Sabtu, 29 Januari 2011

Menumpang suka, Berkongsi Duka














Pada ketika
sana sini membicarakan
kisah enak dan gembira
kejayaan
ada yang seperti dijangkakan
maupun seperti dirancang
aku...
menumpang suka
seronok dan turut bangga

namun..
jauh di pojokan sana
ada yang disimpul duka nestapa
ada yang dah tak mampu berfikir apa apa
malah kusut hingga buntu belaka
usaha pun tak jadi apa apa
aku...
berkongsi duka
bingung dan turut menawar kata

tak pelah
yang suka
ramai yang berserta
tak perlu diundang dan  sapa
semua datang bak semut mencari gula

yang duka
tak ramai yang memahami
tak ramai yang mengerti
tak ramai yang mahu berkongsi
biarlah hanya kita berdua
cemas mengharungi masa
namun terus berusaha
sehingga hasrat diizin oleh yang Maha Kuasa....

nukilan
Norlilah Ismail

Isnin, 24 Januari 2011

Meniti jalur pelangi....~1

Nukilan:
Norlilah Ismail

1990,..Kak ngah berkahwin dengan Abang ‘Ad. Meriah majlis tu,..saudara mara jauh dan dekat berkumpul. Ayah dan emak memang cukup gembira..maklumlah ini majlis perkahwinan pertama dalam keluarga kami. Masih segar dalam ingatan, nenek yang uzur pun bersemangat lain macam, menyiapkan pulut kunyit untuk bunga pahar…anjung rumah kami berubah rupa,   cantik digubah untuk  meletakkan pelamin untuk majlis persandingan. berbagai majlis dirancang, ada majlis khatam Al Quran, ada majlis potong jambul anak Mak Teh, ada majlis berinai, dan yang penting sekali majlis pernikahan…walaupun hujan lebat ketika itu, Kak ngah tetap cantik ..ayu sekali dan Abang ‘Ad pun…tak kurang kacak. Semua pun gembira dan senang hati….Aku masa tu baru 10 tahun,..Majlis bersanding, mak suruh aku jadi tukang kipas pengantin dengan Ina, sepupu yang setahun lebih tua dari ku. He hehe..seronok bila mak andam solekkan kami, terasa geli jugak bila bibir ku disapu berus gincu bibir dan pipi kami ditepuk dengan pemerah pipi…. Seronok betul. Baju kami warna biru, pakai sanggul palsu, diselit bunga dan dipakaikan anting anting labuh, jalan pun dilatih..pelan pelan dan selangkah seiring…. Wah!! Susah jugak nak jadi tukang kipas ya….tapi demi Kak Ngah, tak pe tak pe…….. 

Kak ngah kahwin dengan abang ‘Ad setelah kedua duanya tamat Diploma, ..mereka adalah pasangan kekasih sejak dari university, abang ‘Ad tu senior kak ngah 2 tahun. Abang Long, belum kahwin lagi sbb masih belajar buat ijazah muda …dan aku lah yang bongsu,.. beza umur aku dan kak ngah adalah  10 tahun.  Jadi sebagai adik bongsu, …aku memang manja. Macam -macam abang long dan kak ngah belikan …. Untuk ucu kesayangan mereka ni…..hehehehe,.baju, buku dan alat tulis. 

1991- berita kak ngah mengandung amat menceriakan mak dan ayah. Kenduri doa selamat, lenggang perut. ..semua mak ayah buat, tanda kasih sayang pada anak, menantu dan bakal cucu mereka. Dan aku pun tumpang suka, apa benda majlis tu aku pun tak berapa faham sebenarnya… seronok! itu jer yang aku tau.. ..Abang ‘Ad pun sangat baik,  aku lihat dia sangat perihatin pada kak ngah, melayan karenah kak ngah, dan juga cuba memenuhi  apa saje yang diidamkan kak ngah.  Tapi dalam beberapa bulan kemudian, aku lihat ada perbualan yang serius antara mak ayah, kak ngah dan Abang ‘Ad…apa yang dibincangkan aku tak tau..dan bila aku cuba duduk bersama-sama selalunya mak akan menyuruh aku beredar…angkat kainlah, sapu dapurlah…seolah olah cerita itu tak patut aku dengari, tak berkaitan dengan aku yang masih budak budak…..

