Ahad, 27 Februari 2011

Sikap kawan di tempat kerja boleh mempengaruhi motivasi kerja kita

Oleh:





Kawan di tempat kerja boleh mempengaruhi tahap motivasi kerja.
Bila kita dekat dengan orang yang rajin, bersemangat serta suka dengan kerja yang dilakukannya, serta merta kita juga akan terjangkit tabiat yang sama. Kesannya, kita akan turut jadi bermotivasi seperti dia.
People see, people do.
Apabila kita selalu berada dekat dengan orang yang malas bekerja, melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri, kesannya kita akan turut terjangkit perkara yang sama. Kita akan selesa dengan sikap seperti dirinya, maka kita juga akan jadi malas bekerja, suka melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri dalam bidang kerja sekarang ini.
Untuk menikmati keseronokan bekerja, Anda perlu berkawan rapat dengan orang suka dengan kerjanya. Elakkan berkawan dengan orang yang selalu mengomplen-ngomplen pasal kerjanya, mengomel-ngomel dan menampakkan kemalasan sebab Anda akan terjangkit perkara yang sama. Sampai bila pun Anda tak akan dapat merasai motivasi kerja.
Sikap orang lain boleh mempengaruhi kita tanpa kita sedari. Nak cemerlang dalam bekerja, kita kena dekat-dekatkan diri dengan orang yang cemerlang sikapnya, yang ada motivasi kerja. Barulah kita merasa ada dorongan motivasi ketika bekerja sebab kita nampak kawan kita sendiri bersemangat bekerja di depan mata kita.

Komuniti Di Malaysia...Kepelbagaian dalam Kesamaan

Oleh:


MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Guru Sejarah/Penulis Buku
Akademik/Blogger/Penterjemah
Teks sejarah/Master of Ceremony




Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, budaya dan bahasa. Orang Melayu merupakan komuniti terbesar yang memainkan peranan terpenting dalam politik negara. Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia), merupakan bahasa utama negara ini. Rakyat berketurunan Minangkabau, Bugis dan Jawa boleh digolongkan sebagai "Melayu" mengikut takrifan perlembagaan, tetapi juga boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Inggeris juga meluas di kawasan bandaraya utama. Mengikut perlembagaan, semua orang Melayu beragama Islam, namun budaya Melayu memperlihatkan pengaruh kuat dari agama Hindu, Buddha dan animisme, tetapi semua ini telah diketepikan atau diharamkan sejak pergerakan pengislaman pada 1980-an dan 1990-an. Memandangkan sesiapa sahaja umat Islam yang berbahasa Melayu menikmati keistimewaan bumiputera, ramai umat Islam bukan Melayu mengamalkan bahasa, adat dan pemakaian Melayu akhir-akhir ini, terutamanya kaum India Muslim di Semenanjung dan Kadayan di Borneo.
Kaum bumiputera bukan Melayu terbesar di Malaysia ialah kaum Iban dari Sarawak, yang seramai 600,000 orang, diikuti kaum Bidayuh yang seramai 170,000 orang dan tertumpu di kawasan barat daya Sarawak. Kaum peribumi terbesar di Sabah pula ialah Kadazan yang kebanyakannya beragama Kristian dan mengusahakan sawah padi. Di Semenanjung ada 140,000 Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai kelompok etnik. Kebanyakan puak minoriti ini, baik di Semenanjung mahupun di Borneo, mengikut tradisi pemburu-pengumpul yang berpindah-randah, terutamanya kaum Penan dan Senoi. Malangnya, tanah pusaka dan tempat berburu mereka makin berkurangan akibat tuntutan kerajaan yang memaksa mereka ke tanah yang kurang subur hingga mengancam cara hidup tradisional mereka.
Malaysia diduduki oleh sebuah masyarakat Cina seramai enam juta orang yang kebanyakannya adalah keturunan para penghijrah dari China Selatan pada abad ke-18 dan ke-19 kerana tertarik oleh peluang lumayan melombong emas di Tanah Melayu, di samping melarikan diri daripada peperangan dan ketaktentuan politik di negara asal mereka. Tidak dilupakan satu suku Cina yang berkahwin dengan orang Melayu dan berasimilasi dengan budaya Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Cina Peranakan yang pernah mekar di Pulau Pinang dan Melaka sewaktu zaman penjajahan Eropah.
Masyarakat India di Malaysia pula kebanyakannya adalah Suku Tamil. Mereka adalah keturunan penghijrah India yang bekerja sebagai pedagang, guru atau pekerja mahir yang lain, tetapi sesetengah mereka dipaksa oleh penjajah British untuk mengusahakan dusun.  Kaum minoriti lain di Malaysia termasuk orang Siam, Burma, Cham dan Khmer.

Jumaat, 25 Februari 2011

bicara kedudukan

Oleh:



Puan Norlilah bt Ismail














Dalam  membicarakan
kedudukan kita
sebagai hamba
pada Allah tuhan sekalian alam
pastinya...
kita terlalu lemah..
kita perlu menyerah...
kita terlalu kerdil
kita tak berdaya nak tunjuk degil
kita terlalu bergantung
kita perlu ditolong
kita kurang berilmu
kita perlu di bagi tahu

dan diri ini...
hanya mampu berdoa
mengharap kasih Mu yang Maha Esa..
hanya mampu menerima
taqdir yang telah tertulis atas khendak Mu yang Maha Berkuasa
rezeki, jodoh, juga ajal
dan segala ketentuan...
sebagai  tanda keimanan!!

nukilan

Norlilah Ismail

Ceramah Trafik dan Gangguan Seksual oleh PDRM di SMK Selayang Bharu

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com

Cif Inspektor  Majid bin Baba
IPPD Gombak memberi
ceramah mengenai kesalahan lalu-lintas
yang sering dilakukan oleh pelajar

Puan Norlilah bt Ismail
GPK HEM
SMK Selayang Bharu

 Selayang Bharu, Batu Caves, 25 Februari 2011- Satu sesi ceramah PDRM telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Kelab Pencegahan Jenayah telah diadakan di SMK Selayang Bharu Batu Caves. Objektif penganjuran nya ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya jenayah seksual, memartabatkan maruah diri sebagai wanita yang menjaga kehormatan dan bagi pelajar lelaki pula, meningkatkan kesedaran pelajar tentang peraturan lalu lintas. Ceramah bertajuk "Kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan-hukuman dan kesannya terhadap pelajar" disampaikan oleh C/Inps.Majid bin Baba kepada pelajar-pelajar lelaki. Manakala, Insp.Shahedawati  pula menyampaikan ceramah yang bertajuk "Gangguan Seksual-kenali punca, jenis dan cara menangani" kepada pelajar-pelajar perempuan". Dalam ceramah gangguan seksual, Insp.Shahedawati menegaskan bahawa, "jangan biarkan gangguan seksual. Kalau dibiarkan menjadi kes cabul dan akhirnya menjerumus ke arah jenayah rogol."
Pn.Norlilah bt Ismail dalam kenyataan beliau, begitu berpuas hati dengan pengisian program pada hari ini. Bagi beliau ceramah yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah amat menarik dan mampu menggerakkan hati semua pelajar SMK Selayang Bharu.


Pelajar-Pelajar Lelaki Tekun
Mendengar Ceramah

Sebahagian Guru SMK Selayang Bharu
berada di luar dewan sebelum
mendengar ceramah Ganggual Seksual
untuk pelajar perempuan


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...