suami, nanti isteri Anda saman Anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika Anda seorang isteri, nanti suami Anda makan megi tiap hari.
3. Set matlamat, azam, cita-cita dan impian. Selepas itu berusahalah mencapainya!
Orang yang selalu merasa boring adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu, lepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas tu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan Anda akan perasan Anda dapat mengelak rasa boring sebab Anda sudah tidak ada masa untuk merasa boring. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita Anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa boring dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti Anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan Anda macam tak mahu berhenti.

Parlimen...jangan jadikan kedai kopi

widgets

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com

Selepas 52 tahun merdeka, sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan institusi-institusi demokrasinya kekal agung. Badan perundangan yang berasaskan kepada Westminster di Britain diterima oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1957 dan merupakan institusi penting bagi Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berpelembagaan sebagai pemimpin tertinggi.
Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia kekal sebagai negara demokratik sejak merdeka sedangkan banyak daripada negara telah beralih kepada pemerintahan tentera atau diktator. Walaupun prinsip demokrasi negara pernah tercabar tetapi secara keseluruhannya demokrasi serta institusi-institusinya masih berperanan penting di Malaysia.
Antara institusi yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia ialah Parlimen, yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Parlimen merupakan tempat di mana undang-undang negara dirumus, dibahas dan diluluskan demi manfaat negara dan rakyatnya. Parlimen mewakili suara rakyat, intipati penting demokrasi.
Sebagai rakyat, kita rimas menonton gelagat wakil rakyat di Parlimen. Kalau dahulu, setiap kali TV membawa lintas langsung ke Parlimen, kita begitu teruja mendengar suara hujahan wakil rakyat. Bernas dan penuh keilmuan. Kini, segelintir daripada mereka menjadikan Parlimen seperti kedai kopi di simpang jalan. Memekik.Melolong. Caci maki. Kalau beginilah budayanya, sesiapapun daripada kita boleh bersidang di Parlimen. Tidak ada pelajaran pun tidak mengapa. Yang penting wakil rakyat berbudaya kini haruslah memiliki tahap kelentong yang tinggi dan berupaya menjadi anjing yang menyalak bukit. Apabila lensa kamera dihala tepat pada mereka, mulalah menunjukkan kerendahan fungsi otak. Rakyat hanya tersenyum simpul. Apa boleh buat, kita juga yang memilih mereka ini. Ingat nak panjangkan masalah rakyat rupa-rupanya masing-masing nak tunjuk aksi hero di Parlimen. Adakah pemimpin sedemikian rupa akan terus menjadi pilihan kita di dalam PRU yang akan datang?  Fikir-fikirkanlah. Kita pilih yang bekerja bukan cakap-cakap sahaja.
Sistem masyarakat masa kini menekankan kuasa warganegara untuk meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan terhadap tindakan mereka. Idea seperti tatacara pentadbiran yang baik, akauntabiliti dan ketelusan menggambarkan pandangan ini. Rakyat berhak mengetahui dasar, program dan aktiviti kerajaan yang diadakan untuk kepentingan rakyat.  Rakyat muak melihat aksi wakil-wakil rakyat yang lebih teruk tarafnya dengan aksi peminum kopi di kedai kopi yang lebih berhemah dan bijaksana menyuarakan pendapat. Berdasarkan Perkara 21 (1) Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat; "Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas".
Rakyat tidak mahu Parlimen dijadikan kedai kopi.

Isnin, 20 Disember 2010

Bolehkah aku terus di situ...

widgets

Nukilan:

Norlilah Ismail

Hampir  dua tahun, aku mempermain-mainkan tanggungjawab. Aku sengaja mencari alasan dan isu supaya kami boleh bergaduh... seronok jugak sebab aku sering menang!! Tak kiralah depan anak anak ke..atau tidak aku memang selalu cari pasal.Aku memang nak hubungan kami jadi panas...memang aku nak dia rasa geram dan marah. Hati ni sering membesarkan isu dia tak faham kehendak aku, tak dapat memenuhi keperluan aku...segalanya salah dan susah.