1992- awal tahun…Kak ngah selamat melahirkan seorang anak lelaki,.. comel dan sihat. Tapi kak ngah tak sihat,…4 jam selepas melahirkan Firdaus Haikal bin Fuad, dia pengsan,..mak ayah. Abang ‘Ad dan ibu mertua kak ngah semua terus berada di hospital..aku pula diarahkan balik dengan abang long, dengan alasan sekolah.  5 hari mak ayah berada di rumah Abang ‘Ad,.. menunggu Kak ngah yang belum sedar.

Abang long menemani aku di rumah, dan aku bersekolah seperti biasa..mak telefon tanyakan khabar kami dua beradik, dan seperti biase kami dimaklumkan kak ngah belum sedar ..tapi baby nya Firdaus Haikal dah balik di rumah…mak jaga. Ehhh tak sabarlah nak main dengan baby kak ngah… nak cium dia, nak dukung dia…hehehe. Best nya ada anak buah. Mesti kak ngah happy kan. Tiba tiba …masa aku di sekolah, cikgu panggil aku ke pejabat,…bawa beg sekali; tanpa membantah aku menuruti arahan cikgu, sampai di pejabat aku nampak abang long, merah matanya… bersalaman dengan guru besar sambil bahunya ditepuk tepuk oleh guru besar. Kemudian aku dibawa pulang,  semasa di atas motorsikal, abang long diam tak bercakap..aku pun tak berani nak tanya,.. macam macam yang bermain main di fikiran ku… apa sebenarnya yang berlaku,….ehhh tak maulah fikir yang tak baik…  aku yang baru berumur 12 tahun tika itu…terasa bodoh sangat kerana masih kanak kanak. Alangkah baiknya kalau aku ni dah besar… setidak tidaknya dah tingkatan 5 ke….. setibanya di perkarangan rumah,..aku terkejut kerana saudara mara penuh,..Mak Teh, nenek, Pak Alang.. ehhh kak Jun yang jauh pun ada….kenapa ya… sambil berjalan masuk abang long sempat pesan, tukar baju…cari baju kurung kaler putih…aku hanya mengangguk dalam seribu persoalan yang tak berjawab.

Di ruang tamu, ramai saudara dah berkumpul, semua nampak sedih dan sugul,  ..dan nenek sedang ditenangkan oleh Mak Teh..disuruh mengucap, beristifar…ingat tuhan banyak2, dan perabot rumah pun dah diketepikan …. Lapang dan ada beberapa orang jiran dan waris sedang membaca surah yaasinn….eehehh!!!!apa semua nya ni…..masuk ke bilik, ada Ina sepupuku  anak Mak Teh, matanya juga merah…aku pun bertanya apa yang terjadi,  Ina membesarkan biji matanya memandang pada aku, ..kau tak tau ke? ..aku hanya menggeleng gelengkan kepala,..eeeeee kau ni!! Orang semua dah tau…kau bantai tak tau plak???  Inaaaa…..aku tak tau abang long langsung tak bercakap dari tadi atas motor…aku tak berani nak tanya…..apa cakap lahhh…desak ku sambil aku mengambil baju kurung putih bunga kuning kecil-kecil yang kak ngah belikan,   ku nak pakai…eeeeeeee dengus Ina sambil menggoncang badan ku…Kak ngah dah meninggal lah!!!!...Haaaaaaaa!!!!!......terkejut besar aku….perkara yang paling tak sanggup aku fikirkan jadi kenyataan,…kkkkaaaaaakkkkkk  ngggahhhhhhh…….huaaaaaaaaaaa huaaaaaa tangis ku secara otomatik, dan Ina pun memeluk aku eratttttt dan kami pun menangis bersama. Dalam hati kecil, ……sedihhhh satu satunya kakak kesayangan ku dah tiada….hua hua hua makkkkkkkkk aku nak makkkkkkkkkkkkkk ucu sedihhhh niiiiii………..dan wajah Firdaus Haikal pula menjelma ..huaaaa huaaa semakin kuat seduuuuu ku. Mak teh, menjengah ke bilik ….ehhh Ina, Ani…dahhhh jangan nangis… tak baik,  dah keluarlah, buatlah apa yang patut.Tolong tengok tengokkan nenek tu..takut semput nya menjadi jadi…….

Abang Long lah orang paling sibuk…. Sekejap kejap aku lihat dia mengesat air mata, sambil  bersalaman dengan saudara mara yang sampai tak henti henti, penuh halaman rumah, sepenuh masa majlis perkahwinan kak ngah dulu…. Pak imam pun dah sampai, dah hati semakin sebakkkk….. dan sedara mara pun bercakap cakap arwah koma, dan habis gitu…..Allah lebih sayangkan dia. Alllaaaaaaa kesiannya pada anaknya…ialah nak buat macamana….adduuhhhhhhhhh sedihnya bila aku dengar perbualan mereka….

Sejam kemudian, van jenazah pun sampai, diikuti dengan kereta Abang ‘Ad, dan beberapa buah kereta lain yang aku tak cam……suasana semakin hiba,…saudara mara yang duduk pun mulai berdiri,..dan aku membantu nenek yang lemah nak berdiri jugak…nak menatap wajah cucunya buat kali terakhir, dan seduuu nenek semakin kuat bila jenazah kak ngah dikeluarkan…. Allllaaaaaa….cucu aku!!! Patutnya aku yang pergi…aku dah tua…..seduuu nenek yang menyebabkan semua yang ada semakin sedih, semakin sebakkk dan menangis…dan aku pula macam tak sanggup melihat,… perlahan lahan jenazah kak ngah diletakkan di ruang tamu…kemudian ayah muncul, berpelukan dengan saudara dan kenalan, dan abang ‘Ad…huuuuu tak sanggup tengok,..letih, pucat nampaknya dia,…juga bersalam dan berpelukan, sedih…..nya, dan aku hanya terdengar syik syik syik… mereka menahan seduuu….dan saat paling tragis ialah bila mak masuk sambil memeluk Firdaus Haikal…dan tiba tiba suasana jadi senyap dan sunyi….terpegun bila nampak baby kak ngah yang tak sempat mengenali ibunya…yang sempat pun merasai pelukan ibunya….kemas dalam pelukan mak...tapi Firdaus semacam faham, dia hanya diam, terkebil kebil, bila dibaringkan di sebelah jenazah ibunya..dan petang itu semakin  lebatlah  airmata yang mencurah ……. Semakin hiba suasana!!! Aku merenung wajah Kak ngah buat kali terakhir, manis dan suci sekali…senyum menandakan dia ‘senang’ berada disisi penciptanya….harum, dan dingin itulah yang aku rasakan  semasa mengucup dahinya. Dan bila mak ayah, mertua nya, nenek, abang long mengucup kak ngah… yang hadir lebih sedih lagiiiii dan bila tiba abang ‘Ad megucup dahi jenazah isteri kesayangan nya itu,…aarrgghhhhh aku tahu, semua yang hadir hanya mampu menitis airmata, ..tapi kesedihan sebenarnya di hati abang ‘Ad hanya dia saja yang tahu…dan kemudian dia mencium pula puteranya Firdaus Haikal seolah olah sebagai ciuman terakhir dari mama yang diwakilkan pada nya buat anakanda tersayang, …sebagai tanda selamat jalan.!!! 

Ahad, 23 Januari 2011

60 Ciri Guru Berprestasi Tinggi

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com


Murid suka kepada guru yang menetapi masa iaitu masuk kelas tepat pada waktunya dan keluar (menghabiskan sesi pengajaran) kelas juga tepat pada waktunya. Ini menunjukkan bahawa warga guru perlu memberikan penekanan kepada aspek pengurusan masa yang cekap dan berkesan.

Guru yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka adalah merupakan guru yang disanjungi oleh murid. Warga guru perlu menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas masing-masing. Guru perlu melakukan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh supaya mereka dicontohi oleh murid. Dalam satu kajian lain, dapatan kajian menunjukkan ramai kalangan guru mengamalkan kaedah pengajaran dengan meniru apa yang telah dilakukan oleh guru mereka terdahulu. Ini bermakna sekiranya kita mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan, maka anak didik kita sentiasa memerhati dan memberikan keutamaan sehinggakan sekiranya mereka menjadi guru kelak, apa yang kita lakukan terhadap mereka hari ini akan menjadi ikutan mereka kelak. Konsep 'Bapak Borek, Anak Rintik' berlaku disini. Kalau cikgu borek, maka anak muridnya akan menjadi rintik?