aku akan curahkan segala masalah pada teman rapat, mengadu macam macam, tidak puas hati, tidak dapat perhatian,...dan sidia akan selalu sedia mendengar segala aduan ku. Sidia akan memberi ayat ayat memujuk....hingga hati ku ni rasa legaaa dan terhibur. Berbagai alasan, aku beri asalkan aku dapat keluar ...seminarlah, forumlah. kajianlah...seronok bila dengan kawan kawan. Bila sampai di rumah, aku akan terus ke bilik ..tanpa menyapa anak anak di ruang tamu, tanpa bertanya samada mereka dah makan ke tidak. Dia yang terbaring di sofa menonton TV ....langsung tak menarik pandangan mata ku. Atas katil, aku terbaring sibuk ber sms dengan sidia.... walhal baru sebentar tadi aku turun dari keretanya. Anak ku yang bongsu mengetuk pintu, dan menjengah....dan aku beri isyarat membenarkan manjaku itu masuk.   Mama dah makan?  hmmm dah...princess dah makan? dah..jawabnya ringkas sambil mengangguk. Dia terus merebahkan badan nya disebelah ku, dan aku biarkan sahaja dia menarik tangan kanan ku memeluk tubuh kecil nya tu. Tiba tiba telefon bimbit ku berbunyi isyarat ada pesanan ringkas masuk...dan segera aku menarik tangan ku untuk membuka dan membaca pesanan itu yang pastinya dari sidia. Tepat seperti dijangka....dan aku pun memicit micit papan kekunci telefon bimbit ku membalas ucapan selamat malam sidia,...tapi selesai aku bersms...dan aku baru sedar si manjaku sudah tiada di sisi. Bila dia beredar pun aku tak sedar. Namun aku tidak juga keluar untuk memanggil nya malah terus baring dan senyum sendirian....berbagai gambaran berlegar legar dalam minda, dan aku pun terlelap.

Kini, aku sudah berpindah keluar dan tinggal bersama adik sepupu ku yang masih bujang. Pada awalnya..aku terasa lega sangat kerana keputusan telah dicapai. Setelah beberapa kali dipanggil ke sesi kaunseling, maka keputusan muktamad telah dicapai. Kami bersetuju untuk berpisah kerana sudah tiada kesefahaman. Aku setuju untuk keluar tanpa syarat, anak dan barangan semua nya aku tinggalkan. Memang dia baik ...baik sangat dan itu membosankan aku.  Kenapa dia sanggup terima semua ini dengan sikapnya yang mengalah, dan terus mengalah!! Arrgghhhh!!!! tak de fight langsung...boring. bentak  hati ku. Keluarga ku jangan tanyalah..mesti mereka menangkan dia, semua salahkan aku!!  Ummi kata aku akan rugi dan menyesal belakang hari nanti..macam macamlah kecaman bertubi tubi pada ku. Tapi hati ni, relaks dan rasa biase jer..tak ada rasa cemas atau gusar. Hubungan aku dengan sidia semakin rapat, sering pulak kami dipasangkan untuk mengendalikan projek. Sidia tinggi tegap orangnya, bila buat presentation memang konfiden, dan hebat sungguh cara dia berfikir. Semua ini membuat aku rasa hebat bergandingan dengan sidia..dia pandai ambil hati, dan bercita cita tinggi. Kami memang rapat dan intim...hari berganti minggu. Minggu berganti bulan...aku sabar menunggu bila sidia nak melamar aku. Beberapa kali aku cuba berseloroh dan menyindir tapi ia disambut dingin oleh sidia.  Kenapa? Bila? ....soalan yang tak ada jawapan.


Sering jugak aku berjumpa dengan si manja.ku, yang dah mula bersekolah.Aku sememangnya patut berterimakasih  pada dia kerana sempurna menjaga manja. Manja beradab sopan, cerdik dan bijak bercakap. Aku bangga jadi mama pada Manja...dan pada hujung minggu itu, aku bawa Manja menonton wayang animasi,...mula mula sidia nak bersama, tetapi cancel last minute..ada hal personal katanya. Dalam pawagam Manja berbisik di telingaku,...mama, papa nak bertunang!!! Dddrrrrr....berderau jantung aku, tersekat nafas....apa? Papa nak bertunang dengan sape? tersekat sekat suara ku....tiba tiba aku rasa sangat sangat sangat ....cemburu!! sape plak nak mengganti tempat aku ni?..eeee geram lah.benci! benci!
Secara otomatik, aku call sidia...tapi tak angkat, call lagi ...off plak. Berdebarnya dalam hati..rasa tak karuan, nafas pun tersekat sekat...cerita wayang langsung tak hirau. Masa hantar Manja, aku cuba nak cungkil dari dia...tapi tak terkeluar suara. Sidia sepanjang hujung minggu tak dapat aku hubungi....hati semakin cemas.