Aspek yang tidak kurang penting ialah guru yang pandai berjenaka. Amalan jenaka atau kecindan akan membantu mengurangkan jurang pemisah komunikasi antara guru dan murid. Gelak tawa semasa berinteraksi antara guru dengan murid akan menjadikan hubungan guru-murid lebih mesra dan erat. Ingatlah wahai para guru, anak murid kita sentiasa memerlukan 'kawan' dalam kehidupan sosial mereka dalam persekitaran sekolah. Selain daripada rakan sekelas, atau sekolah, guru adalah merupakan kawan yang boleh mereka kongsi cerita dan jenaka yang bukan semata-mata berunsurkan akademik. Berikut adalah 60 ciri guru berprestasi tinggi:

1.  Menepati masa
2.  Menyegerakan tugas
3.  Mempunyai perancangan waktu
4.  Bijak menguruskan tempoh masa yang diberikan
5.  Menumpukan masa pada kerja yang produktif/kreatif
6.  Menetapkan tarikh sasaran untuk menyiapkan kerja
7.  Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan
8.  Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar
9.  Rajin dan sentiasa berusaha
10.Tekun dalam menjalankan tugas
11.Sabar dalam menghadapi cabaran kerjaya
12.Berdisplin dalam setiap kerja
13.Berpandangan jauh
14.Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarahkan
15.Dedikasi dalam mencapai matlamat sekolah
16.Sanggup berkorban
17.Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
18.Tidak patah semangat
19.Bercita-cita tinggi
20.Menganggap kerja sebagai ibadat
21.Mempunyai inisiatif sendiri
22.Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
23.Mempunyai komitmen terhadap kerja
24.Sedia menerima kerjasama
25.Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan
26.Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
27.Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
28.Bersifat pemaaf dalam pergaulan
29.Boleh menerima teguran
30.Berlaku adil dalam semua tindakan
31.Menepati janji
32.Sedia menerima cadangan dan nasihat
33.Jujur dan ikhlas
34.Merendah diri
35.Bijaksana dalam membuat pertimbangan
36.Bermaruah dan berhemah tinggi
37.Berjimat cermat
38.Cermat dalam kata-kata
39.Tidak memperagakan kemewahan
40.Mesra dalam pergaulan
41.Senang didampingi oleh semua pihak
42.Teguh beriman da dan bertakwa dalam setiap tindakan
43.Menyempurnakan tugas dengan amanah
44.Berillmu dan berpengetahuan luas
45.Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
46.Bersifat penyayang
47.Bertimbang rasa tetapi tegas
48.Taat setia dan patuh pada arahan
49.Berani dan berpendirian teguh
50.Tertib dan baik budi bicara
51.Simpati pada kesusahan dan masalah orang lain
52.Mementingkan kualiti
53.Bersikap profesional dan cekap
54.Mementingkan kualiti
55.Memberi galakan kepada pemikiran baru
56.Memberi dorongan terhadap kreativiti
57.Berani mencuba idea-idea baru
58.Menggalakkan percambahan fikiran
59.Sentiasa berada dalam cabaran intelektual
60.Over-zealous dengan pekerjaan

Jangan Mainkan Perasaan Rakyat

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Harga barangan dan perkhidmatan di negara kita terus meningkat. Sebagai rakyat kita merasakan bahawa kerajaan tidak mempedulikan langsung tentang kesusahan rakyat. Kita selalu mendengar janji manis Menteri yang kerajaan akan mengambil tindakan tegas untuk mengawal harga barang. Sedar atau tidak, kerajaan gagal menyelami perasaan rakyat. Bawa RM 50.00 ke pasar malam pun tidak cukup. Harga makanan naik. Kuih-muih pun dah jadi barangan mewah. Rakyat tidak harus dipersalahkan dalam isu kenaikan harga barang. Janganlah nasihat rakyat untuk menghentikan pembelian panik. Siapa yang menyebabkan rakyat panik?
Sepatutnya isu harga barang naik menjadi keutamaan perdebatan di Parlimen. Bukan isu basi mempertahankan itu dan ini demi menonjolkan diri. Rakyat memerlukan pembela bukan pemaharajalela yang cakap panjang berjela. Tidak terfikirkah oleh mereka yang dipilih oleh rakyat ini bahawa, gaji atau pendapatan yang diterima kini sudah ketinggalan zaman. Tidak adakah kajian tindakan yang dibuat oleh mereka yang dipilih oleh rakyat ini bahawa pendapatan yang diterima kini tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup? Rakyat amat terasa beban perbelanjaan ini. Belalah nasib rakyat bukan mempermainkan perasaan rakyat.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...