Hari Isnin, aku semacam tak de mood nak pergi kerja, ...sampai di ofis, sidia dah ada...nampak  biasa jer. Aku pun terus masuk dan mengadu hal dan bertanya ke mana dia sepanjang hujung tahun...selamba je sidia beri jawapan..dia balik kampung bertunang!!!! HA?? Macam nak pecah kepala ku...Kenapa semua orang nak bertunang masa ni...dan air mata ku berderai ....tapi pelik kerana antara sidia dan dia, aku lebih cemburukan dia...marahkan bakal tunang dia,...kerna berani mengambil tempat ku di hati  dia.Aku demam seminggu, dan sepanjang seminggu adik sepupu aku tak habis habis menghentam aku...bodoh, tak bersyukur, buta hati..dan macam macam lagi.....dan akhirnya aku...call dia, dengan alasan nak cakap dengan Manja. Petang aku call lagi, malam aku call juga....dan dia tak pernah tak jawab.Esok nya aku call, tengahari aku call ...call, call hingga lah aku memohon pada dia ..bolehkah aku terus di situ....bersama dia dan manja.

Khamis, 16 Disember 2010

3 Sebab Mengapa Azam 2010 Gagal Dicapai

widgets
oleh:
iMotivasi

Sepanjang 2010 ni, mesti Anda ada keinginan mahu mencapai sesuatu, kan? Itulah azam.
Azam ni Anda dah set pada hujng 2009 ataupun pada pertengahan tahun 2009. Tak semua orang berjaya mencapai azam pada tahun 2010 ni. Berikut adalah 3 sebab utama kenapa azam 2010 Anda gagal dicapai.
1. Anda Didepani Masalah.
Anda berdepan masalah dari berbagai arah misalnya masalah kewangan (duit asyik tak cukup), masalah perhubungan dengan kawan-kawan (tak ngam tune), kesibukan di tempat kerja, kesibukan mengurus keluarga, strategi Anda tidak mendatangkan hasil seberapa, usaha menemui kegagalan.
2.  Anda Malas Lalu Hilang Semangat.
Ada sesetengah orang meletak azam mahu memiliki sesuatu seperti kereta baru, rumah baru, kerjaya baru, gaji baru, sumber pendapatan baru, bini baru (opss!). Uuntuk mendapatkan sesuatu, dah menjadi lumrah dunia Anda akan melalui kesusahan terlebih dahulu. Setelah berdepan kesusahan serta bermacam rupa masalah, tiba-tiba Anda rasa malas, tertekan dan hilang semangat. Akhirnya Anda berhenti berusaha. Azam cuma tinggal azam. Sekadar bermain di fikiran.
3. Anda Tidak Ada Mentor Atau Sumber Ilham
Kata orang-orang berjaya kata, apa saja yang Anda lakukan, perlu didahulukan dengan dua perkara iaitu ILMU dan MINDA. Bila ilmu Anda sudah ada, minda anda sudah positif, Anda perlu perkara ketiga iaitu seorang sebagai SUMBER ILHAM atau seseorang yang memahami azam Anda.
Orang inilah yang akan memberi semangat buat Anda, memberi sokongan serta dorongan. Dia adalah isteri Anda, kekasih Anda, ibu dan bapa, adik beradik, mungkin juga kawan rapat. Anda tidak boleh berseorangan. Anda perlukan seseorang untuk menjadi ‘booster’ semangat Anda.
Walau apapun azam Anda untuk tahun 2010, pastikan Anda tulis dan baca setiap hari untuk membuat minda Anda terfokus ke arah azam itu, bukannya kepada perkara-perkara lain. Minda Anda akan menarik orang-orang tertentu, situasi, benda dan perkara ke dalam hidup anda untuk membantu Anda mencapai cita-cita Anda, walau apapun ia.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...